Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SURATI

PETI SURAT 255,

89608 PAPAR,SABAH.
MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 /2017

Tarikh : 11 Januari 2017


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :
1. YUSOFF BIN MININ 19. MOHD FADHLI ARIF BIN AHMAD
2. ISAH BT SOLONG 20. SYAZWANI BINTI AFFZAL
3. SALBIAH BINTI SULAIMAN 21. AZLI BIN JAMALUDDIN
4. RUSDI 22. ASIAH BT ALI
5. DG. MARIAM BT HJ. AG. ISMAIL 23. MASLINAH BT MOKTAR
6. ROSLIHA BINTI SAMEH 24. MASNIH BINTI SALLEH
7. ANIZAH BT ABDULLAH @ YAAKOB 25. SEBASTIAN COSMAS @ SPENCER
8. JAMNAH BINTI AFFZAL 26. IRENE PAN
9. EMIE SHARMIZAH BTE ABIDIN 27. ZALIHA BTE GURIAMAN DAGONG
10. BASNIH BIN MAIDIN 28. JULIAH BT MUDAH
11. RUZAIAH BT MARUSIN 29. MOHD FOUZI BIN MOHD ARIS
12. ROSNAHNI BT MATNOR 30. BENEDICT B. JUANNES @ BENEDICT
13. MASRAFIDAH WATI BT A HASSAN JOANIS
14. NAZIPA BINTI ALI 31. MUHAMMAD YASSIN @ HERMAN B.
15. MAWARNI BT ABDUL RAHMAN DAKULAH
16. DAYANG AMINAH BINTI JAIS 32. DAYANG HJ DUROI
17. EILEEN LAU DING FENG 33. SITI NOR’AIN BT YAAKOB
18. ERMAWATI @ ERMA BT ABDUL 34. AFFENDEE BIN MOHD AMIN
HAMID 35. JESSICA LIM YUN YUN
36. SAIDAH BINTI MININ

Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
3. pembudayaan PBS - Sarana Ibu bapa
4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra kokurikulum
5. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6. Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
5. Hal-hal lain

1
1. Aluan pengerusi
1.1 Majlis telah dipengerusikan oleh En Yusoff Bin Minin
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah.
1.3 Pengerusi berharap semua guru-guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya supaya
maklumat dapat disampaikan.

2. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti


2.1 En Yusoff Bin Minin menyatakan kepentingan Penjaminan Kualiti. Penjaminan kualiti
diuruskan oleh Pengurusan Sekolah
2.2 En Yusoff Bin Minin menayangkan slaid Powerpoint kepada guru dan staf. Kandungan
yang ada dalam slaid tersebut ialah:
2.2.1 Pengenalan PBS – PBS terbahagi kepada 2 iaitu Akademik dan bukan Akademik.
Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Bukan Akademik pula terdiri daripada PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan
dan Kokurikulum) dan Pentaksiran Psikometrik.
2.2.2 Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu Pemantauan, Pengesanan,
Pementoran dan Penyelarasan. Ke empat-empat komponen ini saling berkaitan.
2.2.3 Sebarang permasalahan berkaitan dengan PBS, guru-guru dan staf boleh
merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Pembudayaan PBS – Sarana Ibu bapa.


3.1 Puan Jessica meminta agar, guru-guru / komuniti sekolah amnya memainkan peranan
bersama pentadbir sekolah membudayakan PBS. Ini memandangkan masih ramai yang
belum faham mengenai PBS / PT3. Haji Izman meminta cadangan-cadangan dari guru.
3.2 Puan Jessica mencadangkan agar apabila perjumpaan yang akan diadakan bersama PIBG
nanti, pihak sekolah (Pengurusan) menghebahkan kepada ibu bapa dan penjaga
mengenai PBS terutamanya bagi murid tahun 1.
3.3 Cikgu Jamnah mencadangkan maklumat PBS dimasukkan dalam Facebook Sekolah,
Google Drive sekolah, Laman Web Sekolah dan Pamplet Sekolah.
3.4 En Yusoff Bin Minin memaklumkan bahawa, pada mesyuarat Agung PIBG kali pertama,
pihak Sekolah telahpun memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai PBS.
3.5 En Yusoff Bin Minin meminta Admin Facebook sekolah memasukkan segala maklumat
mengenai PBS supaya info mengenai dapat disampaikan dengan cepat sebagai respon
kepada cadangan Cikgu Suzilawati.

4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum


4.1 Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2 akhir
tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari januari hingga Mac. Untuk Segak
Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
4.2 Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini akan diisi
dan disiapkan pada akhir persekolahan.

5. Pentaksiran Psikometrik

2
5.1 Kaunselor Sekolah iaitu Encik Basnih menerangkan bagaimana pentaksiran Psikometrik
dijalankan.
5.2 Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan aptitud dan mempunyai soalan yang
dikeluarkan oleh kementerian

6. Penubuhan Jawatankuasa PBS


6.1 Setiausaha PBS – Puan Jessica Lim menayangkan Slaid Jawatankuasa PBS 2017.
6.2 Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing dengan
bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kehendak dasar kementerian.
6.3 Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan PBS.

7. Bidang tugas Jawatankuasa PBS / Pengoperasian


7.1 Setiausaha PBS – Puan Mashaini menerangkan bagaimana sistem penyimpanan evidens
bagi setiap tingkatan.
7.2 Evidens dan perekodan disimpan oleh guru matapelajaran.
7.3 Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa.
7.4 Puan Jessica memaklumkan kepada guru bahawa, perekodan boleh diperoleh melalui
laman web KPM atau boleh mendapatkannya dari google drive sekolah.
7.5 Perekodan Gabungan adalah perekodan baharu yang dikeluarkan oleh KPM. Perekodan
gabungan diuruskan oleh Guru kelas dan dbuat pada akhir tahun nanti.

8. Hal –hal lain


5.1 Tiada

Mesyuarat di tangguh pada pukul 5.00 petang

Di sediakan oleh : Di semak oleh :

…………………………………………………….. ……………………………………………..
JESSICA LIM YUN YUN ISAH BINTI SOLONG
(Setiausaha PBS ) (GPK Kurikulum dan Pentadbiran)

Anda mungkin juga menyukai