Anda di halaman 1dari 9

MASA ATUR CARA PENGUMUMAN

Assalamualaikum w.b.t, dan Salam Pekan No 1

1. Yang Dihormati En. Wan Zainal Abidin bin Wan Midun, Penghulu Mukim Pekan

2. Yang Berusaha En. Azhar bin Jamin, Guru Besar SK Temai

3. Yang Dihormati En. Midun bin Tan, Yang Dipertua PIBG SK Temai

4. _________________________________________________________________________________

5. _________________________________________________________________________________
KETIBAAN VIP
6. _________________________________________________________________________________

7. _________________________________________________________________________________

8. Jawatankuasa PIBG, guru-guru seterusnya murid-murid dan sidang hadirin yang dikasihi

sekalian.

1
Bersama-sama segenggam tekad nan jitu,
membakar obor semangat nan membara,
Berpadu ke arah tujuan nan satu,
arena kesukanan landasan utama.

Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Temai kali ke 31.

Dengan seberkas kekuatan,


menggapai impian,
mendulang emas meraih kecemerlangan.
Tahniah kepada semua kontigen dan peserta yang telah berjaya dipilih mewakili kontinjen masing-
masing bagi merebut pingat emas yang dipertandingkan.

Pada Kejohanan ini, rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian mempertaruhkan kreativiti dan
kesepaduan dalam Lintas Hormat kontinjen untuk menawan hati para juri bagi merebut hadiah
pertandingan perbarisan.
PERARAKAN MASUK
BENDERA KEJOHANAN Untuk itu pihak majlis dengan penuh takzim dan sukacita mempersilakan

1. Yang _______________________________________________________________ untuk menerima tabik


hormat dengan diiringi Yang berusaha En. Azhar Bin Jamin, Guru besar SK Temai.

Seterusnya perarakan masuk Perbarisan Lintas Hormat oleh Kontinjen-kontinjen Rumah.

1.Melintas di hadapan pentas utama adalah ketua kontinjen adik ___________________________

2. Mengikuti di belakang ketua kontinjen adalah kontinjen Pra sekolah diketuai oleh adik
_____________________________________dengan kekuatan ______ orang peserta.

PERBARISAN LINTAS 3.Seterusnya melintas di pentas utama adalah Kontinjen Rumah Biru. Biru berombak pantang
HORMAT berganjak, diketuai oleh _____________________________________dengan kekuatan _______ orang
peserta.

4.Didahului oleh pembawa papan plakad dan bendera rumah ialah kontinjen Rumah Kuning, Kuning
diraja bersemangat waja, diketuai oleh adik _____________________________________ dengan kekuatan
_________ orang peserta.

2
5.Kontinjen terakhir yang melintas di hadapan pentas utama adalah kontinjen Rumah Merah, Merah
membara pasti juara, diketuai oleh adik _______________________________dengan kekuatan _____
orang peserta

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Yang __________________________________________ atas kesudian menerima tabik hormat sebentar
tadi.

(senang diri)

Dirgahayu tanahairku. Bersatu di bawah naungan Duli Tuanku.

NEGARAKU Majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan lagu
Sekolah.

Sidang Hadirin diminta berdiri.

Berikut ialah lafaz ikrar Kejohanan. Untuk itu pihak majlis mempersilakan
Adik _______________________________ untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Dipersilakan.

IKRAR KEJOHANAN
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Adik ______________________________ dan
semua kontinjen Kejohanan Sukan Tahunan SK Temai 2018.
LAFAZ IKRAR
Hadirin dan murid-murid dijemput duduk.

3
BACAAN DOA Sebaik-baik majlis adalah majlis yang diberkati. Oleh itu, marilah sama-sama kita menadah tangan
memohon restu ke hadrat Ilahi semoga majlis mendapat berkat, rahmat dan syafaat. Pihak majlis
sukacita mempersilakan
Al-Fadhil Ustaz ____________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

DOA

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


al-fadhil Ustaz ______________________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Majlis kita teruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha En. Azhar Bin Jamin, Guru Besar SK Temai
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput.
UCAPAN GURU BESAR
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Azhar bin Jamin atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Sidang Hadirin…
Seterusnya, Pihak majlis dengan penuh takzim dan suka cita mempersilakan
1. Yang _____________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian penutup Kejohanan
Sukan Tahunan SK Temai tahun 2018. Dipersilakan.

UCAPAN
UCAPAN PERASMIAN

Tanam laguni tumbuh kelapa


Terbit bunga pohonnya mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


 Yang ____________________________________________ atas ucapan dan perasmian penutup
sebentar tadi.

4
Para pelajar dan hadirin sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya, pihak majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Dihormati En. Midun bin Tan, Yang Dipertua PIBG SK Temai dengan diiringi
En. Faizul Bin Ramli, PK Pentadbiran SK Temai untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan ini
mempersilakan.

Diumumkan pemenang bagi acara 100 M (Lelaki A)


- Pingat gangsa disandang oleh ________________________________dari rumah________.
- Pingat perak dimenangi oleh _______________________________dari rumah_________.
- Pingat emas bagi acara 100 M (lelaki A) digondol oleh __________________________dari
rumah _________.

PENYAMPAIAN Seterusnya, diumumkan pula pemenang bagi acara 100 M (Perempuan A)


HADIAH & - Pingat gangsa disandang oleh _______________________________dari rumah _________.
CENDERAMATA - Pingat perak dimenangi oleh _______________________________dari rumah_________.
- Pingat emas bagi acara 100 M (Perempuan A) digondol oleh ______________________dari
rumah _________.

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Midun bin Tan, Yang Dipertua
PIBG SK Temai atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,

Seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi acara 4 x 100 M Terbuka (Lelaki dan Perempuan) dan
anugerah khas.
Untuk menyempurnakan majlis, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang _________________________________________ dengan diiringi oleh En. Azhar bin Jamin,
Guru Besar SK Temai untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

5
Diumumkan pemenang bagi acara 4 x100 M (Terbuka Lelaki)
- Pingat gangsa disandang oleh ________________________________dari rumah________.
- Pingat perak dimenangi oleh _______________________________dari rumah_________.
- Pingat emas bagi acara 4 x100 M (Terbuka lelaki) digondol oleh
__________________________dari rumah _________.

Seterusnya, diumumkan pula pemenang bagi acara 4 x 100 M (Terbuka Perempuan)


- Pingat gangsa disandang oleh _______________________________dari rumah _________.
- Pingat perak dimenangi oleh _______________________________dari rumah_________.
- Pingat emas bagi acara 4 x 100 M (Terbuka Perempuan) digondol oleh
______________________dari rumah _________.

Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada
tahun ini.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah ialah
____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara
___________________________________________________

6
-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini
ialah ____________________.
Beliau telah meraih pingat__________________________________.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi kedudukan bagi Rumah-
Rumah Sukan yang telah bertanding.

-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________ dengan __________ pingat
emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______ dengan __________ pingat
emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 36 jatuh kepada:
Rumah __________________________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan
___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang _________________________________ atas
kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

7
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan Yang berusaha En Azhar Bin Jamin, Guru
Besar SK Temai menyampaikan tanda ingatan dan terima kasih kepada
 Yang __________________________________________________
Dipersilakan…
PENYAMPAIAN
CENDERAHATI BAGI CENDERAHATI
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian
menyampaikan cenderahati sebentar tadi kepada Yang Dihormati En. Wan Zainal Abidin

Sekarang dipersilakan semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar
meninggalkan arena.

Dengan itu, maka berakhirlah Kejohanan Sukan Tahunan SK Temai kali ke- 31.

Pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Yang _____________________________________ atas kesudian hadir pada hari ini. Tidak dilupakan juga
Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan seluruh warga yang telah sama-sama menjayakan majlis ini dari
awal hingga akhirnya.

Akhir kata, cabaran dan perjuangan adalah rakan pengalaman. Kepada semua peserta yang
berjaya tahniah diucapkan dan kepada semua warga …majulah sukan untuk Negara.

AKHIR

Segala yang baik hanya daripada Allah swt dan segala kekurangan dan kelemahan datangnya
daripada diri kami. Untuk itu ampun dan maaf diucapkan. Semoga jumpa lagi…..
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
TA’ALA WABARAKATUH.

Dijemput Yang _____________________________________ dan dif jemputan menikmati jamuan yang telah
disediakan di kantin sekolah.

8
9

Anda mungkin juga menyukai