Anda di halaman 1dari 6

Perarakan murid

Hadirindimintaberdiri

Mengumumkan perarakan masuk murid tahun 6 ke dewan seri waja

Perarakan guru / pentadbir/ydp

Mengumumkan perarakan masuk guru-guru tahun 6, barisan pentadbir dan Yang


Dipertua PIBG ke dewan seri waja

Nyanyian lagu negaraku

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku.

(LAGU NEGARAKU DIMAINKAN)

-Terimakasih kepada semua hadirindan hadirat sekalian.

Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.

1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS


-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

-Yang berusaha Encik Mohd Yazid bin Sulaiman Guru Besar SK Wangsa Jaya,
Encik Kasniza Jumari bin Shamsir GPK Tadbir dan Kurikulum,
Pn Normadiah bt GPK HEM,
Encik Daud bin Kamsany GPK Kokurikulum,
Para ibubapa, guru-guru, dan murid-muridTahun 6 SK Wangsa Jayayang diraikan.

- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas limpah


kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Graduasi Tahun 6 pada
hari ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibubapa yang sudi meluangkan masa
untuk member sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita
semua diberkati Allah.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.
-Untuk makluman para hadirin sekalian, Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk
member pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 6 yang telah Berjaya menamatkan
sesi pembelajaran di SK Wangsa Jaya bagi tahun 2015.

Bacaandoa,

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Wan Mohd Shuhairi bin Wan Ramli. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin AminYaRabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada Ustaz Wan


Mohd Shuhairi atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Guru Besar

Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Encik Mohd Yazid bin Sulaiman untuk
menyampaikan ucapan.

TerimaKasih diucapkan kepada Encik Mohd Yazid bin Sulaiman atas ucapan itu tadi

Ucapan Perasmian
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Musa bin
Othman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi
Tahun 6 .. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada tn hj musa bin othman atas kesudian merasmikan
MajlisGraduasiTahun 6 bagi tahun 2015.

Seterusnya majlis menjemput tuan guru besar, Encik Mohd Yazid bin Sulaiman untuk
menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Musa bin Othman.

Penyampaiananugerah
Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan.Usaha
yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan.Olehitu, murid-murid yang Berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus Berjaya dalam mengejar ilmu
dan cita-cita.

-Hadirin sekalian

- Majlis mempersilakan Puan Rus Asma binti Yahya selaku Guru Kelas 6 Anggerik
mengiringi Tn Hj Musa bin Othman, YDP PIBG SK Wangsa Jaya untuk
menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(Baca murid2 6A)

Seterusnya majlis menjemput Puan Sharifah Nor Hamiza bt Syed Idrus selaku guru
kelas 6 Cempaka mengiringi Tn Hj Musa untuk penyerahan sijil seterusnya.

(Baca murid2 6C)

- Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Musa bin Othman atas kesudian


menyempurnakan majlis.

Majlis diteruskan dengan menjemput Pn Siti Khadijah binti Hj Kadir , selaku guru kelas
6 Dahlia mengiringi Tuan Guru Besar, Encik Mohd Yazid bin Sulaiman , untuk
menyempurnakan penyerahan anugerah seterusnya. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(Baca murid2 6D)


Majlis menjemput Puan Norhayati Ismail selaku guru kelas 6 Kenanga mengiringi Tn
GB, Encik Mohd Yazid bin Sulaiman untuk penyerahan sijil seterusnya.

(Baca murid2 6K)

Dijemput Pn Noorhayati binti Kasran selaku guru kelas 6 Melati mengiringi Tn Gb, untuk
penyerahan anugerah seterusnya.

(Baca murid2 6M)

- Terima kasih diucapkan kepada Encik Yazid bin Sulaiman Gb SK Wangsa Jaya atas
kesudian menyempurnakan majlis.

Penyampaian Anugerah Khas

Hadirin sekalian
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas Tahun 6. . Dengan ini majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Kasniza Jumari bin
Shamsir, GPK Tadbir dan kurikulum SK Wangsa Jaya, mengiringi Encik Mohd Yazid bin
Sulaiman GB SK Wangsa Jaya untuk menyampaikan Anugerah Khas.

Anugerah Khas diberikan kerana pelajar ini menunjukkan pencapaian cemerlang dalam
setiap peperiksaan yang dijalankan. Penerima anugerah khas ini ialah INTAN BALQIS
BINTI MUSA.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Kasniza bin Shamsir GPK Tadbir dan Kurikulum
dan Encik Mohd Yazid bin Sulaiman GB SK Wangsa Jaya atas kesudian
menyempurnakan majlis.
(KALAU ADA)

Seterusnya, majlis dgn segala hormatnya menjemput ________________


mengiringi __________________bagi penyampaian cenderahati kepada guru-guru
kelas tahun 6 dan guru-guru matapelajaran teras.
Majlis dgn ini menjemput :
1) Puan rus asma binti yahya
2) Puan sharifah nor hamiza bt syed idrus
3) Puan siti khadijah bt hj kadir
4) Puan noorhayati binti kasran
Bagi guru matapelajaran teras,
5) Puan ruzila bt
6) Cik shila marina
7) Encik huzaimi bin mamat

Terima kasih diucapkan kpd__________atas kesudian menyampaikan cenderahti


itu tadi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah. Diharapkan


penganugerahan ini dapat menyuntik semangat kepada murid-murid untuk terus
menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

Akhiracara
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanyauntuk kami selaku pengendali
majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau carasepanjang kami
mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

-Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami .
Dengan ini tamatlah sudah Majlis Hari Graduasi Tahun 6

Pengkalan raja desa mahkota,


Tanjung piai tempat seloka;
Ampun dipohon maaf dipinta,
Berjumpa lagi di lainketika.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


WabillahiTaufikWalhidayah.
AssalamualaikumWarahmatullahHiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai