Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
SIARAN AKHBAR
KDNK MENGIKUT NEGERI 2016
PENGENALAN
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.2 peratus pada tahun 2016 berbanding 5.0 peratus pada tahun sebelumnya.
Pertumbuhan tersebut dipelopori oleh Sektor Perkhidmatan, Pembuatan dan Pembinaan. Walau bagaimanapun, penurunan dalam
sektor Pertanian dan pertumbuhan sederhana dalam sektor Perlombongan dan Pengkuarian telah memperlahankan prestasi
keseluruhan ekonomi pada tahun 2016.
Enam negeri menyumbang 70.6 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2016. Selangor menerajui dengan sumbangan 22.7
peratus diikuti oleh WP Kuala Lumpur (15.3 peratus), Sarawak (9.8 peratus), Johor (9.4 peratus), Pulau Pinang (6.7 peratus) dan
Sabah (6.7 peratus) seperti dipaparkan dalam Carta 1.
Lapan negeri melebihi paras pertumbuhan nasional (4.2 peratus) pada tahun 2016. WP Labuan mencatatkan pertumbuhan 7.2
peratus diikuti oleh WP Kuala Lumpur (5.9 peratus), Johor (5.7 peratus), Pulau Pinang (5.6 peratus), Selangor (4.8 peratus),
Kelantan (4.8 peratus), Sabah (4.7 peratus) dan Melaka (4.5 peratus).
Struktur ekonomi adalah berbeza bagi setiap negeri. Dominasi sektor Perkhidmatan dapat dilihat di WP Kuala Lumpur (87.7
peratus), WP Labuan (76.2 peratus), Kelantan (66.4 peratus), Perlis (64.3 peratus), Perak (60.9 peratus), Selangor (60.1 peratus)
dan Kedah (54.5 peratus).
Sumbangan sektor Perkhidmatan dan Pembuatan yang setara dapat dilihat di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu
dan Johor seperti ditunjukkan pada Carta 2.
Sebaliknya, sektor Pertanian mempunyai sumbangan yang penting di Kelantan (24.6 peratus), Pahang (23.4 peratus), Perlis (21.6
peratus) dan Sabah (19.1 peratus).
PRESTASI MENGIKUT SEKTOR
Sektor Perkhidmatan disumbangkan sebahagian besarnya oleh Selangor dan WP Kuala Lumpur dengan masing-masing
menyumbang 25.2 peratus dan 24.8 peratus seperti dipaparkan dalam Carta 3. Bagi kebanyakan negeri, aktiviti Borong dan Runcit
merupakan pemacu utama sektor Perkhidmatan, kecuali bagi Terengganu, Perak, Perlis dan WP Labuan yang diterajui oleh Utiliti
dan aktiviti Kewangan.
Sektor Pembuatan disumbangkan terutamanya oleh negeri Selangor dengan sumbangan 28.9 peratus diikuti oleh Pulau Pinang dan
Johor dengan masing-masing menyumbang 12.9 peratus dan 12.6 peratus seperti digambarkan di dalam Carta 4.
Sektor Pembuatan di Malaysia didorong oleh Produk Elektrik dan Elektronik di Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Produk
Petroleum Bertapis dan Bahan Kimia & Produk Kimia mencatatkan pertumbuhan yang baik di Sarawak, Terengganu dan Pahang.
Walau bagaimanapun, Kenderaan Bermotor dan Peralatan Pengangkutan di Malaysia merosot sebanyak 3.6 peratus berikutan
daripada penurunan pengeluaran kenderaan bermotor di Selangor, Perak dan Kedah.
Sektor Pertanian di Malaysia didominasi oleh Sarawak, Sabah, Johor, Pahang dan Perak seperti dipaparkan dalam Carta 5.
Kemerosotan sektor Pertanian sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kesan fenomena El Nino ke atas subsektor kelapa
sawit di negeri-negeri tersebut.
Sektor Pembinaan diterajui oleh WP Kuala Lumpur dan Selangor seperti ditunjukkan pada Jadual 1. Prestasi sektor ini adalah
dipengaruhi oleh pengembangan subsektor Bangunan Kediaman dan Kejuruteraan awam.
KDNK PER KAPITA, 2016
KDNK Per Kapita di peringkat nasional meningkat daripada RM37,123 kepada RM38,887 seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 2. KDNK Per Kapita bagi enam negeri melebihi paras nasional yang diterajui oleh WP Kuala Lumpur (RM101,420) diikuti
oleh WP Labuan (RM61,833), Pulau Pinang (RM47,322), Selangor (RM44,616), Sarawak (RM44,333) dan Melaka (RM41,363).
Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]stats.gov.my