Anda di halaman 1dari 8

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

SEMESTER 2

SESI 2016/2017

PENGAJIAN ISLAM

UWA 10102/UWA 10602

TAJUK TUGASAN

“ISLAM SEBAGAI AD-DEEN”

NAMA PENSYARAH : DR NUR ZAINATUL NATDRA ZAINOL

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ARIF BIN ANUAR

NO. KAD MATRIK : AD160185


Pengertian Islam :

Dari sudut bahasa, perkataan Islam berasal dari bahasa arab iaitu aslama
bermaksud sejahtera, tidak tercela, tidak cacat. Ia mengandungi tiga makna iaitu
i) sejahtera, tidak tercela, atau cacat sama ada zahir ataupun batin; ii) damai,
aman dan sejahtera; dan iii)taat, penyerahan diri, tunduk, patuh kepada peraturan
dan undang-undang Allah S.W.T.

Dari sudut istilah, Islam bermaksud menyerah diri sepenuhnya kepada Allah
S.W.T dengan mantauhidkanNya, taat, tunduk dan patuh kepada Allah dengan
penuh keikhlasan serta beriman kepada ajaranNya yang dibawa oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Islam juga adalah kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha
Esa dan segala hukumnya adalah berasaskan wahyu Allah S.W.T kepada
rasulNya bagi mengatur hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan manusia
dengan manusia.

Islam sebagai suatu cara hidup (al-Deen) memberi maksud agama atau salah
satu cara hidup. Menjadikan Islam sebagai al-Deen bermaksud menjadikan
Islam sebagai satu sistem yang mengandungi peraturan yang menyeluruh dan
undang-undang yang lengkap dalam semua urusan kehidupan manusia,
menerima dan mengamalkan Islam dengan cara mentaati dan mematuhi segala
perintahNya serta memahami bahawa segala peraturan yang ditentukan oleh
Islam adalah adalah bersesuaian dengan fitrah manusia.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 208 :


Asas-asas Islam (Akidah, Syariah dan Akhlak)

1.Pengertian Akidah

Dari sudut bahasa akidah bermaksud ikatan, simpulan, kepercayaan, keyakinan.


Manakala dari sudut istilah akidah memberi makna kepercayaan yang tersimpul
kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai atau terputus
walau apa jua keadaan.

2.Pengertian Syariah

Dari sudut bahasa bermaksud jalan yang lurus. Dari sudut istilah ialah setiap
yang diperundangkan oleh Allah S.W.T dalam urusan keagamaan melalui
wahyuNya sama ada al-Quran dan as-Sunnah. Syariah Islam merupakan sistem
yang mengatur cara hidup Islam. Syariah Islam adalah bersifat lengkap dalam
mengatur segala urusan manusia.

3.Pengertian Akhlak

Dari sudut bahasa akhlak berasal dari kalimah Arab “khuluq” bererti budi
pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat. Manakala dari sudut istilah pula
bermaksud suatu keadaaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan
perbuatan atau tingkahlaku secara mudah tanpa memerlukan penelitian.
Ciri-ciri Kesyumulan Islam :

i) Ciptaan Allah S.W.T.

Penamaan daripada Allah S.W.T yang bersesuaian dengan nama dan sifatnya.

ii) Berasaskan Wahyu

Bersumberkan dua sumber utama iaitu al-Quran dan al-Hadith.

iii) Lengkap dan menyeluruh

Ajarannya merangkumi semua urusan kehidupan manusia di dunia dan


akhirat.

iv) Bersifat universal

Ajaran Islam tidak terhad kepada sempadan dan batasan tertentu seperti
bangsa, keturunan, warna kulit, kedudukan, iklim dan geografi di mana
ajarannya mementingkan keadilan.

v) Sesuai sepanjang zaman

Ajaran Islam adalah sentiasa bersesuaian di sepanjang zaman sehinggalah


hari kiamat.

vi) Mendidik jiwa manusia

Ajaran Islam mendidik manusia supaya menjadi insan yang memiliki akhlak
mulia seperti taat, sabar, ikhlas dengan menerapkan sifat-sifat mahmudah dan
menjauhi sifat-sifat mazmumah dalam diri mereka.
vii) Memperuntukan ganjaran

Setiap amalan dalam Islam adalah dikira sebagai ibadah dengan syarat ia
memenuhi syarat-syarat ibadah yang ditetapkan dan diperuntukan mereka
ganjaran yang berupa pahala dan dosa.

viii) Tetap dan tidak berubah

Ajaran Islam adalah tetap dan tidak berubah sejak kelahirannya di zaman
Nabi Muhammad S.A.W. sehingga ke hari kiamat di mana ajarannya sentiasa
terpelihara.

ix) Memudahkan dan tidak membebankan

Ajaran Islam memberikan kemudahan kepada mereka yang bermusafir, sakit


dan uzur dalam menunaikan ibadah seperti solat, puasa dan haji.

x) Dilaksanakan secara beransur atau berperingkat-


peringkat

Perlaksanaan sesuatu kewajipan dalam Islam tidak dilakukan dengan serta-


merta atau secara beransur-ansur. Contohnya kanak-kanak tidak diwajibkan
untuk melakukan sesuatu sesuatu sehingga mencapai usia baligh.
Dalil Islam menurut al-Quran dan al-Hadith :

i) Al-Quran

Surah al-Maidah ayat 3:

“Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-
orang yang telah diberi Al Kitab[189] kecuali sesudah datang pengetahuan kepada
mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir
terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya”.
ii) Al-Hadith

Umar bin Khaththab Radhiyallahu anhu berkata :

Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk di dekat Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan
rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada
seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu
lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua
paha Nabi, kemudian ia berkata : “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang
Islam.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak


ada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya
Muhammad adalah Rasul Allah; menegakkan shalat; menunaikan zakat; berpuasa di
bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu
melakukannya,” lelaki itu berkata,”Engkau benar,” maka kami heran, ia yang bertanya ia
pula yang membenarkannya.

Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”.


Nabi menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-
kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang
buruk,” ia berkata, “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah


seakan-akan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia
melihatmu.”

Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku kapan terjadi Kiamat?”

Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”

Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”

Nabi menjawab,”Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau
melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta
pengembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang
menjulang tinggi.”

Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya
kepadaku : “Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”

Aku menjawab,”Allah dan RasulNya lebih mengetahui,” Beliau bersabda,”Dia adalah Jibril
yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.” [HR Muslim, NO.8]

Anda mungkin juga menyukai