Anda di halaman 1dari 5

Gerakan semangat nasionalisme di Indonesia juga banyak mempengaruhi kebangkitan semaangat

nasionalisme di Tanah Melayu.Para pejuang


nasionalisdi Indonesia telah bangkit menentang Belanda ekoran daripada berlakunyamasalah
ketidakseimbangan ekonomi dan pengasingan sosial.Rakyat Indonesiatelah di anaktirikan oleh pihak
Belanda, terutama dalam penyediaan kemudahanasas, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi
yang lebih menguntungkanBelanda dan imigran Cina.Rententan itu, Raden Mas Tirtoadisoeryo telah
mengasakan pertubuhan
SarekatDagang Islam yang bertujuan untuk melindungo kepentingan para pedagangtempatan.Kemudi
an pada tahun 1912, haji ageos Salim dan Umar SaidTjokroaminoto telah menubuhkan Sarekat Islam
yang bertujuan untukmenguatkan kedudukan Islam dan meningkatkan taraf hidup penduduktempatan.
Pengaruh Sarekat Islam ini tersebar luas sehingga bertukar menjadi

sebuah parti politik yang kuat, dan pengaruhnya juga turut tersebar ke TanahMelayu.Pada tahun 1917,
gerakan nasionalisme di Indonesia telah bangkit menetangbelanda bagi menuntut kemerdekaan, dan
Sarekat Islam berjaya memainkanperanan mendesak pihak Belanda untuk memberikan hak kepada
penduduktempatan mengambil bahagian dalam Dewan Rakyat Indonesia.Gerakan nasionalisme di
Indonesia semakin berkembang pesat selepas
Sukarnomenubuhkan Parti Nasional Indonesia yang bertujuan untuk membebaskannegara daripada be
lenggu penjajahan Belanda dan seterusnya mndapatkemerdekaan bagi
Indonesia.Perkembangan yang berlaku di Indonesia ini telah mendorong penduduk diTanah Melayu u
ntuk turut bangkit menentang Inggeris bagi membbskan diridaripada belenggu penjajahan
Gerakan nasionalisme di Vietnam di bahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama
Reformasi yang berlaku dari tahun 1900 hingga 1926 dan pada peringkat kedua pula
bermula dengan penubuhan Parti Nasionalis Vietnam pada tahun 1927.

Peringkat pertama gerakan nasionalisme ini telah dianggotai oleh golongan bangsawan dan
golongan mandrin. Gerakan awal ini adalah bertujuan untuk memperjuangkan pemulihan Dinasti
Nguyen dan juga mengembalikan sistem pentadbiran tradisional. Selain itu, golongan menengah
berpendidikan Barat juga tergolong dalam gerakan nasionalisme peringkat awal. Ideologi mereka
sangat jelas kerana mereka berkeinginan untuk menyingkiran Perancis melalui proses pemodenan.
Kejayaan Jepun dalam perang Jepun- Rusia pada tahun 1905 telah membakar semangat mereka untuk
berjuang dalam mendapatkan kemerdekaan. Golongan tersebut telah diketuai oleh Putera Cuong De,
PhanBoi Chau.

Peringkat kedua pula, salah satunya telah dipelopori oleh Maharaja Bao Dai. Pergerakan
Nasionalisme pada peringkat ini bercorak sederhana. Baginda telah dilantik menaiki takhta oleh
Perancis. Pada tahun 1933, baginda telah membentuk kabinet dan berusaha mengadakan pelbagai
pembaharuan. Malangnya, kegiatan baginda telah di hidu oleh Perancis. Dari itu, Perancis telah
melarang baginda melibatkan diri dalam gerakan Nasional. Namun, baginda tetap melibatkan diri
dalam kegiatan politik sehingga kedatangan Jepun.
Nasionalisme di Burma

Nasionalisme Tahap Pertama


 Gerakan tahap pertama dipelopori oleh sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat.
 Sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha.
 Persatuan ini mahu mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan rakyat Burma.
 Persatuan ini menggunakan isu kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.
 Pemimpin persatuan itu menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma yang lebih radikal.

Nasionalisme Tahap Kedua


 Gerakan tahap kedua muncul apabila sami Buddha membantah Laporan Montagu-Chelsford yang menyatakan Burma belum
bersedia untuk memerintah sendiri.
 Mereka menubuhkan Majlis Am Sangha Sametggi yang dipimpin oleh Saya San.
 Mereka mencetuskan pemberontakan.
 Pelajar lancarkan revolusi untuk menuntut sebuah universiti
 Pejuang kemerdekaan menubuhkan Liga Antipemisahan yang menentang pemisahan Burma daripada India.
 Perlembagaan Burma diluluskan pada 1935 telah memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
 Golongan Thakin menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.
 Dr. Ba Maw menang pilihan raya dan dilantik menjadi Perdana Menteri
Assalamualaikum,

Peristiwa Perang China-Jepun bermula setelah kerajaan Korea bertindak untuk melakukan
perundingan antara China dan Jepun.untuk mengundurkan askar negara masing-masing dari Korea.
Setelah perundingan dilakukan, Jepun dan China membuat keputusan masing-masing dimana Jepun
memberi cadangkan kepada China supaya bersama-sama bersatu untuk menekankan pembaharuan
kepada kerajaan Korea. China enggan bertindak bersama-sama dengan Jepun dalam perkara
tersebut. China mengambil keputusan untuk memberi kebebasan kepada Korea untuk melakukan
pembaharuan. Jepun tidak mempersetujui keputusan China kerana China memberi alas an bahawa
mereka menghantar tenteranya ke negeri naungan iaitu Korea. Perang China-Jepun ini merupakan
konflik di antara Jepun dan China yang membawa kepada kemunculan Jepun sebagai kuasa utama
dunia dan menunjukkan kelemahan empayar China. Perang China-Jepun berlaku kerana sifat ego
dalam diri untuk meraihkan kepentingan kerajaan sendiri. Perang China-Jepun yang pada awalnya
disebabkan oleh pemberontakan puak Tonghak yang berlaku di Korea kini menjadi hebat.

Selain itu, Perjanjian Kanghwa juga mengiktiraf kemerdekaan Korea. Faktor kepentingan
negara Jepun juga adalah punca peperangan ini. Fokus Jepun pada waktu itu adalah terhadap
ekonomi dan mereka berusaha bagi meningkatkan ekonomi negara masing-masing. Beras
merupakan bahan makanan yang terpenting dibekalkan oleh Korea bagi menampung masyarakat di
Jepun pada masa itu. Jepun memerlukan Korea bagi kepentingan bahan mentah dan pasaran seta
Jepun di bawah Maharaja Meiji yang sedang melaksanakan rancangan perindustrian. Jepun juga
perlukan Korea untuk memajukan perkapalan Jepun kerana sebahagian besar dari sistem perkapalan
Korea dikuasai oleh kapal-kapal Jepun.

Seterusnya ialah kepentingan Jepun. Jepun memerlukan Korea untuk kepentingan mereka
dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, Korea merupakan amat penting dalam menjaga
keselamatan Jepun. Oleh itu, Jepun ingin menguasai Korea bagi mengelakkan Korea jatuh ke tangan
kuasa-kuasa lain terutamanya musuh-mush Jepun. Sekiranya Korea jatuh ke tangan mushuh Jepun,
ia akan mengancam keselamatan Jepun. Dari segi ekonomi pula, Jepun memerlukan Korea untuk
kepentingan bahan mentah dan pasaran lebih-lebih lagi dewasa itu Jepun di bawah Maharaja Meiji
sedang melaksanakan rancangan perindustrian. Jepun juga perlukan Korea untuk memajukan
perkapalan Jepun kerana sebahagian besar dari sistem perkapalan Korea dikuasai oleh kapal-kapal
Jepun.
Assalammualaikum,

Gerakan memperkuatkan diri merupakan salah satu rancangan pembaharuan yang dilakukan untuk
memodenkan negara China.Sebelum ini, China menganggap diri mereka sebagai ‘middle kingdom’
yang bererti bahawa mereka adalah bangsa yang lebih bertamadun daripada bangsa-bangsa yang
lain atau Kerajaan Tengah yang dilihat lebih bertamadun berbanding negara barat. Hal ini demikian
kerana Maharaja Cing menanggap dirinya sebagai anak syurga dan mendapat mandat dari syurga
untuk memerintah. Oleh sebab itu, Negara China menganggap negaranya pusat tamadun dunia yang
termakmur dan maju.

Selain itu, sistem pendidikan Barat turut dibangunkan. Melalui cadangan Putera K'ung T'ung-wen
Kuan (TWK) ditubuhkan pada tahun 1862 dan pada awalnya sebagai sekolah bahasa asing dan
akhirnya menjadi pusat penterjemahan bahasa Barat. Tahun 1879, seramai 163 orang yang telah
mendaftar dengan pengkhususan yang ada seperti Inggeris, Perancis, Rusia, Jerman, matematik dan
psikologi. Pengajaran sains dan teknologi turut ditambah dalam kurikulum TWK. Pada tahun 1873,
pejabat pencetakan kecil ditubuhkan seumpama "penerbit universiti" yang telah menerbitkan 17
penerbitan berkaitan dengan bidang undang-undang antarabangsa, kimia, politik ekonomi dan
sebagainya. Terdapat juga banyak sekolah-sekolah yang dibina seperti sekolah teknikal di Tientsin,
Taku, Dairen dan Weihaiwei.

Seterusnya, rentetan daripada 2 siri peperangan dengan kuasa Barat, Kerajaan China telah
mengambil langkah untuk membangunkan ekonomi. Bagi membangunkan ekonomi, kerajaan China
telah menubuhkan pelbagai jenis perindustrian seperti syarikat perlombongan arang batu, kilang
tekstil dan kilang besi. Kerajaan China juga turut mengambil langkah untuk meluaskan kawasan
pertanian dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Dalam masa yang sama, kerajaa China
menggalakkan petani untuk mengusahakan kawasan tanah yang terbiar dan meneroka kawasan-
kawasan baru untuk tujuan pertanian. Bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian, kerajaan
China telah membina sistem saliran dan pengairan serta mengurangkan cukai pertanian.

Walaubagaimanapun. Gerakan menguatkan diri yang dikenali sebagai gerakan pembaratan ini
dikatakan mengambil pelbagai usaha untuk memodenkan China namun gerakan ini tidak berjaya
sepenuhnya akibat daripada masyarakat China yang enggan membuat pembaharuan dan bersikap
anti asing. Namun begitu, golongan reformasi merangka rancangan pembaharuan yang lebih
berkesan untuk memulihkan dan memodenkanChina.

Anda mungkin juga menyukai