Anda di halaman 1dari 1

‫قريف امالس ةيدشار رأ دجسم‬

MASJID AR-RASHDIAH , SELAMA PERAK


JALAN MENTERI, 34100 SELAMA PERAK
TEL : 0195505060 (TN HJ. CHE HAD BIN JASIN
Email : masjidarrashdiahselama@gmail.com

“Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”

Rujukan tuan :
Rujukan kami : mars/18/01/10( )
Tarikh : 22 Oktober 2018

Melalui;
Guru Besar,
SJK (C) CHI SHENG 2, RANTAU PANJANG

U/p : ENCIK MOHAMMAD ALIAS BIN ABDUL MULOB

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM MOTIVASI “AKU MAMPU TERBANG


TINGGI” UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 ANJURAN BELIA MASJID DAERAH
SELAMA DENGAN KERJASAMA MAJLIS BELIA DAERAH SELAMA.
Dengan segala hormat perkara diatas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Masjid Ar Rashdiah Daerah Selama akan mengadakan satu
program motivasi untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM tidak
lama lagi. Sehubungan dengan itu, kami mohon kerjasama tuan/puan untuk membenarkan guru
dari sekolah tuan untuk hadir ke program tersebut sebagai penceramah/fasilitator seperti
ketetapan berikut ;

Tarikh : 24 OKTOBER 2018 ( RABU )


Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Masjid Ar-Rashdiah

3. Besarlah harapan kami sekiranya tuan/puan sudi untuk memenuhi jemputan ini.
Semoga program ini dapat memberikan suntikan semangat serta meningkatkan keyakinan
dan motivasi pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan dihadapi.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

”BERILMU BERAKHLAK BERSEDIA”

Yang benar,

….………………………………
(MOHD AMZARI BIN ARZAMI)
Pengerusi Masjid Ar Rashdiah, Selama
1. Fail
2. PPD LMS

Anda mungkin juga menyukai