Anda di halaman 1dari 1

ARNAB DAN KURA-KURA

Pada zaman dahulu, di sebuah hutan ada seekor arnab yang sangat comel tapi
sombong. Dia selalu mengejek kura-kura berjalan perlahan. Oleh kerana tidak
tahan diejek, kura-kura mengajak arnab berlumba lari. Lagi lah arnab mengejek-
ejek kura-kura kerana arnab yakin akan menang nanti.

Keesokkannya semua binatang pun berkumpul untuk melihat arnab berlumba lari
dengan kura-kura.

1..2..3..

Arnab pun berlari pantas meninggalkan kura-kura di belakang. Melihat kura-kura


masih di garisan permulaan, arnab pun berhenti berehat di sebatang pokok lalu
tertidur.

Semasa arnab tertidur, kura-kura masih berjalan perlahan-lahan.

Semua binatang memberi semangat kepada kura-kura.

Tiba-tiba arnab terjaga. Arnab melihat kura-kura sudah hampir dengan garisan
penamat. Arnab berasa sangat cemas. Arnab pun berlari sekuat tenaganya.

Tapi sayangnya, kura-kura sudahpun sampai dahulu. Semua binatang bersorak


gembira. Arnab berasa malu lalu pergi dari situ.

Kawan-kawan.. kita jangan bersikap sombong. Nanti jadi macam arnab. Orang
yang sombong selalunya rugi dan kalah.

Berbuat baiklah dengan ibubapa, adik beradik, cikgu dan kawan-kawan. Sentiasa
menghormati orang disekeliling kita.

Sekian, terima kasih dari saya Muhammad Izzuddin bin Mat Zulkifli.

Anda mungkin juga menyukai