Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN

KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA


(Fire Drill)

TARIKH : 31/10/2018
HARI : RABU
MASA : 10.30 pagi – 12.50 tengahari

Disediakan Oleh :
OMAR KHAIR BIN ABD LATIF
1. Pendahuluan
Matlamat program ini iaitu;
a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya
kebakaran.
b) Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
c) Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

2. Objektif
a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah
menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam
menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi
keselamatan yang lain.
d) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

3. Tarikh : 31 Oktober 2018

4. Masa : 10.30 pagi – 12.50 tengahari

5. Tempat : Padang SKIP2 dan Dewan Bakti

6. Pengelolaan : UNIT KESELAMATAN DAN KEBAKARAN SKIP 2

7. Penglibatan : Semua warga SK Taman Indahpura 2

8. Pelan Kecemasan SK.


8.1 Seperti Lampiran 1

9. Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran


9.1 Seperti Lampiran 2
10. Kewangan

Bil. Perkara RM
1. Jamuan ringan
( 10 orang x RM 5.00 ) RM 50.00
2. Peralatan / Bahan
Minyak Petrol & Diesel RM 10.00
18.00
3. Cenderahati Penceramah
(10 beg x RM 10.00) dan RM 100.00
Siji Penghargaan
JUMLAH RM160.00

11. Jawatankuasa Unit Keselamatan Sekolah

Pengerusi : PN. NAZAH BINTI HJ SALIM

Tim. Pengerusi : TN. HJ. MOD JAID BIN SAMAT

Naib pengerusi 1 : PN. NORIAH BINTI PAIDI

Naib pengerusi 2 : EN. MOHD SAID BIN BASAR

Penyelaras : EN. OMAR KHAIR BIN ABD LATIF

Pen. Penyelaras : EN.WAZLIMUHAMMADDIN B. WACHO

Ahli Jawatankuasa :

1. Semua Guru Kelas

2. Pekerja Swasta
12. Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran

Pengerusi : PN. NAZAH BINTI HJ SALIM

Tim. Pengerusi : TN. HJ MOD JAID BIN SAMAT

Naib pengerusi 1 : PN. NORIAH BINTI PAIDI

Naib pengerusi 2 : EN. MOHD SAID BIN BASAR

Penyelaras : EN. OMAR KHAIR BIN ABD LATIF

Pen. Penyelaras : EN. WAZLIMUHAMMADIN B. WACHO

Ahli Jawatankuasa :

Loceng : EN. OMAR KHAIR BIN ABD LATIF

Kawalan murid (Padang) : Guru Kelas

Kawalan murid (Dewan) : Guru Bertugas Mingguan

Jururakam peristiwa : EN. MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN ABD


RAZAK

Kebersihan : EN. MOHD SYAMSURI BIN OMAR

Guru peronda : Guru Bertugas Mingguan

Sijil& Cenderamata : PN. NAZIMAH BINTI MANSOR

Penyediaan Alatan : 1.EN. SAIFUL BAHARI BIN AHMAD


2.TN. HJ ASHRULHISHAM BIN SAHADAN

PA Sistem (Dewan) : USTAZ AHMAD MUHIBBIN BIN ASRI

Dokumentasi Program :EN. WAZLIMUHAMMADDIN BIN WACHO


13. Penutup

Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan dalam merancang dan melaksanakan
program. Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba di sekolah. Seterusnya
diharapkan warga sekolah bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Disediakan oleh:

………………………
(Omar Khair bin Abd Latif)
Penyelaras Program
Latihan Kebakaran,
Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2

Disahkan oleh:

………………………
(Tn. Hj. Mod Jaid bin Samat)
GPK Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2

Dilluluskan / TidakDiluluskan

……………………………
(Pn. Nazah Binti Hj Salim)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2
Lampiran 1
Lampiran 2

2. 1 Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran

TARIKH : 31.10.2018
MASA : 10.30 pagi – 12.50 tengahari
MASA Butir-Butir Aktiviti

10.30 – 11.00 pagi  Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.


 Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan
menuju ketempat berkumpul seperti yang terdapat dalam plan
kecemasan
 Guru kelas memeriksa kehadiran murid.
11.00 – 11.45 pagi  ‘Post mortem’ oleh pengawai bomba.
 Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak Bomba dan
Penyelamat Malaysia
11.45 – 12.50 tengahri  Refleksi dan sesi soal jawab bersama pihak bomba
 Ceramah ringkas latihan kebakaran dan keselamatan (Dewan)
12.50 tengahri  Para murid bersurai.
Tetamu dijemput ke jamuan ringan.
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDAHPURA 2
JALAN SISIRAN INDAHPURA 36/1,
TAMAN INDAHPURA,
81000 KULAI,
JOHOR DARUL TAKZIM
Tel/Fax : 07-6635209
Tarikh : 4.10.2018
Rujukan kami : JBA8032/100-1/1/3( )

Kepada,

Ketua Balai
Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat
Balai Bomba Bandar Putra
81000 Kulai, Johor

Tuan,

PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA DENGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Berhubung dengan perkara di atas, pihak Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2 akan mengadakan program tersebut
seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 31 Oktober 2018


Masa : 10.30 pagi – 12.50 tengahari
Tempat : Padang SKIP 2 dan Dewan Bakti

2. Antara agenda program ialah seperti berikut:


2.1 Latihan kebakaran(Fire Drill)
2.2 Taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran
2.3 Ceramah keselamatan dan kebakaran

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput pihak Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra
untuk membantu kami menjayakan program ini.

4. Berserta dengan surat ini dilampirkan tentatif program (lampiran 2) pada hari tersebut. Kerjasama dan perhatian
daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.................................................