Anda di halaman 1dari 5

Vandalism

Definisi masalah disiplin dan tingkahlak( vandalism)……

Dewasa ini, masalah disiplin dan salah laku dalam bilik darjah semakin menjadi-jadi. Hal ini
demikian memberi kesan yang negative dan tekanan kepada guru. Perkara ini demikian sangat
membimbangkan semua pihak terutamanya guru yang menjadi peranan dan tonggak paling
besar dalam proses kemenjadian manusia. Masalah disiplin dan salah laku dalam bilik darjah
yang paling membimbangkan ialah kejadian vandalism. vandalism merujuk kepada perbuatan
membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalism juga dikenali
sebagai pugut atau pemugut atau laku musnah.

Dalam erti kata yang lain definisi vandalism ialah membuat sebarang perubahan seperi
melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam
tanpa kebenaran pihak berkuasa. Dari segi konteks sekolah pula vandalism merupakan laku
musnah yang berupa pelanggaran disiplin yang mana termasuklah merosakkan harta benda
sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematah-
matahkan pokok, bermain dengan alat pemadam api, mengotorkan kawasan sekolah,
menconteng dinding bilik darjah, merosakkan harta benda guru dan guru besar dan mengguris
kenderaan guru.

Terdapat Tiga jenis vandalism iaitu yang sering dilakukan iaitu dari segi perlakuan, dendam dan
conteng atau graffiti.

Pertama ialah graffiti. Perbuatan ini dilakukan dengan sengaja semata-mata untuk
mencari keuntungan dengan menjual harta benda yang dicuri. Perbuatan ini dilakukan sama ada
dengan merosak atau memecahkan harta benda tersebut. Perbuatan ini dengan sendirinya telah
mencacatkan bentuk harta benda dari yang asalnya. Dari segi perlakuan ini juga menunjukkan
perbuatan suka-suka dan tunjuk berani dengan merosakkan harta benda tersebut dengan tidak
mempunyai perasaan bersalah sekalipun.
Kedua ialah dendam. Berkaitan dengan kerosakkan harta benda yang melibatkan
perasaan sama ada tidak puas hati, melepaskan geram atau kemarahan kepada pihak yang
tertentu.

Ketiga ialah Conteng atau Graffiti. Menconteng harta benda awam atau harta peribadi
orang awam juga dikatakan pemugut. Biasanya mereka ini akan menconteng di dinding-dinding
bangunan, pagar konkrit, pondok-pondok berehat dan tempat kemudahan awam, di taman
rekreasi dan sebagainya dengan mesej-mesej tertentu yang ada di antaranya tertulis perkataan
berupa suatu pesanan dan adakalanya juga contengan tersebut mengandungi perkataan-
perkataan yang memalukan.

Perbuatan contengan atau graffiti ini adalah hasil dari keinginan seseorang untuk
mengatakan sesuatu untuk memberi komen, memberitahu, menghibur, meyakinkan, menyakiti
ataupun sekadar untuk ia memberitahu akan kehadiran dan kewujudannya di bumi ini.

Jika masalah vandalism ini dilakukan secara berterusan akan memberikesa yang sangat
buruk kepada guru. Kesan pertama ialah guru sukar untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan. Hal ini demikian terjadi adalah kerana banyak kemudahan di
dalam bilik darjah telah pun dirosakkan oleh pelajar. Sebagai contohnya, perbuatan vandalism
telah merosakkan kerusi dan meja. Ini menebabkan sukar dan sedikit susah untuk pelajar belajar
bila kerusi dan meja rosak.

Kesan kedua masalah vandalisme kepada guru ialah guru akan hilang semangat dan
tumpuan untuk mengajar. Hal ini demikian bermaksud, setelah guru melihat keadaan kerosakan
bilik darjah akibat vandalism akan menyebabkan semangat guru untuk mengajar berkurang serta
tumpuan terhadapat pembelajaran akan terjejas sama sekali.
Selain itu, masalah vandalism juga akan memberi banyak kesan negatif kepada pelajar.
Kesan maslah disiplin ini kepada pelajar yang melaksanakan vandalism itu sendiri ialah akan
menimbulkan sikap tindak bertanggungjawab. Hal ini demikian kerana mereka sanggup
merosakkan harta benda sekolah tanpa rasa bertanggungjawab. Kesan kedua ialah pelajar ini
akan sukar memahami apa yang dipelajari didalam kelas. Ini kerana keberkatan ilmu elah hilang
kerana perbuatan buruk mereka.

Selain itu, kesan terhadap pelajar lain ialah pelajar lain tidak dapat memberikan focus
yang maksimum kepada pembelajara. Perkara ini terjadi kerana mereka berasa sukar menjalani
proses pembelajaran yang mana kebannyakan facility yang ada di dalam kelas rosak. Ini
menyebabkan semua pelajar tidak dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan
dengan baiknya.

……cadangan anda sebagai guru dapat mengatasi masalah disiplin tersebut dengan dengan
aplikasi model(skinner)..

Pada pendapat saya , masalah vandalism di bilik darjah hanya mampu diselesaikan dan diatasi
iaitu dengan menggunakan model modefikasi tingkahlaku B.F Skinner. Model ini menyatakan
bahawa peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkahlaku
yang diingini. Hal ini demikian bahawa prinsip yang diperkenalkan oleh B.F. Skinner sangat
berkesan untuk menyelesaikan masalah vandalism di dalam bilik darjah semaksimum yang
mungkin.

Pertama ialah penggunaan konsep peneguhan positif. Ini bermaksud rangsangan yang
diberikan akan meningkatkan tingkahlaku murid yang diingini. Sebagai contohnya, guru membuat
pengumuman bahawa sesiapa sahaja pelajar yang Nampak aktiviti vandalism dilakukan dan
melaporkan segera kepada pihak sekolah akan diberikan hadiah dan dinaikkan markah meritnya.
Ini akan memberi kesan kepada pelajar yang lain untuk segera melaporkan segala kes-kes
vandalism yahg dilihat oleh mereka. Dan juga secara tidak langsung menyebabkan pelaku
vandalism akan berasa takut untuk berbaut perkara yang jahat tersebut itu. Justeru, masalah
vandalism dapat dibendung dengan menggunaan peneguhan positif.
Seterusnya ialah penggunaan konsep peneguhan negative. Ini bermaksud rangsangan
yang dikeluarkan akan meningkatkan tingkahlaku murid yang diingini. Sebagai contohnya, guru
mengeluarkan amaran bahawa mane-mane pelajar yang melakukan vandalisme tidak
dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir dan akan dikenakan pergantungan sekolah.
Amaran yang dilaksanakan ini akan menyebabkan pelaku-pelaku vandalisme akan berasa takut
untuk melakukan vandalism. Justeru, masalah vandalism di bilik darhjah akan berkurang dengan
adanya peneguhan negative ini.

Seterusnya ialah penggunaan konsep hukuman. Hukuman bermaksud tindakan yang


dilaksanakan adalah untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini. Sebagai contohnya,
pelajar-pelajar yang ditangkap yang melakukan vandalisme akan dirotan sebanyak 12 kali
sebatan dihadapan semua pelajar sewaktu perhimpunan. Perkara ini akan menyebabkan
tingkahlaku yang tidak diingini iaitu vandalisme akan berkurang dengan serta-merta. Pelaku-
pelaku vandalisme akan berasa tidak selesa dan takut untuk dirotan jika mereka tertangkap.
Selain itu, secara tidak langsung pelajar yang menyaksikan kawan-kawan mereka dirotan akan
menimbulkan rasa tidak berani untuk melakukan sebarang tindakan yang berunsurkan
vandalisme. Pelaku vandalisme sendiri akan insaf akibat timdakan rotan yang telah dilaksanakan
di hadapan khalayak ramai. Justeru, jelaslah disini bahawa penggunaan konsep hukuman dapat
menyelesaikan masalah vandalisme di dalam bilik darjah.

Selain itu, guru juga boleh mengarahkan supaya pelaku vandalisme untuk membayar
balik segala kerosaka yang telah mereka buat. Sebagai contohnya, Guru menyenaraikan semua
peralatan yang telah mereka rosakkan seperti kerusi, meja dan almari serta meminta mereka
supaya menggantikan semua peralatan tersebut. Jika mereka tidak mahu menggantikan
peralatan tersebut, mereka akan dikenakan tindakan disiplin dan tindakan tatatertib kerana
merosakkan harta benda kerajaan dengan sengaja. Perkara ini akan menyebabkan pelaku-
pelaku vandalisme akan berfikir banyak kali sebelum mereka melakukan tindakan tidak bermoral
itu. Justeru, masalah vandalisme dapat diselesaikan dengan tindakan ini.

Seterusnya ialah penggunaan konsep peneguhan tepat dan berkala. Ini bermaksud setiap
tindakan yang ditunjukkan adalah untuk meningkatkan tingkahlaku yang diingini secara tepat dan
berkala. Sebagai contohnya, pada mulanya murid yang memberikan maklumat berkaitan kes-kes
vandalisme akan diberikann hadiah. Dan seterusnya pemberian itu seharusnya diberikan kepada
murid yang melaporkan dan jumlah hadiah itu semakin berkirangan. Akhir sekali, mrid akan
memberi maklumat berkaitan vandalisme walaupun tanpa mendapat sebarang hadiah. Laporan
dan maklumat yang diberikan secara berterusan akan menyebabkan pelaku-pelaku vandalismme
akan berasa takt untuk melakukan vandalisme. Justeru, tindakan ini akan mengurangkan gejala
vandalisme di dalam bili darjah.

Kesimpulannya, perlu difahami bahawa disiplin bukannya satu sekatan tetapi cara teratur
untuk melaksanakan warisan budaya bangsa yang dapat ditingkatkan pembaikannya. Semua
masalah disiplin yang wujud di sekolah akan mudah diselesaikan jika cara yang digunakan betul
dan berlandaskan prinsip-prinsip serta konsep yang diingini. Sebagai contoh disiplin iaitu masalah
vandalisme akansegera selesai jika cara penyelesaian nya tepat. Hal ini demikian seperti
penyakit yang ada pasti akan sembuh jika ubat yang di berikan bersesuaian dengan jenis
penyakit yang dialami. Dalam perbincangan ini uabat yang telah digunakan adalah model
modefikasi tingkahlaku B.F. Skinner. Ternyata model ini sangat bersesuaian dan berkesann untuk
menyelesaikan segala permasaalahan.

Anda mungkin juga menyukai