Anda di halaman 1dari 27

TAMADUN CINA

TOPIK PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 5.2 Konsep dan Takrif 5.3 Wilayah

5.6 Pandangan Semesta 5.5 Bahasa dan Sistem 5.4 Masyarakat dan
Dalam Tamadun Cina Tulisan Cina Budaya

5.7 Kepelbagaian 5.8Institusi


Falsafah dan Politik dan
Agama dalam Sistem
Tamadun Cina Pemerintahan
HASIL PEMBELAJARAN

1. 1. menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai


tamadun Cina;
2. menerangkan ciri-ciri utama tamadun
Cina; dan
3. mengenal pasti sumbangan-sumbangan
penting tamadun Cina kepada tamadun
dunia.
Konsep dan Takrif
 Bangsa Cina adalah digabungkan oleh 5 kaum besar
dipanggil dengan nama Zhonghua Minzu (bangsa
Tionghua). Pada peringkat awal, bangsa Cina dikenali
sebagai bangsa Huaxia -bangsa Han dan bangsa Tang
pada dinasti Tang (618-890M).

 Bangsa Cina terdiri daripada beberapa kumpulan


etnik besar iaitu Han, Hui, Manchu, Mongol dan
Zang (Tibet).
 Negara merujuk kepada semangat untuk
‘mengkeluargakan’ seluruh unit kecil
kenegaraan iaitu gabungan Guo (negara) dan Jia
(keluarga).
 Konsep Zhong (taat) merupakan asas dalam sistem
kenegaraan manakala Xiao (berbakti) merupakan
sistem kekeluargaan.
 Sistem kekeluargaan inilah yang menjadi asas kepada
sistem kenegaraan.
 Dalam budaya Cina, semangat bangsa lebih
diutamakan daripada semangat negara.
Wilayah
 Huang He (Sungai Kuning)- pusat pertumbuhan
tamadun Cina di utara dan Chang Jiang -pusat
pertumbuhan tamadun Cina di selatan.
 Tanda-tanda tamadun paling awal- kebudayaan
masyarakat di Yangshao dalam wilayah Shanxi
&kebudayaan masyarakat di Longshan di wilayah
Shandong dan peradaban zaman Gangsa di
wilayah Jiangxi.
Masyarakat dan Budaya
 Dari segi hierarki sosial, masyarakat Cina terbahagi
kepada 4 kelas yang utama; golongan cerdik pandai,
peniaga, tukang dan petani.
 Sistem kemasyarakatan Cina berasaskan kpd sistem
kekeluargaan. Ia menekankan kuasa bapa. Sistem ini
menitikberatkan nilai dan etika masyarakat.
 Nilai politik- kuasa raja adalah kuasa mutlak.
Sistem Keluarga Dan Orientasi Nilai Dalam Masyarakat
Cina
 Sistem etika dan orientasi nilai yang terdapat dalam
masyarakat Cina banyak dipengaruhi oleh pemikiran
Konfusius yang memberikan penekanan terhadap unsur
moral dan etika yang tinggi.
 Sistem hubungan kekeluargaan dalam masyarakat Cina
terbahagi kepada 5 aspek(konsep Wu Lun)
i. Hubungan ibubapa dengan anak.
ii. Hubungan suami dan isteri.
iii. Hubungan antara adik-beradik.
iv. Hubungan antara kawan.
v. Hubungan antara raja dan rakyat.
 konsep Wu Chang ;5 nilai utama iaitu
i. Ren (kemanusiaan). Merujuk kepada sifat-sifat
mulia dalam aspek moral, cinta kasih, kebajikan,
kebenaran dan perasaan kenal diri.
ii. Yi (kesaksamaan/ keadilan). Sentiasa membela
kebenaran.
iii. Li (tatasusila/ kesopanan). perlakuan yang
benar dlm upacara keagamaan, diperluaskan
maknanya mencakupi adat istiadat dan tradisi
sekumpulan masyarakat.
iv. Zhi (kebijaksanaan/ hikmah).
v. Xin (amanah/ kepercayaan). Sentiasa menepati
janji dan boleh dipercayai oleh orang lain.
Status Wanita Dalam Masyarakat Cina Tradisional.
 Sistem kekeluargaan memusatkan kuasa kaum lelaki
(patriachy) dan nasab kaum lelaki (patrilineal)
yang mengutamakan waris lelaki sebelah bapa.
 Anak-anak lelaki dianggap sebagai sumber ekonomi
kerana menyara hidup keluarganya.
 kaum wanita harus meninggalkan keluarga mereka
dan menganggotai keluarga suami mereka.
 Anak lelaki akan meneruskan zuriat dan amalan
pemujaan nenek moyang dalam sesebuah keluarga.
 Kedudukan seseorang wanita akan ditinggikan sebagai
seorang ibu.
Pemujaan Roh Nenek Moyang.

 Tujuan:
i. menguatkan autoritarian keluarga.
ii. membantu kedua-dua pihak iaitu yang
hidup dan yang mati.
Hubungan Keluarga, Masyarakat & Negara
 Sistem sosial masyarakat dipengaruhi oleh
sistem keluarga dan dipercayai bahawa
negara yang penduduknya
menitikberatkan persaudaraan dan
persahabatan adalah negara yang baik.
 Di dalam negara, keluarga dianggap saling
bertanggungjawab sesama mereka.
Menghukum seseorang yang terlibat
dengan jenayah seorang diri adalah tidak
memadai.
Proses Pencinaan.
 Ditakrifkan sebagai proses pembudayaan yang
melaluinya orang dan unsur bukan Cina
dicinakan.
 Kedudukan geografi China yang “terasing”
membolehkannya membina dan mempertahankan
budaya Cina.
 Proses pencinaan berlaku dalam pelbagai cara spt
peperangan atau penaklukan politik, perpindahan
atas sebab politik @ ekonomi, amalan “anak raja /
keluarga cagaran”, menguasai dengan umpan,
pendidikan dan indoktrinasi.
Bahasa & Sistem Tulisan
 Diseragamkan Hanyu (bahasa) & Hanzi (Tulisan).
 Ejaan menggunakan sistem Pinying.
 Sistem tulisan berdasarkan 3 unsur utama- makna,
bunyi & bentuk.
Pandangan Semesta
 Tian- sumber kewujudan. Yang maha agung, penentu
dinasti, penentu kebahagiaan manusia.
 Dao- jalan/cara kelakuan, semula jadi, prinsip agung,
azali.
 Taiji- hakikat yg mutlak.
 Ying Yang- 2 kuasa yg bertentangan.
 Wuxing- 5 unsur yg menggerakkan alam semesta
(tanah, kayu, logam, api & air).
 Zhongyong- tidak terlebih @ terkurang.
Kepelbagaian Falsafah dan Agama
dalam Tamadun Cina
 Kepercayaan Tradisional- Yang
membentuk langit & Ying membentuk
bumi, shen (roh baik) membantu manusia
& gui (roh jahat) membawa bencana.
Konfusianisme
 Konfusius (551 SM-479 SM) merupakan
pengasas dalam aliran Konfusianisme.
Ideologi ini dikembangkan oleh Konfusius,
Mengzi dan Xunzi.
 Menekankan akhlak mulia, mengingati
nenek-moyang, falsafah dan etika, hidup
bersederhana dan taat setia.
Buddhisme Cina
 Menerapkan konsep wu-wei & wu-hsin bagi
mengelakkan karma.
 Menerima konsep hati sejagat iaitu setiap
makhluk dapat merasa bahawa ia memiliki
sifat Buddha.
Daoisme
 Falsafah Dao mengajar doktrin tentang
mengikuti alam (wu-wei).
 -Agama Dao mengajar doktrin bekerja ke
arah menentang alam (prinsip dan teknik
tentang bagaimana mengelak daripada
kematian).
Moisme
 bersifat utilitarian (menekankan aspek
kegunaan atau faedah).
 Menekankan konsep kasih-sayang sejagat,
menentang peperangan, berjimat-cermat
dan tidak menyerah kepada nasib.
Legalisme
 Menekankan undang-undang (fa),
autoriti (shih) dan kaedah atau
“tataurus negara” (shu).
Islam di China
 Menyesuaikan konsep Taiji, Teori
Pengenalan dan Ming dengan ajaran
Islam seperti konsep Keesaan dan
Kekuasaan Allah dan konsep Takdir.
Institusi Politik & Sistem
Pemerintahan
 Pemikiran politik tradisional terbentuk sebelum
Dinasti Qin (221SM-207SM)
 Pemikiran politik Cina dipengaruhi oleh aliran falsafah
konfusianisme (pemerintahan berdasarkn akhlak),
Daoisme (tabii), aliran Fa (undang2) dan Moisme
(kebajikan).
 Sesebuah dinasti akan berpegang pd satu ajaran
falsafah berbeza dgn falsafah dinasti yg lain.
Pencapaian dlm pelbagai bidang:
Kesusasteraan
Puisi:
 Shi Jing- 305 puisi yg dikumpul Konfusius.
 4 Klasik- Yi Jing, Shu Jing, Li Ji & Chun Qiu.
 Dinasti Tang merupakan zaman keemasan puisi
 Dinasti Song merupakan zaman keemasan lirik

Prosa:
 3 jenis genre- Fu, pianwen, bagu wenzhang.
Drama:
 Dinasti Yuan, merupakan zaman keemasan drama. Tokoh utama
adalah seperti Guan Han Qing dan Wang Shi Fu.
 Chuan Qu dan Kun Qu merupakan bentuk drama yang lain

Fiksyen:
 Dinasti Ming dan Qing merupakan zaman keemasan fiksyen
 Sanguo Yanyi (roman tiga negara)
 Honglou Meng (mimpi lonteng merah)
 Shuihu Zhuan (kisah pinggir air)
 Xiyou Ji (perjalanan ke barat)
 Jin Ping Mei (emas vas plum)
PENCAPAIAN DLM PELBAGAI BIDANG
• Teknologi Pertanian
• Matematik
• Astronomi & Kalendar
• Perubatan & Kesihatan
• Fizik, kimia & biologi
Sains & • Komunikasi, pengangkutan
& pelayaran
teknologi • Teknologi Peperangan
• Penciptaan lain
KESIMPULAN
 Tamadun Cina memiliki kekuatan dari pelbagai aspek
bagi mengekalkan kelangsungan peradabannya.
Antaranya ialah kekuatan budayanya. Budaya Cina
turut diperkukuhkan dengan pencapaian
cemerlangnya dalam bidang kesusateraan yang banyak
memainkan peranan kepada pemantapan budaya
Cina. Di samping itu juga, tamadun Cina banyak
memberi sumbangan kepada dunia dalam sains dan
teknologi. Ini ketara apabila Cina amat sinonim
dengan “Empat Ciptaan Agung”.