Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JERANTUT JAYA

27000 JERANTUT
CBA2052.1BESTARINET.NET

KERTAS KERJA CADANGAN


MINGGU FROG VLE
SK JERANTUT JAYA
2018
Pendahuluan

Seiring dengan hasrat kerajaan merealisasikan pelan pembangunan pendidikan 2013-2025,


kerajaan telah membekalkan sekolah terpilih dengan aset berupa Chromecart dan sistem
pembeljaran maya dalam pakej 1bestarinet. Adalah menjadi tanggungjawab sekolah memantapkan
penggunaan aset ini. Berdasarkan statistik, penggunaan sejak pembekalan pada tahun 2013 adalah
amat rendah. Melalui surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia betarikh 9 Januari 2015, KPM
meminta sekolah memastikan program ini dijalankan semaksimum mungkin.

Penyataan dan analisis masalah

Hasil diagnosis daripada program intervensi minggu FROG VLE yang dijalankan pada tahun
2017, beberapa masalah baharu dan berbangkit telah dikenalpasti. Peratusan penggunaan FROG VLE
dan peratusan pembinaan laman pembelajaran masih rendah di kalangan guru SK Jerantut Jaya.
Perubahan dalam KPI penggunan FROG VLE sekolah iaitu dalam login "unique id" setiap bulan
memerlukan beberapa program bagi mencapainya.

Analisis masalah

Hasil dari pemerhatian, perbincangan dan data. Didapati masalah ini berpunca daripada ;

1. Didapati juga Chromebook tidak mesra pengguna dimana touch pad yang terdapat pada
Chromebook sukar digunakan dan tidak berkesan. Hal ini menyebabkan peratusan menggunakan
peranti ini rendah.

2. KPI bulanan FROG VLE memerlukan "unique id" login mencapai jumlah yang diperlukan. Ini
memerlukan penggunaan menyeluruh FROG VLE dari tahun 2 hingga tahun 6.

3. Peratusan penggunaan FROG VLE di kalangan guru serta site creation juga amat rendah pada
tahun 2017. Ini kerana kurangnya penekanan dan kemahiran guru dalam penggunaan FROG VLE
dalam PDPC.

Cadangan intervensi

Hasil dari analisis masalah yang dikenalpasti, beberapa cadangan penambahbaikan hasil dari
mesyuarat jawatankuasa kerja FROG VLE sekolah. Penyelesaian bersepadu telah dicadangkan dan
dinamakan sebagai minggu FROG VLE 2017,berfokus kepada usaha berterusan meningkatkan
penggunaan FROG VLE di kalangan murid dan pembinaan laman pembelajaran berasaskan
instruktional.

Minggu FROG VLE 2018

Pengenalan

Minggu FROG VLE ini dirancang bagi memenuhi fokus untuk memaksima penggunaan FROG
VLE oleh murid serta meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan FROG VLE. Dimana objektif
yang dicadangkan ialah:
1. Menyelesaikan pendaftaran ID pelajar kepada 100% dari tahun 2 hingga tahun 6

2. Memulakan program 1 murid 1 login setiap bulan sepanjang tahun

3. Menganjurkan program CODING@SCHOOL dalam membentuk pasukan coding sekolah

Tarikh cadangan

1 minggu (6/5/2018 - 13/5/2018)

Jawatankuasa

Pengerusi

Pn Hajjah Rodziah bt Mohd Razali AMP.

Naib pengerusi

GPK Pentadbiran

Jawatankuasa kerja

En. Abdullah Sanim ( Penyelaras Makmal Komputer & FROG VLE )

Pn. Norhafidah ( Admin FROG VLE )

En. Mazli ( Juruteknik )

En. Zukhairi ( Guru Penyelaras Bestari / Penyelaras CODING@SCHOOL )

Pn. Hajah Yuslina ( Guru RBT / TMK )

Tentatif dan aktiviti program

Aktiviti Tarikh/ Tempoh Penerangan AJK terlibat


Pelancaran Isnin 6/5 -Pelancaran minggu FROG VLE Admin
Minggu FROG -Pelancaran pasukan CODING@SCHOOL
VLE / CODING 2018
@ SCHOOL
Kursus Rabu 10/4 -Kursus LADAP untuk guru terpilih Admin
pembinaan
laman
pembelajaran
untuk guru
terpilih
Pertandingan Isnin 6/5 hingga - Penyertaan untuk murid tahap 2 En. Zulkhairi
ubahsuai Jumaat 11/5 - Murid dibenarkan mengubahsuai dan Puan
dashboard dashboard semasa PDPC TMK & RBT Yuslina
untuk tahap 2 - Murid yang berminat menyertai akan
melengkapkan senarai pendaftaran

Pendaftaran Selasa 7/5 - Pendaftaran untuk tahun 2 dan 3 serta Admin dan
ID untuk Tahun 2 (11.30 - pengaktifan ID Briged Bestari
tahun 2 dan 3 12.30) - Login dan kata laluan akan diberikan
Tahun 3 (12.30 - dalam bentuk kad
1.30)
Program 12/05/2018 Program CODING untuk murid terpilih Admin
CODING @ seramai 71 orang
SCHOOL

Kos

Bil Keterangan Sumber Kos


1 Jamuan Program CODING @ SCHOOL Panitia RBT & TMK 72 x RM5
2 Hadiah Panitia RBT & TMK 16 x RM5
3
Jumlah RM 440

Kesimpulan

Diharapkan dengan langkah yang dicadangkan, penggunaan FROG VLE dapat dipertingkatkan
sekaligus membuka ruang dan peluang untuk murid memanfaatkan program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ ________________________

(Abdullah Sanim Bin Jaapar)

Penyelaras FROG VLE SK Jerantut Jaya

Anda mungkin juga menyukai