Anda di halaman 1dari 15

IPG KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

DENGAN KEPUJIAN

PENDIDIKAN ISLAM 1- PENDIDIKAN RENDAH

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN


3103
SEKOLAH
S.K. SULTAN SULAIMAN 1, SBT
KUALA TERENGGANU

NAMA PELAJAR : MOHAMAD ZAHIER BIN ZAMAHSHARI

NO. K/P. : 921123-02-5731

NAMA / KOD KURSUS : PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 4 / PQE3102

KUMPULAN KULIAH : PISMP PENDIDIKAN ISLAM (1) SEMESTER 4

NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHAMAD HAFEDZ BIN SALLEH

TARIKH SERAHAN : 1 SEPTEMBER 2013


1.0 - MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN DAN MODEL TASMIK AL-QURAN

1.1 - Pengenalan

Program j-QAF yang diperkenalkan pada tahun 2005 merupakan salah satu
usaha penting ke arah memartabatkan al-Quran dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah
seluruh Malaysia. Salah satu objektif utama program yang mahu dicapai dalam bidang
tilawah al-Quran adalah ingin melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai bacaan
al-Quran dengan baik malah khatam al-Quran sebelum menjejakkan kaki ke sekolah
menengah dengan mengenengahkan beberapa model yang terdapat dalam program
tersebut.

Konsep program j-QAF adalah suatu usaha memperkukuhkan Pendidikan Islam


melalui penekanan khusus dan berfokus kepada pengajaran tulisan jawi, al-Quran,
bahasa Arab dan fardu ain. Model 6 Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik ini
adalah antara model-model yang terdapat didalam program j-QAF.

Antara objektif utama Model 6 Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik ini
adalah supaya murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid serta
dapat menghabiskan bacaan al-Quran daripada juzuk 1 sehingga juzuk 30 mengikut
tahun atau tahap umur mereka.

Secara ringkasnya, program j-QAF merupakan usaha untuk memperkasakan


pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah rendah melalui penekanan penguasaan
dalam bidang jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (Ghazali 2007). Usaha ini
seiring dengan matlamat Pendidikan Islam yang berusaha melahirkan Muslim berilmu,
beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-
Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta
menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.
1.2 – Matlamat Model 6 Bulan Khatam Al-Quran Dan Model Tasmik Al-Quran

Model 6 Bulan Khatam al-Quran

Model 6 bulan khatam al-Quran dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan dengan menggunakan peruntukkan waktu Pendidikan Islam yang sedia ada.
Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan Musyafahah (iaitu satu kaedah
pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan
dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan
al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telaah menguasainya
diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.Model 6 bulan Khatam
al-Quran ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca
al-Quran pada enam bulan pertama.

Matlamat pelaksanaannya adalah seperti berikut :-

 Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra’.


 Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid.
 Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.

Model Tasmik al-Quran

Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan merekod
perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program
yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran semasa berada di Sekolah
Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu.

Matlamat pelaksanaannya adalah seperti berikut :-

 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.


 Dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk.
1.3 – Maklumat dan Data Model 6 Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik al-Quran

1.3.1 - MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN

Objektif Khatam Quran j-QAF


Setelah projek j-QAF dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua
murid yang menganut agama Islam, semasa berada di sekolah rendah akan dapat:

i. Membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid


ii. Murid dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk.

Kepentingan Khatam Al-Quran j-QAF


Khatam al-Quran j-QAF melalui proses talaqqi musyafahah adalah penting demi
memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk menguasai tilawah al-Quran
dengan lancar dan bertajwid. Setiap murid diharap dapat menghatamkan bacaan al-
Quran sebanyak 30 juzuk dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah
mengikut tahap penguasaan individu. Namun bagi murid yang tidak menguasai bacaan
al-Quran berpeluang meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan
pemantauan dari guru dari masa ke semasa.

Pelaksanaan dan Penilaian Khatam Quran j-QAF


Pelaksanaan khatam al-Quran j-QAF terbahagi kepada dua iaitu program khatam al-
Quran Model 6 bulan dan program khatam al-Quran Model Tasmik. Walaupun objektif
kedua-dua model ini sama, namun kaedah pelaksanaannya berbeza di antara satu
sama lain.

Program Khatam Quran Model 6 Bulan


Program Khatam al-Quran Model 6 Bulan ialah proram yang menumpukan kepada
penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan
aspek khatam al-Quran pada 6 bulan pertama tahun 2 hingga tahun 6.

Kumpulan Sasaran
Semua murid yang beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6
Strategi Pelaksanaan

 Tempoh Pelaksanaan
Murid tahun 2 hingga tahun 6 akan mengikuti Model 6 Bulan Khatam Al-Quran selama
6 bulan pertama setiap tahun. Bagi bulan berikut dan sseterusnya mereka akan
mengikuuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.

 Peruntukan Waktu
Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada Tilawah al-Quran selama 6 bulan mulai
Januari hingga Jun dengan peruntukan masa 4 kali seminggu. Dua waktu selebihnya
digunakan untuk program Asas Ulum Syariah danJawi.

 Proses Pengajaran dan Pembelajaran

i. Semua murid membaca al-Quran menggunakan mushaf Rasm Uthmani


ii. Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi dan musyafahah.
iii. Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas dikendalikan oleh guru
Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar dengan dibantu oleh sekkurang-
kurangnya seorang guru pembimbing yang boleh terdiri daripada guru GPI
lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki tangan sekolah dan murid
turus.
iv. Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan al- Quran
masing-masing.
v. Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model Pengajaran dan
Pembelajaran Model 6 Bulan .
vi. Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah meneruskan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah Iqra`.
vii. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem al-Quran perlu
diadakan kepada murid yang tidakdapat membaca (ummi) al-Quran.
viii Agihan bacaan mengikut jadual dan hendaklah dirujuk dalam Model
Pengajaran dan Pembelajaran Model 6 Bulan.
Agihan Tugas
 Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Penolong Pengarah
Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri dan Daerah bertanggungjawab:
a. Memberi taklimat pelaksanaan projek
b. Memantau pelaksanaan projek
c. Menyediakan laporan projek

 Guru Besar bertanggungjawab;


a. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah.
b. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek
dilaksanakan dengan sempurna.
c. Memberi taklimat kepada guru dan pembimbing guru yang terlibat.
d. Memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
e. Memantau pelaksanaan projek
f. Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantarke JPN selepas tamat
pelaksanaan projek.

 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab;


a. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
b. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari guru pembimbing.
c. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan
pelaksanaan projek.
d. Menyemak laporan.

 Guru Pendidikan Islam Bertanggungjawab;


a. Mengenalpasti guru pembimbing yang boleh dilibatkan dengan projek.
b. Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran.
c. Membuat pengesahan bacaan setiapmurid seminggu sekali dalam Buku Rekod
Bacaan Al-Quran.
d. Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru pembimbing kepada
jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
e. Melaporkan pencapaian projek Sektor Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan
pendidikan Negeri dengan mengisi Borang Laporan Penilaian Projek Khatam Al-
Quran Model 6 Bulan.

 Guru Pembimbing
a. Membantu dan membimbing murid sehingga khatam al-Quran
b. Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan.
c. Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku Rekod
Bacaan.
d. Sentiasa berbincang dengan guru yang mengajar untuk menyelesaikan
sebarang masalah.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Model 6 Bulan Khatam al-Quran menekankan penggunaan kaedah talaqqi dan
musyafahah. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut:
1. Murid mendengar bacaan contoh dari guru
2. Murid membaca dengan bimbingan guru, pembimbing/ murid turus.
3. Guru, pembimbing/ murid turus membetulkan bacaan murid.
4. Guru, pembimbing/ murid turus mengesahkan bacaan murid dengan
memberikan pujian atau mengiyakan.

Penilaian
Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan bagi mengesahkan murid tersebut
benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing. Penilaian
secara menyeluruh hendaklah dilakukan di akhir tahun bagi menentukan tahap
pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat
untuk menilai murid berkenaan. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut;

Agihan Markah
1. Jumlah ayat : 60 markah
2. Kualiti bacaan : 40 markah
Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid
iaitu:
Ayat tertinggi X60

_______________

Jumlah ayat keseluruhan

Kualiti bacaan seseorang murid hendaklah dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut:

i. Tidak berulang-ulang menyebut kalimah yang sama


ii. Menyalahi makhraj dan sifat huruf.
iii. Bertukar-tukar kalimah.
iv. Wajibal Ghunnah
v. Makhraj dan Sifat Huruf
vi. Hukum Mim dan Nun Sakinah
vii. Mad dan Qalqalah.

1.3.2 - MODEL TASMIK KHATAM AL-QURAN

Model tasmik telah dicadang dan mendapat respon yang baik daripada pelbagai
peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada pelbagai pihak lain.
Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai Model Tasmik Khatam Al-Quran dan cara
pelaksanaannya. Penjelasan dalam panduan ini menyentuh tentang takrif, objektif,
kumpulan sasar, strategi pelaksanaan, agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran
serta penilaian. Model Tasmik Khatam al-Quran ditakrifkan sebagai satu program
membimbing dan merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara
individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran
semasa berada di Sekolah Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu.

Objektif

i. Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.


ii. Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk.
Kumpulan Sasar
Semua murid beragama Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 sekolah rendah.

Strategi Pelaksanaan

i. Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang dibekalkan oleh


Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani.
ii. Setiap murid perlu mempunyai guru tasmik yang dilantik oleh pihak sekolah.
iii. Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik guru
Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan al-Quran untuk terlibat
dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran boleh menjadi pembantu
kepada guru tasmik.
iv. Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam
Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik.
v. Murid yang masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran perlu
dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai
seperti Kem Literasi al-Quran, kelas tambahan dan sebagainya oleh guru j-QAF
dan Guru Pendidikan Islam
v. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
vi. Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid sekurang-
kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan.
vii. Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru
tasmik sebelum penilaian dilaksanakan.
viii. Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka surat yang
dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan individu.
ix. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan
agihan juzuk yang dicadangkan.
x. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan membaca al-
Quran setiap hari supaya mereka dapat member tumpuan kepada kualiti bacaan.
Ini penting terutama bagi murid yang belum menguasai bacaan.
xi. Di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, murid mula mentasmik bacaan al-
Quran bermula pada jam 7.40 – 8.00 pagi setiap hari Isnin hingga Khamis.
xii. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporan kepada
Jabatan Pelajaran Negeri.

Agihan Tugas
Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Penolong Pengarah Kurikulum,
Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan Penyelia Pelajaran daerah
bertanggungjawab memastikan program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan.

 Guru Besar bertanggungjawab


a. menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah;
b. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF;
c. mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing;
d. memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat;
e. memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan sempurna;
f. memantau perlaksanaan Model Tasmik; dan
g. mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar ke JPN. Laporan
pencapaian murid dibuat menggunakan boring Analisa Pencapaian Murid
yang disedikan oleh JAPIM.

 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab


a. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;
b. mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari Guru tasmik;
c. bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan
pelaksanaan program j-QAF; dan
d. menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.

 Guru j-QAF bertanggungjawab


a. mengumpul data guru tasmik al-Quran;
b. menentukan guru tasmik untuk semua murid yang terlibat dengan projek ini;
c. menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan murid
seminggu sekali;
d. menentukan pencapaian murid dan dicatatkan dalam Buku Rekod Bacaan;
e.memaklumkan sebarang masalah murid dan guru tasmik kepada jawatankuasa
pelaksana peringkat sekolah;
f. membuat laporan dengan mengisi borang pencapaian al-Quran.
g. memantau pelaksanaan tasmik dijalankan.

 Guru Tasmik bertanggungjawab;


a. membimbing murid sehingga khatam al-Quran;
b. mencatat setiap kali bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan;
c. mengenalpasti kelemahan dan membuat pemulihan; dan
d. mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang timbul.

PENILAIAN
Seperti yang dinyatakan dalam model 6 bulan Khatam al-Quran, penilaian menyeluruh
pencapaian murid hendaklah dibuat dengan menggunakan borang menggunakan
borang yang disediakan. Laporan yang dinyatakan dalam borang-borang berkenaan
mengandungi pencapaian murid yang merangkumi kedua-dua model. Ini kerana
pencapaian murid untuk kedua-dua model ini direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan al-
Quran dan borang tersebut menggunakan maklumat dari buku ini.

(Pelaksanaan Tasmik al-Quran yang dilakukan pada jam 7.40-8.00 pg, Isnin- Khamis)
1.3 – Penyediaan dan Penggunaan BBM semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran
Model 6 Bulan Khatam Al-Quran Dan Model Tasmik Al-Quran

Melalui pemerhatian dan temu bual yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan


Sultan Sulaiman 1 ini, bahan bantu mengajar yang digunakan sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran Model 6 Bulan Khatam Al-Quran Dan Model Tasmik al-
Quran ini adalah seperti biasa. Bahan bantu mengajar yang digunakan untuk model-
model ini adalah seperti Mushaf al-Quran rasm Uthmani, Qiraati 1-6 dan Buku Rekod
Bacaan Murid j-QAF. (Lihat Lampiran 1)

Bagi rekod bacaan murid tersebut, setiap murid dibekalkan dengan satu buku
rekod bagi seorang murid dan akan digunakan dari Tahun 1 hingga murid tersebut
Tahun 6. Buku rekod itu telah dihasilkan sendiri oleh guru-guru j-QAF sekolah ini.

(Bahan Bantu Mengajar semasa P&P Model Khatam Quran & Tasmik)
1.4 – Pengintegrasian Teknologi Maklumat Komunikasi Semasa Aktiviti Pemulihan dan
Pengayaan

Aktiviti Pemulihan dan Pengayaan bagi Model 6 Bulan Khatam al-Quran dan
Model Tasmik al-Quran tidak banyak dilakukan dan lebih banyak tertumpu kepada
aktiviti pemulihan dan pengayaan jawi. Oleh itu, pengintegrasian teknologi maklumat
komunikasi bagi kedua-dua model ini juga tidak dilaksanakan kerana model-model ini
hanya dilakukan secara talaqi musyafahah diantara murid dan guru dan tidak
melibatkan TMK. Bagi murid yang lemah, aktiviti pemulihan dan pengayaan adalah
dengan guru lebih banyak menumpukan kepada murid berkenaan dan menghabiskan
Qiraati mengikut tahap keupayaan murid terlebih dahulu.
2.0 – ELEMEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.1 - DEFINISI

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah proses mengumpul maklumat yang


autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PBS secara formatif
adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala
PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai
apa yang dipelajari (assessment of learning).

Proses Berasaskan Pentaksiran Sekolah (PBS) melibatkan aktiviti berikut:

 Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang


prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan
 pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance
standard);
 penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks;
 Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang
prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif)
proses pengajaran-pembelajaran berlangsung;
 Menggunakan kepelbagaian maklumat; dan
 Membuat penilaian dan melaporkan secara verval dan/atau bertulis tentang prestasi,
potensi, pencapaian dan keperluan murid.

Bagi kedua-dua cara PBS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set
pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. PBS
dilaksana menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini
adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan
bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran.
Eviden PBS dikumpulkan dalam portfolio. (Lihat Lampiran 2)
3.0 – PRASARANA : KEMUDAHAN DAN KELENGKAPAN SEKOLAH YANG DAPAT
DIGUNAKAN DALAM MELAKSANAKAN KEDUA-DUA MODEL BERKENAAN

Prasarana yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 adalah


dalam keadaan baik dan lengkap sekali. Untuk pelaksanaan Model Khatam al-Quran
dan juga tasmik al-Quran ini, pihak sekolah menggunakan bilik-bilik darjah yang
terdapat di sekolah ini. Selain itu, surau sekolah juga turut dijadikan tempat untuk
pelaksanaan model-model ini. Terdapat juga sebuah bilik j-QAF yang cantik dan sering
digunakan untuk matapelajaran Pendidikan Islam dan juga untuk pelaksanaan Model-
model j-QAF termasuklah model Khatam al-Quran dan juga Tasmik al-Quran ini. Berikut
adalah gambar-gambar prasarana tersebut :

Anda mungkin juga menyukai