Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PEMBELIAN TAFSIR AL-QURAN

UNTUK PELAJAR-PELAJAR ASNAF


UNIT KEBAJIKAN DAN BIASISWA SMK BANDAR BANTING 2013

1.0 PENDAHULUAN
Kepesatan dunia hari ini memaksa generasi muda untuk berusaha lebih gigih agar
dapat bersaing dengan khalayak ramai. Tekanan dalaman dan luaran kadangkala menjadi
menyebab kurangnya anak-anak muda berdamping dengan Kalamullah. Tanpa sedar,
ramai remaja yang masih di bangku sekolah mengaku hanya membaca ayat suci Al-
Quran tatkala bersolat dan ketika matapelajaran Pendidikan Agama Islam.

2.0 RASIONAL
Pelajar asnaf seringkali dipaparkan sebagai pelajar yang serba kekurangan.
Kadangkala, tiada pengisian rohani diberikan oleh ibubapa yang terlalu sibuk mencari
sesuap nasi untuk keluarga. Ada kemungkinan besar, jumlah Al-Quran di rumah juga
tidak mencukupi untuk setiap isi rumah dan ketidakcukupan itu tidak di pandang sebagai
satu kelemahan kerana kurangnya rasa ingin mendampinginya.
Membaca ayat suci al-Quran sebenarnya bukan sahaja memberi peluang kepada
hamba-hambaNya untuk meraih pahala, bahkan ia merupakan satu terapi rohani yang
menambahkan keimanan kepada Allah jika dihayati maksudnya.
Pelajar-pelajar remaja, khususnya pelajar yang hidup dalam kesusahan, sangat
memerlukan terapi rohani ini agar mereka dapat membentuk jati diri menjadi orang yang
akan berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.
Selain itu, Al-Quran merupakan sumber ilmu yang utama. Oleh itu, dengan
adanya Al-Quran yang sentiasa berada di sisi mereka , diharapkan ia dapat menambahkan
lagi kecintaan anak-anak asnaf ini kepada ilmu.
Di samping itu, membaca ayat-ayat Al-Quran sangat mujarab untuk melembutkan
hati dan mendidik jiwa. Sebagai insan yang masih kekurangan iman , kadangkala mereka
sukar untuk dikawal dan sering tersasar. Maka, cara yang terbaik adalah dengan
menjinakkan hati mereka dengan Al-Quran kerana kita sedia maklum hanya dengan
memandang Al-Quran sahaja,seseorang itu telah diberi rahmat dan mampu melembutkan
hati.
.

3.0 MATLAMAT

Program pembelian Tafsir Al-Quran ini diharapkan dapat memberi manfaat


kepada pelajar-pelajar Asnaf. Tafsir Al-Quran yang dipilih adalah tafsir yang boleh
dibawa kemana-mana dan sesuai digunakan pada bila-bila masa. Tafsir Al-Quran ini juga
diharap akan menjadi bahan bacaan paling utama kepada pelajar-pelajar ini agar hati dan
jiwa mereka terdidik untuk menjadi mukmin sejati.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Melahirkan pelajar asnaf yang mempunyai kemantapan rohani hasil belaian dari
bacaan Al-Quran.
4.2 Mengurangkan rasa ‘kekosongan’ dalam jiwa mereka kerana dapat diisi dengan
tafsir Al-Quran yang boleh dibawa kemana-mana.
4.3 Membolehkan pelajar-pelajar asnaf mendapat peluang menggunakan tafsir Al-
Quran milik peribadi.
4.4 Menyedarkan para pelajar asnaf bahawa Al-Quran merupakan mukjizat yang
dikurniakan oleh Allah yang perlu sentiasa didampingi dan dibaca untuk
mendapatkan kelebihannya.

5.0 ANJURAN

Unit Kebajikan dan Biasiswa SMK Bandar Banting.

6.0 SASARAN

120 orang pelajar asnaf dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

7.0 PEMBEKAL BUKU TAFSIR AL-QURAN


Pembekal Buku-Buku Agama – En Abd Hisam bin Abdullah

8.0 PENGAGIHAN BUKU TAFSIR AL-QURAN


8.1 Tarikh : 2 Ogos 2013 ( Jumaat ), bersempena dengan
Majlis Khatam Al-Quran
8.2 Masa : Sesi Pagi : 8.00 pagi – 12.00 t/hari
Sesi Petang : 2.30 – 5.15 petang
8.3 Tempat : Surau Al-Kauthar

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi Tuan Haji Khairi Bin Bidin
Naib Pengerusi Tuan Haji Hairil Anuar bin Osman
Tuan Haji Marsan bin Osman
Setiausaha Pn Norshafiza binti Shafie
Penolong Setiausaha Cik Aida Suzaini bt Abu Bakar
Penyelaras Pn Hajah Fatimah bt Ngah

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Nama AJK Bidang Tugas
Pemilihan Buku - Memilih Tafsir Al-Quran yang
AJK Unit Biasiswa dan Kebajikan bersesuaian

Penyerahan Untuk Pelajar - Memastikan pelajar hadir untuk


Tingkatan 1 upacara Penyerahan
Cik Aida Suzaini bt Abu Bakar

Penyerahan Untuk Pelajar


Tingkatan 2
Pn Suziliana bt Basiron

Penyerahan Untuk Pelajar


Tingkatan 3
Pn Azizah bt Abu Yamin

Penyerahan Untuk Pelajar


Tingkatan 4
Pn Siti Mariam bt Ahmad Sariman

Penyerahan Untuk Pelajar


Tingkatan 5
Pn Salmah bt Hasmeon
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kos Sumber


1 Tafsir Al-Quran Saiz 120 orang x RM32 RM 3,840.00 Wang
Poket Lembaga
Zakat
Jumlah RM 3,840.00 Selangor

12.0 SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah


1 Wang Lembaga Zakat Selangor RM 3,840.00

13.0 PENUTUP

Program pemberian Al-Quran berserta Tafsir ini diharapkan dapat meningkatkan


motivasi para pelajar asnaf untuk menghayati, mendampingi dan memahami isi Al-Quran
sebagai memantapkan lagi jati diri mereka sebagai muslim sejati.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,

…………………… …………………… ……………………


Pn Norshafiza Shafie
Setiausaha,
Unit Biasiswa & Kebajikan
KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBELIAN AL-QURAN
BESERTA TAFSIR
(PELAJAR ASNAF)

PENYERAHAN PADA:
2 OGOS 2013

ANJURAN

UNIT BIASISWA DAN KEBAJIKAN