Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Kolonialisme atau juga dikenali penjajahan merupakan satu dasar atau amalan oleh

sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara yang lain. Bagi

pendapat J.A Habson pula, Kolonialisme berlaku sekiranya sesuatu bangsa atau negeri

mengembangkan kuasa dan pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu

kawasan atau jajahan baru di seberang laut yang belum diterokai atau diduduki orang

lain.1

Hal ini memjelaskan bahawa dasar kolonialisme yang dilakukan British di Malaysia

ialah satu dasar untuk mengeksploitasi rakyat dan sumber daya sesuatu bangsa demi

kepentingan Negara induk iaitu British. Jika diteliti makna ‘colonialism’ dalam istilah

Bahasa Malaysia ianya membawa dua makna iaitu yang pertama ekploitasi dan

penindasan tanah jajahan oleh sesebuah kerajaan sama ada barat atau asia yang

mempunyai tanah jajahan. Kedua, keadaan kerajaan-kerajaan Melayu lama yang

mempunyai tanah jajahan dan daerah-daerah tertakluk kepada rajanya.

Pemerintahan Brooke bermula dengan James Brooke (1841-1868), Charles Brooke

(1868-1917) dan Vyner Brooke (1917-1941).2 Pemerintahan Syarikat Berpiagam pula

dilaksanakan pada tahun 1881 hingga 1942. Infrastruktur merujuk kepada satu set yang

bergabung antara satu sama lain bagi membentuk satu rangka yang menyokong

keseluruhan struktur tersebut. Sebagai contoh, kemudahan awam pengangkutan, khidmat

perbandaran, serta institusi yang mengekalkan mutu kesihatan dan budaya masyarakat

iaitu sekolah dan hospital.

1
Sulaiman Zakaria. Inggeris di Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur: Good Mark Enterprise, 1994.
2
Sabihah Osman. “Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak.” Jebat Bil.1 (1971/72): 65-74

1
Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) dan Brooke telah cuba menwujudkan

kemajuan di Sabah dan Sarawak namun masih terdapat kemunduran di kedua-dua negeri

tersebut yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pengkaji akan mengemukakan bukti-

bukti usaha SBUB dan Brooke dalam memajukan Sabah dan Sarawak.

2.0 TINDAK-TANDUK PIHAK KERAJAAN BROOKE DAN SYARIKAT

BERPIAGAM

2.1 Sejarah Sabah

Sabah sebelum 1881adalah sebahagian daripada wilayah kesultanan Brunei. Selepas

kemangkatan Sultan Bolkiah, Kedaulatan Sultan Brunei ke atas Sabah menjadi semakin

lemah. Sabah diperintah oleh wakil-wakil Sultan Brunei yang bergelar “Pangeran”.

Pangeran memungut cukai dan mentadbir Sabah. Sultan memberikan wilayah di pantai

barat Sabah iaitu dari Kimanis hingga ke Teluk Marudu kepada Sultan Sulu.3 Inggeris

telah berada di Balambangan pada tahun 1803 tetapi menempatan tersebut terpaksa

ditutup. Pada tahun 1865, seorang Konsul Amerika , Charles Lee Moses telah berjaya

mendapat satu pajakan tanah selama sepuluh tahun dari sultan Brunei untuk kepentingan

dirinya sendiri. Tanah itu kemudiannya dijualkan kepada dua orang warganegara

Amerika yang lain iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris. Mereka mengasaskan

American Trading Company of Borneo(mengusahakan tebu, tembakau dan padi).4

Syarikat tersebut mengalami kerugian lalu menyebabkan tanah dipindah milik . Ia

dijualkan kepada seorang Bangsa Austria yang bertugas sebagai Konsul Jeneral Austria

3
Barbara Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher, 1983.
4
ibid

2
du Hong Kong iaitu Baron Von Overbeck. Overback cuba menjualkan pajakannya kepada

saudagar-saudagar Austria tapi gagal lalu berjaya memujuk bekas majikannya, Alfred

Dent di London. Dent dan adiknya iaitu, Edward Dent akhirnya berjaya menubuhkan satu

unit politik di Sabah.5 Dent menjual sahamnya kepada sebuah pertubuhan sementara

yang akhirnya pertubuhan tersebut mendapat perlindungan daripada kerajaan Inggeris.

Tahun 1881, Kerajaan Inggeris memberikan sebuah Piagam dan Pertubuhan tersebut

menjadi Kompeni Berpiagam Sabah ( British North Borneo Company). Kompeni

mengutamakan keuntungan kerana ia sebuah syarikat perdagangan. Keuntungan akan

dicapai dengan adanya prasarana untuk melancarkan kegiatan ekonomi.6

2.1.2 Bentuk Infrastruktur yang disediakan

William Cowie melancarkan pembinaan telegraf dari Sandakan ke Labuan untuk

tujuan ekonomi. Projek ini telah menelan belanja yang tinggi dan terpaksa dibiayai

dengan mengenakan cukai yang tinggi dan apabila projek ini siap, ia tidak dapat

digunakan kerana dawai-dawainya telah dicuri.7

2.1.3 Sistem Perhubungan

Pada peringkat awal, projek pembinaan jalan kereta api dari Brunei ke Sandakan

telah dilaksanakan namun tidak berjaya sepenuhnya. Sistem perhubungan bertambah baik

di bawah pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Jalan Kereta api telah dibina

mulai tahun 1896. Jalan kereta api ini menghubungkan bandar Weston dan Beaufort.

5
Barbara Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher, 1983.
6
Sulaiman Zakaria. Inggeris di Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur: Good Mark Enterprise, 1994.
7
Mazlan Abdullah. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,
1978.

3
Jalan kereta api ini sepanjang 32 Kilometer siap pada tahun 1900. Tahun 1902, jalan

kereta api dibina pula dari Beaufort ke Jesselton kini sebagai Kota Kinabalu.8

Tahun 190, jalan kereta api dipanjangkan dari Beaufort ke Tenom sepanjang 48

Kilometer. Menjelang 1941, terdapat 165 Kilometer jalan raya yang berturap di bandar

Jesselton, Sandakan, Kudat, Lahad Datu dan Tawau.9

2.1.4 Ekonomi

Infrastruktur yang dibina akan menggalakkan kegiatan ekonomi. Ridgeway telah

menubuhkan Syarikat Perdagangan Borneo Utara yang diberi kuasa untuk mengusahakan

kayu balak di Sabah. Juga tanaman lain seperti tembakau, kelapa dan lain-lain hasil

pertanian. Ia menghasilkan barang-barang eksport seperti getah perca, getah asli, rotan,

kapur barus, gading gajah, kayu balak, tiram, kayu manis, hasil-hasil laut, tembakau,

sarang burung, sagu, buah pala, mutiara, dan minyak. Barangan yang diimport pula

antaranya beras, barangan kilang, jentera.10 Pada 1933, terdapat 21 kilang papan di Sabah.

Pada 1890, eksport kayu balak berjumlah 44,584 dolar dan jumlah itu meningkat setiap

tahun. Buruh-buruh terpaksa diimport daripada Hong Kong, Singapura, Jawa dan

Kalimantan.

2.1.5 Sosial

Syarikat Berpiagam menggalakkan pembinaan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-

sekolah Melayu. Sekolah-sekolah Mubaligh sedia ada dikekalkan. Dalam pada itu,

perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company

yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942. Pada tahun 1913, beberapa

8
Mazlan Abdullah. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,
1978.
9
Sulaiman Zakaria. Inggeris di Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur: Good Mark Enterprise, 1994.
10
ibid

4
buah hospital telah dibina di Sabah, iaitu di daerah Jasselton, Sandakan, Beauford, Kudat

dan Tawau.11

2.2 Sarawak

Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke

dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak.12 Beberapa perubahan telah

berlaku dalam pentadbiran. Antara tahun 1841 hingga 1905, James Brooke dan Charles

Brooke telah meluaskan beberapa wilayah Kesultanan Brunei. Wilayah Sarawak semakin

luas. Pemerintahan keluarga Brooke dibantu oleh Majlis Tertinggi yang pada peringkat

awalnya dianggotai oleh Raja Sarawak, Residen Bahagian Pertama dan pembesar

tempatan. Bendera pertama negeri Sarawak diperkenalkan pada tahun 1848 Sarawak telah

dibahagikan kepada lima kawasan. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen.

Residen dibantu oleh Penolong Residen, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah,

Pegawai Anak Negeri dan Ketua Kampung (Tuai Rumah).

2.2.1 Perkembangan infrastruktur.

Perkembangan infrastruktur dalam pengangkutan dan komunikasi hanya bermula

sewaktu pemerintahan Charles bagi memudahkan sektor perdagangan dan perniagaan.

Perhatian khusus diberikan kepada penambahbaikan di dalam perdagangan antara

Sarawak dan juga Singapura seperti perkapalan pantai serta lalu lintas sungai dalam .

Bandar Kuching telah bertukar wajah menjadi bandar diraja dan pusat pentadbiran

Brooke yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Bangunan-bangunan bercirikan barat

11
Barbara Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher, 1983.
12
R.H.W. Reece. The Name of Brooke : The End of White Rajah Rule in Sarawak. Selangor : Oxford University
Press,1982.

5
telah didirikan dan dianggap sebagai anak pelabuhan Singapura.13 Tumpuan juga

diberikan kepada jalan raya dan kereta api dengan penekanan yang lebih diberikan kepada

pembinaan jalan semasa pemerintahan Vyner.

2.2.2 Pembinaan Jalan Kereta Api

Pembinaan jalan kereta api ini berfungsi untuk menghubungkan antara bandar

Kuching dengan Batu 10 ketika itu. Panjang jalan kereta api ini hanya 6.21 km sahaja.14

Tetapi fungsi kereta api ini tidak memberikan kesan yang besar kepada Sarawak kerana

sistem perhubungan air lebih diutamakan kerana dapat menghubungkan kawasan

pendalaman dan bandar. Walaupun penerbangan awam merupakan satu pencapaian

selepas Brooke, kawasan mendarat telahpun dibina bagi tujuan strategik ini.

Perkembangan telekomunikasi dan pertumbuhan infrastruktur perbankan turut sama

dilaksanakan.

Di Sarawak, perkembangan adalah lambat dan tidak mencukupi terutama dalam

pembinaan jalan raya dan peruntukan kemudahan pelabuhan kerana struktur geografi

yang memerlukan kos yang tinggi. Kuching & Sibu merupakan pelabuhan sungai

dikawasan pedalaman. Pengangkutan menggunakan air adalah salah satu cara tradisional

namun pergerakannya lambat dan susah.15 Benteng pasir di muara sungai, lumpur,

kawasan sungai yang cetek serta arus deras membuatkan hanya sampan-sampan kecil

yang boleh melaluinya. Oleh hal yang demikian, ketiadaan jalan raya menyeluruh selain

hanya rangkaian di bandar telah membuatkan pengangkutan sungai amat penting dan

13
Sabihah Osman. “Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak.” Jebat Bil.1 (1971/72): 65-74
14
Oii Keat Gean. Of Free Trade and Native Interests: The Brookes and the Economic Development of Sarawak,
1841-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997.
15
A.F. Porter. Land administration in Sarawak : An Account of The Development of Land Administration in
Sarawak From The Rule of Rajah James. 1967.

6
diperlukan dalam komunikasi. Selain itu, perkhidmatan pos, telegraf dan telefon turut

diperkenalkan.

2.2.3 Land Regulation 1863 dan Akta Land Order 1933

Peraturan tanah 1863 ( Land Regulation 1863 ). Tahun 1863 amat penting kerana dalam

tahun inilah Undang-undang Tanah yang pertama bagi negeri Sarawak diwujudkan.16 Ia

berbentuk Rajah Order dikeluarkan secara berperingkat-peringkat, hanya mengawal selia

pentadbiran tanah yang mudah. Surat hak milik tanah untuk tempoh 900 tahun

dikeluarkan dalam zaman ini. Peraturan ini menyebabkan orang luar tidak boleh

mengambil tanah orang Sarawak dengan sesuka hati. Land Order pula berfungsi untuk

melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan

pertanian.

2.2.4 Kesihatan

Untuk memastikan penduduk mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya maka

hospital-hospital didirikan di bandar-bandar seperti Kuching dan Sibu. Di Sarawak,

perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching dan pusat perubatan kecil

dibina di Sri Aman dan Sibu. Ia bermula ketika era Raja Brooke di mana hospital dibina

khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga mereka.17 Gadis-

gadis tempatan juga dilatih menjadi jururawat dan bidan di Kuching. Semasa zaman

kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah menfokuskan kepada rawatan perubatan di

kawasan bandar.

16
Oii Keat Gean. Of Free Trade and Native Interests: The Brookes and the Economic Development of Sarawak,
1841-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997.
17
Sulaiman Zakaria. Inggeris di Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur: Good Mark Enterprise, 1994.

7
2.2.5 Ekonomi ( Pertanian dan Perladangan )

Ketika pemerintahan keluarga Brooke, kegiatan pertanian sara diri telah bertukar

menjadi pertanian dagangan. Tanaman tradisional seperti lada hitam, sagu dan gambir

ditanam secara meluas untuk tujuan eksport. Sagu ditanam oleh orang Melanau di

kawasan Mukah dan Oya. Pada kurun ke-19, sagu merupakan antara eksport utama

Sarawak. Lada hitam banyak ditanam di Bahagian Pertama, terutamanya di sekitar

Kuching. Ramai orang Cina memasuki Sarawak untuk mengusahakan tanaman lada

hitam, gambir dan getah. Perkembangan perusahaan sagu membuatkan perkembangan

kilang perusahaan tepung sagu di Kuching yang telah dipelopori oleh orang Cina.

Sarawak merupakan pengeksport kedua terbesar lada hitam dunia pada tahun 1937.18

Tanaman kelapa diusahakan oleh orang Melayu di Bahagian Pertama dan Kedua. Pada

1905, getah mula ditanam di Sarawak. Pada kurun ke-20, getah yang ditanam oleh

pekebun-pekebun kecil menjadi bahan eksport utama Sarawak. Satu lagi tanaman baru

yang diperkenalkan di Sarawak ialah tanaman tembakau. Tembakau ditanam di Lundu.

Perusahaan kayu balak yang dikuasai oleh orang Cina diusahakan di kawasan pedalaman

dan hutan di sepanjang pantai.

2.2.6 Ekonomi ( Hasil Hutan )

Pentadbiran keluarga Brooke turut memajukan kegiatan mengumpul hasil hutan untuk

meningkatkan pendapatan kerajaan. Hasil hutan yang dikumpul untuk tujuan eksport

ialah sarang burung, kapur barus, rotan, damar, getah jelutung, engkabang dan kegiatan

18
Oii Keat Gean. Of Free Trade and Native Interests: The Brookes and the Economic Development of Sarawak,
1841-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997.

8
pembalakan.19 Engkabang ialah sejenis buah kekeras yang diperoleh daripada sejenis

tumbuhan liar yang diproses untuk membuat minyak masak.

2.2.7 Ekonomi ( Perlombongan )

Sehingga 1870-an, perlombongan antimoni penting terhadap kemajuan ekonomi

Sarawak. Antimoni dan emas dilombong di kawasan berdekatan Bau. Arang Batu pula

dilombong di Simunjan. Pada kurun ke-20, galian yang utama dilombong ialah

petroleum. Usaha mencari gali minyak dijalankan oleh Syarikat Borneo. Pada 1910,

telaga minyak yang pertama dibuka di Miri. Minyak ditapis di kilang-kilang penapis

minyak di Lutong. Perlombongan mendatangkan hasil pendapatan yang banyak kepada

Sarawak. Charles Brooke hanya membenarkan Syarikat Borneo melibatkan diri dalam

pertanian dan perlombongan untuk menjaga kepentingan penduduk tempatan.20

2.2.8 Pendidikan di Sarawak

Pemerintahan Brooke terutamanya Charles Brooke berpendapat pelajaran tidak perlu

diberikan kerana ia akan merosakkan sistem tradisi dan adat istiadat mereka, walaupun

beliau juga tidak menafikan yang pelajaran merupakan satu unsur kemajuan. Dasar

seperti ini menyebabkan beliau membiarkan soal pelajaran ditangan badan persendirian

seperti mubaligh kristian dan ketua tempatan tanpa diberi bantuan yang wajar. Namun

begitu, tidak dinafikan wujud sekolah yang didirikan untuk murid-murid Melayu pada

tahun 1883 iaitu Sekolah Abang Kassim dan sekolah anak bumiputera bukan Melayu.

19
Oii Keat Gean. Of Free Trade and Native Interests: The Brookes and the Economic Development of Sarawak,
1841-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997.
20
ibid

9
Selepas daripada itu, beberapa sekolah dibuka namun jumlah pelajar adalah tidak

menentu kerana faktor seperti curiga dan sangsi ibu bapa terhadap pendidikan sekular

yang diajar. Sikap ini telah menyebabkan pelajar keciciran. Ketiadaan galakan dan

bantuan dari pemerintah juga menyebabkan pendidik tergendala dalam melaksanakan

tugas. Dengan itu didapati hanya sedikit bilangan anak bumiputera yang pergi ke sekolah

dan hanya bahagian tertentu sahaja pelajaran dapat diperkenalkan.21

Namun pada awal tahun 1930 –an telah berlaku satu revolusi terhadap pendidikan.

Sekolah Merpati Jepang ditubuhkan pada tahun 1930 dan Sekolah Enche Buyong telah

ditubuhkan pada tahun 1931. Pada tahun 1931 juga dua buah sekolah telah diwujudkan

untuk melatih orang Melayu untuk menjadi pegawai kerajaan dan guru sekolah.

Lewat tahun 1930, dua buah sekolah iaitu Sekolah St Thomas ( Gereja England ) dan

sekolah St Joseph ( Roman katholik ) telah menjadi sebuah institusi yang popular pada

masa itu kerana menekankan penggunaan bahasa inggeris dan ia menjadi tarikan kepada

orang – orang cina dan segelintir orang Melayu ketika itu.22

Hal ini kerana, salah satu jawatan di jabatan kerajaan pada ketika itu menekankan

penguasaan bahasa Inggeris.

3.0 Faktor – Faktor lain

3.1 Bentuk Muka Bumi

Keadaan muka bumi di Sarawak dan Sabah telah menghalang kemajuan daripada

terus dilaksanakan. Muka Bumi seperti dataran lanar berpaya, dataran pantai dan kawasan

bukit luas. Dataran pantai yang rendah menjadikan kawasan – kawasan tersebut tengelam

21
Najihah Abdul Mutalib. Pencapaian Masyarakat Melayu Sarawak dalam Bidang Pendidikan Sebelum dan
Selepas Merdeka
22
ibid

10
kerana tidak mempunyai saliran yang baik. Kawasan berbukit dan kawasan pedalaman

juga antara penghalang kepada proses kemajuan yang dibuat oleh SBUB dan Brooke.23

Di Sarawak, beberapa batang sungai besar dan kecil, sungai yang miliki jeram dan

arus yang deras. Selain itu, Kos yang tinggi untuk bina infrastruktur kerana melibatkan

hutan tebal dan kawasan bergunung-ganang. Kos yang besar juga terpaksa ditanggung

untuk memadamkan api pemberontakan yang berlaku di Sarawak.

3.2 Reaksi Pribumi terhadap pemerintahan SBUB dan Brooke.

Corak pemerintahan yang diamalkan di Sarawak diterima oleh rakyat namun

sebaliknya yang berlaku di Sabah. Di Sarawak, Brooke dan para pegawainya sangat

disenangi oleh penduduk pribumi. Ini menyebabkan rakyat sarawak menerima seadanya

pemerintahan yang dibuat oleh Brooke.

Di Sabah pula, kedatangan pihak British sememangnya tidak diterima baik oleh

pribumi di Borneo Utara. Pentadbiran British pada umumnya berjalan lancar namun

masih terdapat penentang kecil yang dilakukan oleh pemimpin – pemimpin tempatan

seperti Mat Salleh dan Rundum.24 Penentangan – penentangan tersebut yang membawa

kepada kemunduran Sabah secara tidak langsung kerana British terpaksa menanggung

kos penentangan ada. Selain itu, pribumi tidak memberi sambutan terhadap prasarana

yang dibangunkan oleh British di Sabah lantaran kecurigaan yang ada dengan pentadbiran

British. Seperti Pendidikan di kaitkan dengan aktiviti pengkristianan penduduk di Sabah.

23
Sulaiman Zakaria. Inggeris di Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur: Good Mark Enterprise, 1994.
24
R.H.W. Reece. The Name of Brooke : The End of White Rajah Rule in Sarawak. Selangor : Oxford University
Press,1982.

11
4.0 KESIMPULAN

Walaupun Syarikat Berpiagam Borneo Utara adalah sebuah syarikat yang

mengutamakan keuntungan, ia telah memberikan peluang kepada penduduk negeri untuk

terlibat dalam pentadbiran negeri, kegiatan ekonomi dan sosial disamping mengadakan

kemajuan untuk kepentingan Syarikat Berpiagam. Infrastruktur yang dibuat adalah untuk

kemudahan Syarikat Berpiagam mengaut keuntungan secara tidak langsung memberi

manfaat kepada penduduk negeri Sabah.

Tambahan pula, pemerintahan telah dijalankan mengikut sistem ‘pecah dan perintah’.

ini menyebabkan sesuatu kaum itu akan tertumpu kepada satu pekerjaan sahaja.

Selain itu, dasar – dasar yang dibuat atas tiket “menyelamatkan penduduk bumiputera”

juga sebenarnya bermatlamat untuk “menyelamatkan diri” iaitu supaya dapat

menghindari kuasa barat dapat memasuki kawasan Sarawak dan sekaligus menggugat

kekuasaan keluarga Brooke di Sarawak.

12
5.0 BIBLIOGRAFI

Sabihah Osman. “Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak.” Jebat

Bil.1 (1971/72): 65-74

Oii Keat Gean. Of Free Trade and Native Interests: The Brookes and the Economic

Development of Sarawak, 1841-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997.

Najihah Abdul Mutalib. Pencapaian Masyarakat Melayu Sarawak dalam Bidang

Pendidikan Sebelum dan Selepas Merdeka

Barbara Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan

Publisher, 1983.

Sulaiman Zakaria. Inggeris di Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur: Good Mark Enterprise,

1994.

Mazlan Abdullah. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications and

Distributors Sdn. Bhd, 1978.

R.H.W. Reece. The Name of Brooke : The End of White Rajah Rule in Sarawak.

Selangor : Oxford University Press,1982.

A.F. Porter. Land administration in Sarawak : An Account of The Development of Land

Administration in Sarawak From The Rule of Rajah James. 1967.

13