Anda di halaman 1dari 2

Fungsi ELCB adah adalah untuk memutuskan bekalan elektrik apabila sesuatu

beban/perkakas/kabel ada kebocoran arus pada perkakas yang telah di bumikan.


Atau memutuskan bekalan apabila berlaku sparking(percikan api ✨ atau touching
antara wire sma ada neutral earth, live earth, atau live neutral
(Yang ini MCB akan jatuh slalunya). Contohnya choke(ballas) lampu terbakar ELCB
akan alirkan lebihan arus ke bumi dan akan trip(putuskan litar) untuk
menyelamatkan komponen elektrik lain...
*jika ELCB tidak trip ianya perlu ditukar

Jadi apabila putus bekalan maka percikan api yg berlaku yang mana memulakan
kebakaran dapat dielakkan pada DB.
Di ELCB tersebut telah ditulis
“PUSH MONTHLY”
atau dalam bahasa melayu nya tekan setiap bulan. 👇
Jadi rajinkan tangan anda untuk tekan button push monthly tersebut. 😉
Andai telah ditekan dan tiada trip berlaku, rumah anda berada dalam keadaan
bahaya. 😨😰😱
Anda boleh bayangkan jika perkara ini berlaku ketika ada tiada dirumah dan tanpa
anda sedar.?

Pemutus Litar Bocor Kebumi RCCB

Fungsi utama peranti ini untuk memutuskan bekalan utama apabila berlaku
kerosakan Arus Bocor Kebumi pada pendawaian pengguna
•\ Arus bocor kebumi ialah apabila berlaku sentuhan terus antara pengalir Live dan
pengalir Bumi @ Dengan Bumi• Terdapat dua saiz peranti ini iaitu 40A dan 63A
untuk bekalan satu fasa 240V• Penentuan saiz peranti ini adalah bergantung kepada
nilai Arus Anggaran keseluruhan litar ini melalui pengiraan faktor kepelbagaian

RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus
ialah 25A, 40A, 63A and 80A serta arus kendalian kepekaan boleh terdapat dalam
30mA, 100mA dan 300mA

Kepekaan litar lampu adalah 100mA, litar soket adalah 30mA dan kawasan yang
berkemungkinan lantainya basah adalah 10mA.

Pemutus Litar Jenis Miniatur

Juga dikenali sebagai Miniature Circuit Breaker (MCB). Berfungsi sama dengan
MCCB tetapi pada kadaran yang lebih kecil. Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi
oleh suhu sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya
adalah dalam kelas halus.

Kadaran arus terdapat dari 2-63A bergantung kepada penggunaan. Untuk litar soket
adalah 20A atau 32A manakala litar lampu/kipas adalah 6A

Pemutus litar kecil /Miniature circuit breaker (MCB)

Adalah satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti
pemutusan yangtinggi yang disambung kepada pendawaian soket plug dan
pendawaian lampu / kipas

Fungsi utama komponen ini ialah untuk memutuskan bekalan pada litar akhir yang
dikawal apabila berlaku kerosakan litar pintas atau Arus Beban Lebih pada litar yang
dikawal melebihi kapasiti mcb .• Litar Pintas Ialah sentuhan terus pengalir Live &
Neutral tanpa beban yang boleh menghasilkan arus yang tinggi melebihi arus
pengalir .• Arus beban lebih pula apabila pemasangan beban yang terlalu banyak
dan arus beban melebihi nilai arus yang ditetapkan

SUIS UTAMA
Fungsi utama peranti ini ialah untuk menyambung dan memutuskan bekalan utama
pada litar pendawaian pengguna• Terdapat dua saiz peranti ini iaitu 40A dan 63A
untuk bekalan satu fasa 240V• Penentuan saiz peranti ini adalah bergantung kepada
nilai Arus Anggaran keseluruhan litar ini melalui pengiraan faktor kepelbagaian.