Anda di halaman 1dari 35

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 2-5

2 BIDANG-BIDANG CAKUPAN ILMU SOSIOLINGUISTIK 5-6

3 KESETIAAN TERHADAP BAHASA, PERGESERAN 7-9

BAHASA DAN PELUPUTAN BAHASA.

4 PERANCANGAN BAHASA 9 - 10

5 PERANCANGAN TARAF BAHASA KEBANGSAAN 10 - 11

6 PERANCANGAN BAHAN 11 - 12

7 PENGISIAN BAHASA MELAYU 12

8 LARAS BAHASA, VARIASI BAHASA DAN RAGAM 12 ± 19

BAHASA

9 BAHASA KEBANGSAAN 19 ± 21

10 BAHASA RASMI 22

11 PIDGIN 23 ± 25

12 KREOL 25 ± 26

13 KESANTUNAN BAHASA 27 ± 30

14 BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA ILMU 30 -31

15 SIKAP TERHADAP BAHASA (LANGUAGE ATTITUDE) 31 -33

16 KESIMPULAN 34

17 BIBILIOGRAFI 35

c
c
1.0)c PENDAHULUAN

Definisi Umum Sosiolinguistik

Menurut Dr. Mansoer Pateda, 1987 ( Sosiolinguistik ) sosiolinguistik, namanya

berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini

adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai¶

linguistics plus¶. Dengan itu, mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam

ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu

interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan

masyarakat dan bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah

mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar

mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial,

perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah

bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu,

Indonesia, Inggeris, Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia,

Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti

bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim

dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola

bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik

Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. Sosiologi

adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan,

termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu

kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertian umum,

rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50).

c
c
Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk- bentuk

lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan

kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan

rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah

alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan

abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik).Oleh sebab

bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat

sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati,

dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa

dan perilaku sosial, akan banyak saling ber- hubungan dalam banyak cara yang teratur

(Fishman 1968: 6). Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang

ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh,

kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada

latar belakang yang berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat

tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau

dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya.

Kamus Dewan edisi keempat (2007), sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan

hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum, sosiolinguistik juga

melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga

menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka kita akan melihatnya sebagai satu

bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007).

Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk

menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu

c
c
sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakatuntuk

berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam.

Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tanda dan

keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Bagaimana seseorang itu bercakap, cara ia

menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat

tertentu, serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari

daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. Daripada

apa yang dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya, pekerjaannya,

dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh

disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu, sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti

nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti ³aku´,

³patik´, ³beta´, ³engkau´, ³anda´, ³pak cik´, ³mak cik´, ³abang´, ³adik´, ³encik´, ³tuan´,

³puan´, ³dato´, ³tan sri´, ³puan sri´ dan seumpamanya.

Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi

bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik

itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek

kehidupan mereka. Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa

sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara

masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Jadi, kedua-dua

ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa

pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun membawa pengertian yang sama, kedua-dua

ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek, iaitu penekanan dan sifat kajian.

Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala

sosiolinguistik kepada aspek bahasa.

c
c
Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam

mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi

pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya,

pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut

bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur,

topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184).

Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah dialektologi

dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus

dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. Di samping

itu, sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang

menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik, serta

memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. Cakupan kedua, retorika

dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk menentukan metode meyakinkan yang paling

baik untuk kemudian bertugas menjelaskannya. Di pihak lain, sosiolinguistik adalah deskripsi

dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa. Perbezaan lain adalah, retorika

berfokus pada fungsi persuasif bahasa, sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks

dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula

sosiolinguistik mikro dan makro. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada

individu dalam interaksinya dalam kelompok kecil dan informal, sedangkan pendekatan

sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar.

Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan

individu lain, sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa

dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia, jenis kelamin, pendidikan, pekerjaan

dan etnik penutur yang diteliti.

c
c
2.0)c BIDANG-BIDANG CAKUPAN ILMU SOSIOLINGUISTIK

Menurut Dr. Mansoer Pateda (1987) di dalam bukunya µ Sosiolinguistik¶,

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat

termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap, cara menyebut perkataan, bunyi-

bunyi perkataan, penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. Sosiolinguistik juga

adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran

dalam masyarakat Melayu. Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik begitu luas untuk dikaji.

Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik seperti berikut:

rc Kesetiaan terhadap bahasa, pergeseran bahasa dan peluputan bahasa.

rc Perancangan bahasa

rc Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasa

rc Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pidgin, dan kreol

rc Bilingualisme dan multilingualisme

rc Kesantunan bahasa

rc Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai

bahasa ilmu.

rc Sikap terhadap bahasa

c
c
3.0)c KESETIAAN TERHADAP BAHASA, PERGESERAN BAHASA DAN

PELUPUTAN BAHASA.

Kamus Dewan edisi ke-4, maksud bagi perkataan setia ialah teguh hati atau tetap hati.

Manakala kesetiaan pula bermaksud keteguhan hati berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan.

Konsep kesetiaan terhadap bahasa oleh pengguna bahasa/ ahli/ anggota masyarakat dapat

ditakrifkan sebagai sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa. Penutur-penutur perlu

yakin terhadap kemampuan bahasa, berkenaan sebagai alat pemikiran dan juga sebagai alat

komunikasi. Bahasa Melayu yang memiliki sifat kesempurnaan yang menjadikan bahasa

Melayu itu tepat, berkesan dan sesuai dengan tugas dan situasi penggunaannya. Bahasa yang

sempurna itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan,

kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan (Abdul Hamid Mahmood, 1997: 85). Penutur

bahasa Melayu seharusnya bangga menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tidak

merojakkan bahasa Melayu.

Pergeseran bahasa meliputi komuniti yang berlainan, komuniti besar berkuasa, faktor

sosial, perbezaan sosial, migrasi, politik, pendidikan, penyebaran dan promosi bahasa lain,

dasar bahasa dan peranan media. Pergeseran komuniti besar berkuasa iaitu golongan kelas

menengah yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Jadi

kewujudan mereka mungkin tidak begitu membantu memesatkan perkembangan bahasa

Melayu. Komuniti yang berlainan telah dikatakan bahawa ramai orang memegang pandangan

umum iaitu setiap kaum itu memutuskan satu bahasa, tetapi pemerhatian yang lebih rapat

terhadap setiap kaum akan mendedahkan keadaan yang sangat berbeza. Setiap kaum

sebenarnya mempunyai subkaum, dan setiap satunya menuturkan bahasa yang berlainan.

Seterusnya, dasar bahasa dalam sesebuah negara juga menyebabkan berlakunya pergeseran

bahasa. Misalnya dasar bahasa di Singapura bahawa terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa

c
c
Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Dasar seperti ini seolah-olah

menggambarkan bahawa bahasa Melayu Sentral dikelilingi oleh bahasa-bahasa lain yang

periferal. Begitu juga dalam sistem pendidikan di negara-negara ini, bahasa Inggeris dan

bahasa Melayu diajar di sekolah- sekolah tetapi dengan memberi pemberatan kepada bahasa

Inggeris. Peranan media yang berperanan penting di dalam mewujudkan pergeseran bahasa

misalnya media bertanggungjawab menyalurkan pelbagai maklumat dalam pelbagai bahasa

seperti dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan sebagainya. Seterusnya,

perbezaan sosial juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Kedudukan yang berbeza

di antara masyarakat akan menyebabkan wujudnya pergeseran bahasa di kalangan mereka.

Misalnya golongan elit menggunakan bahasa Inggeris di dalam pertuturan seharian mereka

manakala bagi golongan yang sederhana, mereka tentu menggunakan bahasa pasar dalam

pertuturan mereka. Pergeseran bahasa juga wujud disebabkan oleh adanya penyebaran dan

promosi bahasa lain. Misalnya, sesetengah individu atau organisasi lebih suka menyebarkan

dan mempromosi bahasa lain.

Peluputan bahasa dianggap sebagai zaman pemalapan bahasa Melayu. Zaman malap

bagi martabat bahasa Melayu ini memberi cabaran yang paling besar kepada pejuang bahasa

Melayu. Pada masa kini, kerajaan Malaysia telah mewujudkan pengajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya peluputan

bahasa. Seterusnya, bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua manakala bahasa Inggeris

dijadikan bahasa pertama dan bahasa pengantar semua mata pelajaran lain di semua sekolah

nasional. Kerajaan pada hari ini juga mengambil keputuan membenarkan penggunaan Bahasa

Inggeris di Institusi Pengajian Tinggi bagi tujuan mempertingkatkan ilmu dalam bidang sains

dan teknologi dan yang paling kritikal penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pemimpin

dimana para pemimpin ini tidak segan silu lagi menggunakan bahasa Inggeris di tempat-

tempat sepatutnya digunakan bahasa Melayu. Misalnya, dalam sesuatu mesyuarat rasmi

c
c
kerajaan( mesyuarat yang 90% daripada anggotanya terdiri daripada orang Melayu dan

dipengerusikan oleh orang Melayu) di dapati lebih 80% bahasa yang digunakan ialah bahasa

Inggeris atau bahasa Inggeris bercampur Melayu, padahal bahasa Melayu adalah bahasa

rasmi, bukan bahasa Inggeris. Berlaku juga dalam penggunaan Bahasa Melayu di Sektor

Korporat dan Swasta berada di bawah paras bahaya dan amat membimbangkan. Penggunaan

bahasa Melayu amat rendah, malah ada golongan tertentu seperti yang tersiar dalam akhbar

baru-baru ini mengatakan bahawa pihak swasta memusuhi bahasa Melayu. Kejutan yang

paling utama adalah tentang terkuburnya semua sekolah aliran Melayu. Tamatnya era

persekolahan Melayu ini bermula dengan penutupan sekolah rendah sebanyak 41 buah dan 13

buah sekolah menengah.

4.0)c PERANCANGAN BAHASA

Menurut Nik Safiah Karim, 1981 ( Beberapa Persoalan sosiolinguistik Bahasa

Melayu ) perancangan bahasa dianggap sebagai sebahagian daripada sosiolinguistik.

Perancangan bahasa adalah satu bidang yang dimasukkan ke dalam perancangan negara. Ada

banyak dasar yang dibentuk dalam membina negara dan identiti Malaysia yang melibatkan

perancangan bahasa. Sebenarnya perancangan bahasa bukanlah satu perkara baru. Apabila

manusia sudah mula membina sistem tulisan, maka itu sudah mula dianggap sebagai suatu

aspek perancangan bahasa. Dalam kurun yang lalu, banyak negara yang merdeka daripada

kuasa yang menjajahnya. Penjajah bukan sahaja menguasai negara itu daripada segi politik,

tetapi juga daripada segi bahasa dan budayanya. Ini menyebabkan penduduk-penduduk asli

negara-negara tersebut mundur dan identitinya tertekan. Selepas merdeka, negara-negara ini

tidak lagi terpaksa menggunakan bahasa penjajah bagi urusan pentadbiran dan pendidikan.

Apabila dimerdekakan mereka mula membangunkan negara bangsa masing-masing. Ini

c
c
termasuklah Malaysia. Oleh sebab itu, kita lihat apakah langkah-langkah perancangan bahasa

yang dilakukan di Malaysia bagi membina identiti sendiri, dan juga mendemokrasikan ilmu.

5.0)c PERANCANGAN TARAF BAHASA KEBANGSAAN

Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, ada beberapa langkah

yang dilakukan bagi membina bangsanya. Pertama, para pemimpin Persekutuan Tanah

Melayu memilih bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan dimaktubkan dalam

Perlembagaan Negara. Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menjadi Malaysia selepas

1963. Mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Ini adalah langkah yang

dikenali sebagai perancangan taraf Bahasa Melayu diberi taraf dan martabat baru.

Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu diberi fungís-fungsi khusus. Fungsi

tersebut ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran negara, dan digunakan sebagai

bahasa penghantar pendidikan. Inilah dasar yang membolehkan, buat pertama kalinya, pelajar

Melayu dari luar bandar mendapat pendidikan melalui bahasa sendiri. Dasar ini dibentuk oleh

Menteri Pelajaran pertama Persekutuan Tanah Melayu iaitu, Tuan Abdul Razak Hussein, pada

zaman penjajahan Inggeris, pendidikan menengah dan tinggi hanya dalam bahasa Ingerís.

Pada masa itu hanya sepuluh pratus anak-anak Melayu yang mendapat pendidikan sekolah

menengah, dan tidak pun sampai ke universiti setiap tahun. Itupun dalam bidang sastera.

Bilangan pelajar Melayu yang sampai ke universiti dalam bidang sains boleh dikira dengan

jari. Bahasa Melayu telah mendemokrasikan pendidikan. Pendidikan sampai kepada semua

lapisan rakyat. Itulah sumbangan terbesar Tun Abdul Razak Hussein kepada bangsa Melayu.

Anak-anak Melayu dari luar mula menjadi doktor, jurutera, ahli sains dan lain-lain. Kejayaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendiditan memang tidak dapat dinafikan.

c
c
Namun dasar ini berubah kembali kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

sains dan matematik pada tahun 2003. Alasan kerajaan ialah bagi membolehkan pelajar

menguasai bahasa Inggeris untuk kepentingan global. Dasar ini dijangka akan membawa

penduduk luar bandar, estet, dan kawasan miskin di bandar kembali kepada keadaan sebelum

merdeka. Mereka tidak akan mampu belajar bahasa Inggeris dengan baik, dan sekali gus

tersisih daripada pendidikan. Dasar ini banyak dibantah oleh Badan Bukan Kerajaan seperti

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan

Penulis Nasional (GAPENA,) Akademi Sains Malaysia (ASASI), dan lain-lain.Mereka

menyusulkan supaya sains dan matematik terus diajar dalam bahasa Melayu sebab dasar ini

terbukti berjaya. Badan-badan bukan kerajaan ini sama sekali tidak menentang pembelajaran

bahasa Inggeris. Cuma mestilah bahasa Inggeris diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja, dan

sekiranya perlu diberi penekanan yang lebih kuat. Bukan bagi mengajar sains dan matematik

di sekolah.

6.0)c PERANCANGAN BAHAN.

Sejak awal merdeka lagi kerajaan sudah menyedari perlunya bahasa Melayu

dirancangkan bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran.

Bagi membolehkan bahasa Melayu menjalankan fungsi tersebut, maka bahasa Melayu itu

sendiri perlu dibina daripada segi sistem ejaan, perkataan, istilah, tatabahasa, dan

penggunaannya. Perancangan begini dipanggil perancangan bahan, iaitu bahasa itu sendiri

dijadikan bahan perancangan. Bagi menjalankan tugas-tugas ini, Dewan Bahasa dan Pustaka

didirikan pada tahun 1956 di Johor Bahru. Kemudian Dewan Bahasa dan Pustaka dipindahkan

ke Kuala Lumpur pada tahun berikutnya. Selama hampir 50 tahun, Dewan Bahasa dan

Pustaka berjaya menjalankan tugas-tugasnya sebagai yang termaktub dalam akta

penubuhannya.

c
c
Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menyusun sistem ejaan baharu bagi Bahasa

Malayu, baik ejaan rumi mahupun jawi. Sistem ejaan yang digunakan sekarang adalah hasil

usahanya. Dalam bidang peristilahan pula, Dewan Bahasa dan Pustaka pula mencipta istilah-

istilah ilmu yang diperlukan. Bahasa Melayu sudah berkembang menjadi sebuah bahasa

moden. Pada tahun 1955, semasa Persekutuan Tanah Melayu merdeka, bahasa Melayu hanya

digunakan di sekolah-sekolah rendah sahaja. Pada masa ini bahasa Melayu digunakan bagi

menyampaikan ilmu di maktab dan universiti.

7.0)c PENGISIAN BAHASA MELAYU

Satu lagi usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang banyak mencapai kejayaan ialah

rancangan pengisian bahasa Melayu. Ada dua aspek pengsian ini. Pertama, banyak buku ilmu

dikarang atau diterjemahkan bagi kepentingan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab,

dan universiti. Kedua, sastera Melayu juga berkembang pesat. Banyak hasil sastera dihasilkan

dan ramai penulis dilahirkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.0)c LARAS BAHASA, VARIASI BAHASA DAN RAGAM BAHASA

Menurut Ramli Salleh , Toh Kim Hoi , 1992 ( Bahasa Dan Linguistik Suatu

Pengenalan ) dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa.

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. Bahasa digunakan oleh

masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa.

Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan

seumpamanya. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan hal-hal mengenai sejarah,

sastera, agama, ekonomi, sains, pertanian, perubatan dan berbagai bidang lain.

c
c
Laras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang

digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteksnya

atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan, hubungan antara

pembicara, dan situasi pembicaraan, waima secara lisan atau penulisan (Nik Hassan Basri

Nik. Ab. Kadir, 2005a: 355). Masyarakat yang maju sudah mempunyai laras bahasa yang

cukup lengkap untuk memperkatakan pelbagai konsep ilmu dan hal-hal yang berkaitan

kemajuan.

Menurut Halliday (1968) laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan fungsi.

Laras berubah mengikut situasi. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasanya

bergantung kepada situasi, iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap, tajuk percakapan,

suasana, bentuk percakapan, cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau tulisan. Halliday

membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor, iaitu pengguna dan

penggunaanya.

Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu

antaranya, variasi bahasa iaitu kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal

bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek, merupakan variasi bahasa apabila

variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa

walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Idiolek,

Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan

bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu

sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat

penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Seterusnya dialek kawasan, variasi

bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun

banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa

c
c
dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa

Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh,

Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi

Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan

Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Istilah

dialek sosial yang dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut

kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan

menggunakan bahasa- bahasa yang formal. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat

dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. Makin banyak jumlah

penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Makin luas daerah penyebaran satu-

satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari sagi penggunaannya. Di

Malaysia, misalnya, sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa atau variasi bahasa

mengikut daerah yang berlainan. Kelainan bahasa atau variasi bahasa berdasarkan daerah itu

disebut dialek, seperti dialek Kelantan, dialek Perak, Dialek Johor dan seumpamanya.

Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor- faktor

sosial, sepeti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi penutur

yang berbeza-beza. (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 1993: 29). Menurut Chambers 1983,

bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek, dan penutur-penutur dialek- dialek ini pula saling

faham-memahami antara satu sama lain. Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani

dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya

(Ayatrohaedi, 1979:1 ). Di Yunani terdapat perbezaan- perbezaan kecil didalam bahasa yang

digunakan oleh pendukungnya masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak

sampai menyebabkan mereka merasa mempunyai bahasa yang berbeza (Meillet, 1967:69).

Mengikut Mario A. Pei, dialek adalah variasi daripada satu tertentu yang dituturkan oleh

c
c
sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu

yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan dari bentuk standard baik dari segi

sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidaklah

begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. (Mario A. Pei, 1960: 56).

Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat (Leonard

Bloomfield 1967:50 ). Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah

variasi daripada bahasa Malayu. (A. Teew 1961:43). Bahasa Melayu sekarang ini telah

menjadi bahasa Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa tersebut dikenal sabagai

Bahasa Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). Bahasa Malaysia sekarang merupakan bahasa

standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Kini sudah wujud pelbagai variasi

Bahasa Melayu, seperti bahasa Melayu pasar, variasi cakap mulut, variasi cakap surat, variasi

bahasa kacukan, variasi Bahasa Melayu Lama, variasi Bahasa Melayu Moden, variasi Bahasa

Rasmi, dan Variasi Bahasa Melayu Baku.

Seterusnya, setiap dialek setempat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan

Sarawak, terdapat idiolek-idiolek, iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan oleh

individu yang berlainan, dan kelainan stilistik yang terjadi akibat daripada konteks yang

berlainan (Mario A. Pei 1966:119). Semua kelainan ini disebut dialek.

Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi perkara tersebut tidak harus terkeluar

daripada had saling kefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih

tergolong dalam satu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan

stilistik di dalam dialek-dialek tersebut, tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami

diantara satu sama lain ketika berkomunikasi.

c
c
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi

A)c Sebutan

Contoh: Perkataan ``air¶¶ disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

B)c Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Melayu Sabah biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada

Negeri Sembilan.

C)c Tatabahasa

Contoh: penggunaaan imbuhanper - dan±kan.

Perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).

D)c Kosa kata

Contoh: kԥpitiŋ (dialek Melayu Sabah bermaksud ketam)

Kesedaran bahawa bahasa itu mempunyai variasi-variasinya sudah lama dibincangkan oleh

ahli-ahli bahasa. Mereka mendapati bahawa satu-satu bahasa itu, misalnya Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Jepun mempunyai banyak variasi atau kelainan

bahasa yang digunakan oleh penutur-penuturnya untuk pelbagai macam tujuan, keadaan,

aspek bidang, dan tempat.

Seterusnya, secara umumnya, ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan

bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa

tidak formal. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, seperti urusan

surat-menyurat, semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang kita tidak kenal mesra atau

lebih tinggi status dan pangkatnya. Bahasa formal mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan

perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Ia

digunakan dengan betul dan teratur. Bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang

lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran

c
c
yang beradat dan hormat dalam konteks formal. Bahasa formal tidak sama dengan bahasa

rasmi. Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu bahasa, manakala bahasa formal merujuk

kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa. Oleh tu, bahasa formal lebih mementingkan

penggunaan bahasa yang sesuai dengan konteks penggunaan bahasa itu, ganti nama yang

berpadanan dan kata-kata aluan yang tersusun rapi. Bahasa formal biasanya memerlukan

penggunaan nahu yang lengkap dan tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. Selain itu,

bahasa formal juga memerlukan intonasi yang sempurna, bersesuaian dengan konteks. Secara

ringkasnya, bahasa formal bersifat lebih rasmi den teratur dengan hukum-hukum yang telah

ditetapkan.

Manakala bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi tidak

rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari, khususnya dengan orang yang kita kenal mesra.

Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira sebutan,

intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu

sepenuhnya. Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara, iaitu percampuran

kod. Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan dalam perhubungan,

umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. Percampuran kod merupakan salah satu

ciri yang paling menonjol dalam Bahasa Melayu tidak formal. Percampuran kod berbeza

dengan pertukaran kod. Pertukaran kod ialah penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal.

Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk memerikan suatu kesan tertentu.

³Contoh : I suka menggunakan komputer kerana ia sophisticated dan mempercepatkan

kerja-kerja pejabat I yang bertimbun-timbun. ³

Terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa tidak formal dengan bahasa formal iaitu dari

segi pilihan ganti nama. Bahasa tidak formal menggunakan nama sendiri bagi ganti nama

orang pertama. Kadang-kadang ganti nama bahasa Inggeris µI¶ dan µyou¶ digunakan untuk

c
c
menggambarkan unsur kemesraan antara sahabat karib. Contohnya, µImah tak mau ke bandar

sorang-sorang¶. Manakala dalam bahasa formal nama sendiri tidak boleh digunakan untuk

menggantikan saya. Contoh, µSaya tidak mahu ke bandar seorang diri¶. Seterusnya

penggunaan kata gelaran dalam bahasa tidak formal tidak terdapat kata gelaran lengkap yang

digunakan. Contoh, µPakcik duduk dengan sapa? Tak sunyi ke pakcik duduk sorang-sorang?¶.

Manakala dalam bahasa formal, kata gelaran digunakan selengkap-lengkapnya. Kata gelaran

hormat seperti encik, puan, tuan dan kata gelaran jawatan seperti doktor, inspektor, cikgu,

profesor dan sebagainya digunakan sepenuhnya dalam perbualan formal. Contoh, µEncik

tinggal dengan siapa?Tidakkah encik berasa sunyi tinggal seorang diri?¶. Perbezaan dari segi

penggunaan kata singkatan atau unsur kependekan dalam bahasa tidak formal kata singkatan

banyak sekali digunakan. Seperti, tidak ĺ tak, hendak ĺ nak, mahuĺmau, adik ĺdik,

bapakĺ pak. Contoh, µMakcik duduk kat P.J. , kat sana ada pasar malam. Macam-macam

barang boleh beli¶. Dalam bahasa formal tidak terdapat langsung kata singkatan kerana bahasa

ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan teratur. Contoh, µSaya tinggal di

Petaling Jaya, di sana ada pasar malam. Kami boleh membeli segala macam barang

keperluan¶. Seterusnya, unsur µ-lah¶ dalam bahasa tidak formal, unsur ini banyak digunakan

dalam perbualan.Contoh, µKau ni asyik termenunglah. Telefonlah buah hati engaku tu.

Manalah tahu kot-kot dia ada kat rumah¶. Manakala dalam bahasa formal unsur ini tidak

digunakan. Contoh, µAwak ini asyik termenung sahaja. Cuba telefon buah hati awak.

Mungkin dia ada di rumah¶. Seterusnya, percampuran kod dalam bahasa tidak formal,

percampuran kod atau penggunaan kata-kata daripada bahasa lain seperti bahasa Kantonis,

Hokkien, Arab, Inggeris dan Tamil ke dalam bahasa Melayu sering digunakan dalam

perbualan. Contoh, µI tak dapat ambik anak I from school hari ini. I ada meeting hari nilah¶.

Contoh dalam bahasa formal, µSaya tidak dapat menjemput anak saya dari sekolah hari ini

kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting¶. Selain itu, aspek intonasi dalam bahasa tidak

c
c
formal, intonasi mengiringi ungkapan-ungkapan yang lebih pendek dan tidak memberikan

pola intonasi sepenuhnya manakala dalam bahasa formal, intonasi lebih lengkap digunakan

untuk menggambarkan segala pola intonasi, seperti dalam ayat penyata dan ayat tanya.

9.0)c BAHASA KEBANGSAAN

Menurut Kamus Dewan, 1992: 58, bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diterima

dan digunakan oelah ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa

bahasa dan loghat yang lain-lain. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa yang dipilih oleh sesebuah

negara, khususnya negara yang mencapai kemerdekaan sebagai bahasa lambang identiti

negara yang berdaulat. Setiap negara yang merdeka memilih satu bahasa sebagai lambang jati

diri bagi negara yang meredeka, di samping lambang-lambang kebangsaan yang lain seperti

bendera kebangsaan, bunga kebangsaan, budaya kebangsaan, lagu kebangsaan dan

seumpamanya.

Bahasa Kebangsaan lazimnya dipilih daripada sebuah bahasa bumiputera, bukannya

bahasa asing atau bahasa penjajah bahasa yang dipilih untuk dijadikan sebagaibahasa

kebangsaan itu lazimnya terdiri darpada bahasa yang digunakan dan difahamiumum, dan

mempunyai tradisi tulisan dan tradisi persuratan dan sastera. Di Malaysia bahasa yang dipilih

untuk didaulatkan sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Soalnya,

mengapakah Bahasa Melayu telah dipilih dan dijadikan bahasa kebangsaan negara ini?

Sememangnya, negara Malaysia mempunyai banyak bahasa yang boleh dipilih untuk

dijadikan bahasa kebangsaan. Pertama, di Malaysia terdapat bahasa-bahasa bumiputera seperti

Bahasa Melayu, Bahasa Iban (di Sarawak), Bahasa Kadazan (di Sabah) dan seumpamanya.

Selain itu, terdapat juga bahasa Jawa, Bahasa Acheh, Bahasa Mandailing dan sebagainya yang

dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh mereka yang berhijrah dari kepulauan

c
c
Indonesia. Kedua, di Malaysia terdapat juga bahasa orang- orang asli. Ketiga, terdapat

bahasa-bahasa yang berasal dari bahagian selatan India dan Sri Lanka seperti bahasa Tamil,

Telugu, Malayalam yang semuanya menjadi anggota bahasa rumpun Dravidia. Keempat

terdapat bahasa-bahasa golongan Indo-Eropah seperti Bahasa Inggeris, Hindustan, Banggali,

dan Urdu. Kelima, adanya Bahasa Arab yang termasuk kedalam rumpun bahasa Semitik.

Sesungguhnya jumlah pemakainya tidak begitu banyak tetapi bahasa Arab masih mempunyai

pengaruh terutamanya dalam pendidikan agama di Negaa kita. Akhir sekali ialah bahasaKr

eol dalam kalangan orang- orang Portugis di Melaka, dan bahasaPidgin atau bahasa pasar,

iaitu bahasa campur-aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan

seumpamanya.

Berdasarkan sejarah permastautin bahasa-bahasa di Malaysia, kita dapat

membahagikan bahasa-bahasa yang ada itu kepada dua bahagian, iaitu bahasa bumiputera dan

bahasa bukan bumiputera. Bahasa bumiputera ialah Bahasa Melayu, bahasa-bahasa orang asli,

dan bahasa-bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Bahasa-bahasa ini dikategorikan

bahasa bumiputera kerana bahasa-bahasa ini merupakan bahasa penduduk asal negara ini,

bukan bahasa yang datang dari luar. Bahasa-bahasa yang digolongkan sebagai bahasa bukan

bumiputera ialah bahasa yang dibawa masuk dari luar seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jawa,

Bahasa Acheh, dan sebagainya.

Antara bahasa-bahasa bumiputera itu Bahasa Melayulah yang mempunyai jumlah

pemakai yang banyak. Orang yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda juga

paling tinggi jumlahnya. Dibandingkan dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain tidak

dapat menandingi jumlah pemakai bahasa Malayu. Pun begitu, tiap-tiap bahasa mempunyai

kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah tertentu. Malah bahasa

Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh-puluh dialek yang berlainan seperti dialek kedah,

c
 c
dialek Negeri Sembilan, dialek Johor, dialek Pulau Pinang, dialek Melayu Sabah, Dialek

Melayu Sarawak, dan sebagainya.

Tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut

daerah-daerah tertentu. Malah Bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh- puluh dialek

yang berlainan seperti dialek Kedah, dialek Perak, dialek Kelantan, dialek Melayu Sabah,

dialek Terengganu, dialek Pahang, dialek Melayu Sarawak dan sebagainya. Dialek-dialek

digunakan oleh orang-orang tertentu adalah percakapan dengan anggota keluarga mereka

ataupun dengan orang yang berasal dari daerah yang sama bagi mereka. Dalam percakapan

antara orang-orang dari berlainan daerah atau dalam penggunaan bahasa secara tidak formal,

bahasa Melayu yang digunakan adalah Bahasa Melayu daerah atau Bahasa Melayu umum

bukannya Bahasa Melayu Standard atau Bahasa Melayu baku seperti yang digunakan di

sekolah-sekolah.

Berdasarkan beberapa faktor dan permasalahan itu sudah sewajarnya kita memilih

Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan negara ini bagi melambangkan jati diri

negara sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Banyak lagi faktor lain yang

menyokong pilihan tersebut. Antaranya termasuklah faktor bahasa Melayu itu merupakan

bahasa pengantar perdagangan di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Pedagang-

pedagang dari negara China, India dan Arab sejak abad ketujuh lagi mendapati bahawa

mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan mereka. Faktor lain

seterusnya ialah bahasa Melayu juga sudah mempunyai sistem tulisan yang sempurna,

mempunyai tradisi sastera yang cukup banyak, dan mempunyai jumlah penutur yang paling

banyak berbanding dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain.

c
 c
10.0)c BAHASA RASMI

Menurut Kamus Dewan (1970: 59), bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa

rasmi juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di

sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru

mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi negara. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Malaysia telah memilih bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara.

Berkenaan dengan pemilihan satu-satu bahasa untuk dijadikan bahasa rasmi, tidak

dijadikan syarat bahawa bahasa rasmi itu semestinya bahasa kebangsaan. Bahasa rasmi boleh

sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang difikirkan sesuai asalkan bahasa itu

mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikan bahasa perhubungan antara

kerajaan dengan rakyat jelata. Bahasa itu, boleh dipilih sama ada bahasa kebangsaan negara,

atau bahasa penjajah, ataupun salah satu bahasa tempatan atau bahasa bumiputera negara itu.

Misalnya negara Indonesia telah mengambil Bahasa Indonesia dijadikan bahasa kebangsaan

dan Bahasa Indonesia juga dijadikan bahasa rasmi negara itu. Di negara Singapura

keadaannya agak berbeza. Singapura telah menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaannya, dan telah mengambil empat bahasa yang berlainan untuk dijadikan bahasa

rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai pelbagai bangsa dan bahasa. Empat

bahasa rasmi negara itu ialah Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa

Mandarin.

c
c
11.0)c PIDGIN

Pidgin juga dikenal sebagai bahasa pasar (Kamus Dewan, 1996: 88). Bahasa pasar

ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau

bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan

Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bahasa

pasar merupakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua

yang cuba dituturkannya.

Menurut Asmah Haji Omar (1982: 99), bahasa pasar dihuraikan sebagai berikut:

³Due to the intermingling between the Malay and the non-Malay, mostly in the

market place, there is arisen pidgin Malay known locally as Bahasa Pasar. This form of

communication uses Malay words which are fitted into other structural muduls in particular

the Chines and Tamil ones´.

Bahasa pasar atau pidgin tidak mempunyai sistem tatabahasa yang tertentu.

Maksudnya bahasa pasar tidak gramatis sifatnya jika dibanding dengan bahasa baku. Penutur

bahasa pasar menggunakan kata-kata dalam Bahasa Melayu dengan dicampur aduk dengan

bahasa asing, iaitu bahasa ibunda penutur itu. Jika pentutr itu orang Cina, maka kata-kata

daripada bahasa Cina dicampuradukkannya dengan Bahasa Melayu.

Lazimnya kata-kata Bahasa Melayu dicampuradukkan dengan kata bahasa asing dan

mengucapkannya mengikut struktur ayat bahasa asing. Dari segi intonasi atau lagu bahasa

juga, didapati terpengaruh oleh intonasi bahasa asing seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil,

Bahasa Benggali, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Menurut Za¶ba, gaya yang dipakai ketika

orang-orang Melayu bercakap sama-sama Melayu dinamakan µgaya

c
c
cakap mulut sahaja¶ dan jika yang dipakai di antara orang Melayu dengan bangsa lain

atau di antara orang bangsa lain yang berlainan bangsa dinamakan µbahasa pasar¶.

Berikut diberikan beberapa contoh bahasa pasar:

A)c You free tak malam ni. You datanglah my house and kita boleh study

sama. Family I tak de so u boleh temankan I kat umah.

B) Lu mau beli ikan ke. Ini ikan cukup baik le. Lu beli manyak-manyak. Lu pilih dulu cali

beto-beto baik punya. Wa cakap beto, wa tak tipu lu la, manyak mulah oi.

C) Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca. Hari-hari dia sekolah

pagi. Dia naik itu api kereta.

Za¶ba, dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menggunakan istilah bahasa

kacukan bagi bahasa pasar. Beliau menyatakan antara bahasa Malayu pasar termasuklah

bahasa Melayu-Cina, Melayu-Baba, Melayu-Tamil, Melayu Benggali, dan Melayu ±

Inggeris.

Orang asing yang menggunakan bahasa pasar tidak pandai menuturkannya mengikut

sebutan orang Melayu. Mereka mengucapkan Bahasa Melayu pasar mengikut telor bahasa

mereka. Orang Melayu pula suka memudahkan sebutan Bahasa Melayu dan menyebutnya

juga mengikut telor bahasa asing supaya maksudnya senang difahami. Sifat ini sering

diperkatakan sebagai sifat orang Melayu zaman-berzaman, iaitu sifat sedia menyesuaikan diri

dan pertuturan mereka dengan persekitarannya dengan tujuan untuk lebih mudah dan senang

difahami. Sepatutnya, pada saat kita sedang memupuk Bahasa Melayu moden ini, lebih baik

sekiranya orang Melayu jangan µmerendahkan¶ taraf Bahasa Melayu yang baik, ragam Bahasa

Melayu jati, supaya mereka dapat menjadi contoh kepada orang-orang bukan Melayu. Dengan

demikian Bahasa Melayu baku dapat diwujudkan dengan lebih cepat. (Nik Safiah Karim,

1993:33). Berikut diperturunkan contoh Bahasa Melayu pasar yang diberikan oleh Za¶Ba.

c
c
³Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak; tidak lama dia nanti cukup baik

dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa

macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia

punya emak punya susu saja. Jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang

lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja´. (Dipetik

daripada Pelita Bahasa Melayu)

12.0)c KREOL

Menurut A. Chaedor Alwasilah, 1993 ( Pengantar Sosiologi Bahasa ) bahasa Kreol

merupakan keturunan dari bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi sekelompok orang

yang berasal dari latar belakang berbeza-beza. Kajian umum menunjukkan (khususnya yang

dilakukan oleh Derek Bickerton) bahawa bahasa-bahasa kreol yang ada di dunia menunjukkan

adalah kesamaan, khususnya dari segi tatabahasa yang terarah pada teori tatabahasa universal.

Bahasa Kreol ini juga dipengaruhi oleh kosakata-kosakata yang dibawa oleh para penuturnya.

Seterusnya, bahasa kreol berkembang kerana berkumpulnya berbagai orang dari latar

belakang yang berbeza, maksudnya, dalam suatu daerah terjadi pertembungan antara

penduduk asli dan pendatang yang satu sama lain berbeza bahasa. Sejak itu, penggunaan

komunikasi yang terdiri dari bahasa dominan, terpengaruh oleh kosakata-kosakata yang

dibawa oleh orang- orang tersebut. Pada mulanya bahasa inilah yang disebut Pidgin, dengan

kosakata yang sangat sederhana. Namun, ketika mengalami proses kreolisasi, tata bahasanya

mengalami perkembangan sehingga menjadi bahasa yang stabil dan terpisah dari bahasa

induknya. Sebagian besar bahasa Kreol ini berakar dari bahasa-bahasa Indo-Eropa sebagai

bahasa dasarnya.

c
c
13.0)c KESANTUNAN BAHASA

Menurut Nik Safiah Karim, 1981 ( Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa

Melayu ) kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen sosiolinguistik

dalam pendidikan bahasa. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam

berbahasa, di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang

itu dengan penuh sopan, tidak biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi

aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan),

nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. Kesantunan bahasa sering

kali dapat dilihat dalam interaksi antara

individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-

norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasasesuatu

masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Bahasa

yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya.

Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu

sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui

pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan penanda-

penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Semakin banyak

penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat kesantunan

si penutur. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang- orang Melayu yang

dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain. Walau bagaimanapun,

kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau masyarakat itu bersifat khusus. Apa yang

dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakat itu mungkin dianggap

c
c
sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau

masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam

menentukan atau menetapkan soal kesopanan.

Namun pada masa kini, kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika

berkomunikasi. Bahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata tiadalah bahasa.

Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang

dan seterusnya antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya di

seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988:31). Bahasa bukan setakat alat untuk

menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata, tetapi turut berperanan dalam menyampaikan

perasaan prejudis penggunanya.

Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran, dengan

bahasa pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kita

menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Singkatnya, bahasa

adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka dengan bahasa yang kita gunakan

itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita,

sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia

sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya.

Yang kurik itu kundi,

yang merah itu saga,

yang baik itu budi,

yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi menggambarkan

budi seseorang. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya menggambarkan si

c
c
pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Kesantunan bahasa adalah alat untuk

menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan. Selain itu penggunaannya adalah

untuk menjaga perasaan orang lain. Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu

situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan emosi, mungkin sedang marah atau sedang

ada masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah kata- kata yang tidak sopan atau kata

yang agak kasar nadanya. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata

demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan

juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut.

Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa

Melayu dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh

menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka yang

bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam masyarakat

Melayu. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga kurang

pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak bersekolah. Walau

bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan secara mutlak

oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Di mana sering kali terjadi apabila

pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh pihak yang bercakap

itu berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur sengaja menuturkan sesuatu yang

menyinggung perasaan si pendengar, padahal si penutur tidak pernah berniat untuk berbuat

demikian.

Terdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa, di antaranya ialah

cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak

dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi yang

berbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang menepati

c
c
situasi dan kehendak sosial. Maka kita harus menggunakan bahasa yang bersesuaian, nada

atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi dan sekeliling. Hal yang

perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalam bahasa

Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa Melayu) ialah berkebolehan

menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi adat dan resam berbahasa Melayu)

mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang sudah tentu harus mematuhi prinsip dan

laras kesantunan berbahasa Melayu. Oleh itu, para anggota Perkhidmatan Awam yang

berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab

dalam penguatkuasaan seperti polis dan imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan

penuh beradab melalui tutur kata yang mesra, bersopan dan sentiasa ingin membantu.

Senyuman yang diberikan haruslah ikhlas dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah.

Ini adalah cara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian

Perkhidmatan Awam serta menaikkan imej perkhidmatan. Maka berucap salamlah ketika

bertemu. Mulakan dengan sikap ramah dan terbuka. Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda

yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua

perkara." Kepentingan kesantunan berbahasa bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk

guru, rakan sekerja dan para pelanggan yang memerlukan khidmat kita.

Sebagai kesimpulan, kita harus mempertahankan penggunaan aspek kesantunan

bahasa ketika kita berkomunikasi. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan

membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan sakit

hati pada kita yang mempunyai kesantunan bahasa ketika berinteraksi antara satu dengan

yang lain. Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika berkomunikasi

kerana kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan

bersopan, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Seperti yang

c
c
kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi pekerti dan

kesantunan bahasa yang mulia.

14.0)c BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA ILMU.

Bahasa Malaysia sebagai ilmu dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia sebagai

pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu

ilmu Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran, dan Undang-Undang di samping

sastera dan agama. Dengan perkataan lain Bahasa Malaysia harus boleh berfungsi sebagai

bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal

baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang kejuruteraan, Bahasa Malaysia

harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang

kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, dan

kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan

kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan

sebagainya. (Nik Safiah Karim, 1986:6). Sebagai bahasa ilmu Bahasa Malaysia harus

mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan

konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya apabila memperkatakan konsep

ekonomi, maka perlulah Bahasa Malaysia mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras

bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal

perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan

perakaunan dan perangkaan. Bahasa Malaysia perlu duduk sama rendah dan berdiri sama

tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun,

Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis, yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu

moden dengan jayanya.

c
 c
Menurut Havranek (dalam Garvin1984), satu-satu bahasa yang mencapai taraf

sebagai bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa dan

kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu. Dengan keintelektualan bahasa

dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah

dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran.

Mengikut Havranek, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah penggunaan

laras saintifik yang berusaha menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang mencerminkan

kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai, terutama melalui

perbendaharaan kata, dan sebagainya melalui sistem bahasa. Seterusnya, bahasa itu juga perlu

mempunyai ciri kesempurnaan, iaitu sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai,

tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaanya. Bahasa yang sempurna

itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbgaian,

keberkesanan, dan keindahan. Akhir sekali bahasa itu harus mempunyai ciri bahasa.

Maksudnya bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan, pendapat dan buah fikiran itu

harus mempunyai perkataan yang sedap didengar, bertenaga dan menarik dan dapat

menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar. Bahasa yang mengandungi unsur-unsur ini

banyak terdapat dalam laras sastera. Namun demikian, bahasa indah ini juga boleh didapati

dalam bidang-bidang lain juga. Contohnya. ¶Kera di hutan disusui, anak di rumah mati

kelaparan¶

15.0)c SIKAP TERHADAP BAHASA (LANGUAGE ATTITUDE)

Menurut Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi ( Bahasa dan Linguistik Suatu Pengenalan)

untuk memahami apa yang dikatakan sikap terhadap bahasa terlebih dahulu haruslah

dijelaskan maksud sikap itu. Kata sikap boleh tertumpu kepada bentuk tubuh, posisi berdiri

yang tegak, perilaku atau gerak- geri dan perbuatan atau tindakan yang dilakukan berdasarkan

c
 c
pandangan (pendirian, keyakinan, atau pendapat) sebagai reaksi terhadap sesuatu yang

berlaku. Sesungguhnya, sikap itu adalah fenomena kejiwaan, yang biasanya termanifestasi

dalam bentuk tindakan atau perbuatan. Namun, menurut banyak penelitian tidak selalu yang

dilakukan secara lahiriah merupakan cerminan dari sikap batiniah. Banyak faktor yang

mempengaruhi hubungan sikap batin dan perilaku lahir.

Menurut Triandis (1971:2-4) berpendapat bahawa sikap adalah persiapan terhadap

sesuatu kejadian yang dihadapi. Menurut Lambert (1967:91-102) pula menyatakan bahawa

sikap itu terdiri dari tiga komponen iaitu kognitif, afektif dan konatif. Ketiga-tiga komponen

ini pada umumnya berhubungan dengan erat. Anderson (1974:37) membahagikan sikap

kepada dua bentuk iaitu sikap kebahasaan dan sikap nonkebahasaan seperti sikap politik,

sikap sosial, sikap estetis, dan sikap keagamaan. Kedua-dua jenis sikap ini dikaitkan dengan

keyakinan atau kognisi mengenai bahasa. Oleh itu, menurut Anderson, sikap bahasa adalah

tata keyakinan atau kognisi yang relatif berjangka panjang, sebahagian mengenai bahasa,

mengenai objek bahasa yang memberikan kecenderungan kepada seseorang untuk bertindak

dengan cara tertentu yang disenanginya. Namun, perlu diperhatikan kerana sikap itu boleh

berbentuk positif dan negatif. Begitu juga sikap terhadap bahasa. Umpamanya, pada akhir

tahun 50-an masih banyak golongan intelektual di Indonesia yang masih bersikap negatif

terhadap bahasa Indonesia.

Seterusnya, ketiga-tiga ciri bahasa yang dikemukakan olah Mathiot dan Garvin

(1968) iaitu kesetiaan bahasa yang mendorong masyarakat mempertahankan bahasa mereka

dan akan terus mencegah sekiranya ada pengaruh bahasa lain.. Ciri kebanggaan bahasa yang

akan mendorong masyarakat mengembangkan bahasanya dan menggunakannya sebagai

lambang identiti dan kesatuan masyarakat. Seterusnya kesedaran adanya norma bahasa yang

mendorong masyarakat menggunakan bahasanya dengan cermat dan santun. Ciri ini

c
c
merupakan faktor yang sangat besar pengaruhnya terhadap perbuatan iaitu kegiatan

menggunakan bahasa. Ketiga-tiga ciri ini merupakan sikap positif terhadap bahasa.

Sebaliknya, jikalau ketiga-tiga ciri ini sudah hilang atau kabur dalam diri seseorang itu atau

sekelompok penutur, sikap negatif akan berlaku terhadap bahasa masyarakat itu. Tanpa

adanya kesedaran atau semangat untuk mempertahankan bahasanya merupakan salah satu

petanda bahawa kesetiaan terhadap bahasanya sudah lemah. Sikap negatif terhadap sesuatu

bahasa juga boleh terjadi apabila masyarakat itu sendiri yang tidak ada perasaan bangga

terhadap bahasanya sendiri dan lebih mengagungkan bahasa orang lain. Faktor politik, ras,

etnik, kelompok juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan masyarakat bersikap negatif

terhadap bahasanya sendiri. Salah satu cara untuk mengatasi sikap negatif ini ialah dengan

melaksanakan pendidikan bahasa.

Kesimpulannya, sikap terhadap bahasa begitu penting kerana boleh mempengaruhi

seseorang untuk menggunakan sesuatu bahasa masyarakatnya sendiri dan bukan bahasa orang

lain, dalam masyarakat yang bilingual atau multilingual.

c
c
16.0)c KESIMPULAN

Ilmu sosiolinguistik merupakan cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi

tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar Negara. Ilmu ini

begitu luas dan menarik untuk dikaji sehinggalah pada masa kini. Sosiolinguistik dikatakan

termasuk dalam kajian ilmu linguistik kerana terdapat hubungan antara kedua- dua perkara

tersebut. Kita lihat sahaja perkataan sosiolinguistik itu sendiri yang telah menggabungkan dua

perkataan iaitusos io danlinguis tic, dimana sosio itu adalah perkara yang berkaitan dengan

sosial dan linguistik itu sudah jelas dengan maksud kajian bahasa secara saintifik dan

empirikal. Walaupun terdapat banyak pendapat beberapa tokoh tentang makna sosiolinguistik,

namun konsep bahasa dan masyarakat itu tetap ada dan tidak boleh dipisahkan kerana, dalam

kajian sosiolinguistik, bahasa dan masyarakat adalah berkaitan. Oleh sebab itulah kajian

sosiolinguistik termasuk dalam salah satu cabang kajian linguistik yang menjadi tumpuan para

pengkaji linguistik.

Sosiolinguistik mengkaji bahasa sebagai yang digunakan dalam masyarakat. secara

lebih khusus bidang sosiolinguistik melihat bagaimana ahli masyarakat menggunakan bahasa-

bahasanya dalam konteks-konteks yang berlainan. Dalam hal ini, latar ahli masyarakat, sama

ada daripada segi daerah, taraf pendidikan, taraf sosial, pekerjaaan, umur, dan jantina

semuanya memberi kesan kepada bahasa yang digunakannya. Bidang cakupan ilmu

sosiolinguistik juga begitu luas untuk dikaji hal ini kerana bidang ini berkaitan dengan

masyarakat. Ekoran daripada itu ramai pengkaji- pengkaji baru bidang sosiolinguistik

berminat untuk membuat kajian berkaitan ilmu sosiolinguitik ini.

c
c
BIBILIOGRAFI :

ccccccccccccc c
 .1993. Pengantar Sosiologi Bahasa. Penerbit Angkasa Bandung.

c c. 1987. Sosiolinguistik, Penerbit Angkasa Bandung.

 c 
c c .2007. Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

Lumpur.

 c 
.1996. Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

 c c .1981. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. DBP

Kementerian Pelajaran Malaysia.

 c cc c . 1992. Bahasa Dan Linguistik Suatu Pengenalan. DBP

Kementerian Malaysia, Kuala Lumpur.

ccccccccccccc

c
c