Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN PROFESIONAL

a) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.

Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih
untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di
Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam
situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing
dan guru pembimbing.

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum di


sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan
pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak
sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan
diri di setiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan
praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada
bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu
menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk jaga, pekebun
mahupun pekerja kantin. Saya perlu memahami budaya di sekolah serta komuniti di
situ supaya murid-murid lebih memahami maklumat yang disampaikan.

Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing pada bil-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa
lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran
dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar.
PERNYATAAN PROFESIONAL
b) Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum.

Hari pertama seperi biasa sesi perkenalan bersama guru-guru serta warga
sekolah. Pertemuan dengan GPK 1 sebagai tanda selamat datang setelah ketiadaan
Guru Besar yang tidak hadir pada hari tersebut. Beramah mesra bersama guru-guru
seawal hari pertama adalah sangat penting.

Saya mula mengajar pada hari kedua setelah mendapat waktu tugas pada
hari pertama daripada GPK1. Perkenalan diri bersama anak murid saya lakukan
sedikit. Saya sempat menyertai beberapa aktiviti dan program sekolah seperti Hari
Kantin, 1 Murid 1 Sukan, Bulan Ceria Kemerdekaan dan sebagainya. Saya dan
rakan terlibat sebagai ahli jawatankuasa yang menguruskan program tersebut
supaya berjalan dengan lancar. Pelbagai pengalaman diperoleh sepanjang terlibat
sebagai ahli dalam setiap program yang dijalankan. Ilmu yang diperoleh dapat
dikongsi bersama rakan dan digunakan dengan sebaik mungkin pada masa kini dan
akan datang terutama apabila menjadi seorang guru kelak.
PERNYATAAN PROFESIONAL
c) Apa Yang Telah Dicapai Sepanjang Praktikum

Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap


guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum 1 telah
selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan pertama
membawa kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan
sebelum memasuki Praktikum 2 pada semester depan.

Berkaitan dengan apa yang telah dicapai sepanjang praktikum, dapat saya
simpulkan bahawa menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja
dari segi akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika
bersama murid, tentu ada yang menguji kesabaran dan semuanya telah saya lalui
dalam Praktikum 1 ini. Pergaulan bersama warga sekolah boleh dianggap
memuaskan dimana sikap saling bantu membantu kami terapakan dalam driri
terutamanya dalam menjayakan beberapa program sekolah.

Kesimpulannya, Praktikum satu telah memberi gambaran kepada saya situasi


sebenar sekolah. Saya perlu mempersiapkan diri sebelum menjadi guru berijazah
kelak.

Anda mungkin juga menyukai