Anda di halaman 1dari 5

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN

PEMBELIAN PERALATAN MUZIK UNTUK


KURSUS KLUSTER SENI, WARISAN & SOSIOBUDAYA
CCB 3411 PENGENALAN KEPADA ORKESTRA
SESI 1 2018/2019

DISEDIAKAN OLEH :
PENYELARAS CCB 3411 PENGENALAN KEPADA ORKESTRA
KLUSTER SENI, WARISAN & SOSIOBUDAYA
PUSAT KOKURIKULUM

1
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PEMBELIAN PERALATAN MUZIK UNTUK
KURSUS KLUSTER SENI, WARISAN & SOSIOBUDAYA
CCB 3411 PENGENALAN KEPADA ORKESTRA SESI 1, 2018 / 2019

1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
Mesyuarat Pengurusan Pusat Pendidikan Asas & Liberal UMT berkenaan
permohonan pembelian peralatan muzik untuk kursus Pengenalan kepada
Orkestra (CCB 3411) Sesi 1, 2018 / 2019.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Kursus Pengenalan kepada Orkestra (CCB 3411) merupakan kursus baharu 2 jam
kredit yang ditawarkan dibawah Kluster Seni, Warisan & Sosiobudaya. Kursus ini
baru ditawarkan pada semester ini, Sem 1, 2018 / 2019 untuk pelajar Ijazah
Sarjana Muda jumlah pelajar yang berdaftar seramai 60 orang

2.2 Bagi kursus ini, latihan amali mewakili 80% daripada keseluruhan markah. Latihan
amali ini juga merupakan aktiviti wajib dalam pengajaran dan pembelajaran kursus
ini. Para pelajar akan melakukan latihan amali setiap hujung minggu mengikut
alatan muzik masing-masing sehingga habis semester. Selain itu, di akhir
semester ini, para pelajar akan membuat persembahan untuk Minggu
Kokurikulum, UMT.

2.3 Sehubungan itu, bekalan peralatan muzik untuk kursus ini adalah penting bagi
memastikan semua pelajar dapat meruskan latihan amali dengan jayanya dan
dengan lebih berkesan.

2
3.0 OBJEKTIF

Selain daripada menerapkan kemahiran insaniah kepada pelajar, objektif utama


pelaksanaan amali adalah untuk memenuhi keperluan kursus ini iaitu :

i. Mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas dan teknik-teknik yang betul dalam


alatan muzik yang dipilih.
ii. Melatih para pelajar menguasai teknik-teknik dan kemahiran asas dalam beberapa
disiplin alatan muzik serta mengaplikasikannya sebagai satu aktiviti sosial.
iii. Mempamerkan sikap profesionalisme,nilai dan etika sepanjang penglibatan diri
dalam aktiviti persembahan muzik.

4.0 CADANGAN PEMBELIAN PERALATAN SENI, WARISAN DAN SOSIOBUDAYA

BIL PERALATAN SPESIFIKASI KUANTITI/HARGA PER JUMLAH


KURSUS UNIT (RM)
Music Stand Standard RM 50.00 X 20 Unit 300.00

CCB 3411
Pengenalan Violin Standard RM 250.00 x 10 unit 2,500.00
1. Kepada
Orkestra

JUMLAH KESELURUHAN RM 2800.00

5.0 SYOR
Adalah diharapkan Mesyuarat Pengurusan Pusat Pendidikan Asas & Liberal dapat
mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan ini bagi melancarkan lagi
latihan amali untuk kursus ini.

3
4
5