Anda di halaman 1dari 2

DOA PEMBUKAAN

Bismillah Hirahman Nirahim

Alhamdulillahi Robil Alamin, Wasolatu wasala mu ala Asyrafil Anbiya


Ewalmursalin Wa Ala Alihi Wasohbihi Ajmain,

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan


kami untuk berada dan menghadiri majlis pelancaran kem membaca 1
Malaysia dan Program Nilam 2018 Sk Lubok Baya.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yangdikehendakki


,Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai denganrahmat-Mu ,
pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu .

Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah ,


pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu
semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-
padu ,bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi
membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana
kecemerlangan pendidikan negara.

Satukanlah hati-hati pentadbir , para pendidik , kakitangan sekolah dan ibu


bapa kami disekolah ini, agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan kami
sebagai matlamat kami yang utama dan bersama .

Amin Ya Rabbal’alamin

Walhamdulillahi Rabil Alamin.


DOA PEMBUKAAN

Bismillah Hirahman Nirahim

Alhamdulillahi Robil Alamin, Wasolatu wasala mu ala Asyrafil Anbiya


Ewalmursalin Wa Ala Alihi Wasohbihi Ajmain,

Kami menzahirkan kesyukuran atas keizinan Mu untuk kami berada dalam


Majlis pelancaran penutupan kem membaca 1 Malaysia dan Program Nilam
2018 Sk Lubok Baya.

Kami bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri


sehingga menyelesaikan program 3 hari ini dengan jayanya.Oleh itu ya Allah,
dengan hati penuh kerendahan, kami memohon keampunan, perlindungan
dan mendambakan rahmatMu semoga segala usaha kami dalam menjayakan
program ini mendapat keredhaanMu.

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah,supaya kami yang hadir


pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan. Dan kami
pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan kami akan menjadi pelajar


yang cemerlang, terbilang , pelajar yang diseganidan dihormati, samada
dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu
melahirkan generasipelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat

Bimbinglah kami ke arah kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.


Jadikanlah kami orang-orang yang bertaqwa dan sentiasa mematuhi segala
perintah-Mu serta menjauhi larangan-Mu.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Aamin ya Robbal ‘Aalamiin.

Anda mungkin juga menyukai