Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami : SKKN 600 – 4/1/6 (01)


Tarikh : 18 Ogos 2016

Kepada :
IBU BAPA PPKI

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN DAN BAHAN MENTAH BAGI PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Salam sejahtera. Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) akan mengadakan program memasak Bubur
Asyura seperti berikut :

2.1 Nama Program : Memasak Bubur Asyura


2.2 Tarikh : 27 September 2017 ( RABU )
2.3 Masa : 8.00 Pagi
2.4 Tempat : SK SULTAN OMAR

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan berbentuk Kewangan dan Bahan
Mentah untuk melancarkan program tersebut. Oleh itu, kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak
Ibubapa dapat hadir dan memberi sumbangan tenaga dalam menjayakan program ini.

4. Sumbangan boleh diberi selewat-lewatnya pada hari isnin.Segala maklumat dan pertanyaan boleh
hubungi Penyelaras PPKI Cikgu Zaleha. Kerjasama dan kecaknaan daripada pihak ibubapa diucapkan
jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ Memperkasakan Transformasi Pendidikan ”


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..................................................
(ARIFFIN BIN MAT ZIN)
Guru Penolong Kanan (ppki)

Anda mungkin juga menyukai