Anda di halaman 1dari 2

DASAR SUKAN

• Merupakan dokumen yang komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara.

• Merangkumi

i) Sukan Massa iaitu sukan untuk semua

ii) Sukan untuk Kecemerlangan

Sukan Massa

• Bertujuan untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan ksejahteraan anggota masyarakat.

• Memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum
bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup.

Sukan untuk kecermerlangan

• Merupakan sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan
Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan
pemenang.

Rasional Dasar Sukan Negara

• Peringkat individu

i) Pembentukan sahsiah, kesedaran dlm diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan

ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal

iii) Memanfaatkan masa senggang

iv) Mengurangkan tekanan hidup

v) Interaksi sosial yang bermakna

vi) Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

• Peringkat Masyarakat

i) Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional

ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti yang lebih baik dalam
pelbagai kumpulan etnik dalam negara

iii) Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti

iv) Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang.

• Peringkat Negara

i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi / Memupuk persahabatan

ii) Meningkatkan meruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa


Objektif Dasar Sukan Negara

i) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan
peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat

ii) Menyediakan peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi
individu melalui sukan.

iii) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial
individu dan kenikmatan masa senggang dalam kalangan orang awam

iv) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan
dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai