Anda di halaman 1dari 12

SULIT 02/1

02/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
2010
1 jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


SULTAN SULAIMAN SHAH,
45600 BESTARI JAYA

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


TINGKATAN 1
2010

BAHASA MELAYU

KERTAS 2
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda
pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Berfikirlah dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu
jawapan, padamkan tanda yang tidak dikehendaki itu sehingga bersih dan
kemudian hitamkan pilihan anda yang baru.

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

(ELENCHELVAN. D)
Guru Mata Pelajaran
SMK Sultan Sulaiman Shah

Kertas soalan ini mengandungi halaman bercetak


Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “Besarlah harapan ____________ sekiranya puan dapat hadir ke majlis itu nanti,” kata
Tasha dan Maliki kepada majikan mereka.
A kami
B kamu
C saya
D kita

2. Bot Pak Saad _____________ akibat pukulan ombak yang kuat pada musim tengkujuh.
A bergoyang-goyang
B berbolak-balik
C berolang-aling
D berulang-alik

3. Aishwarya berasa keberatan ____________ meninggalkan ibunya seorang diri di kampung


setelah kematian ayahnya.
A bagi
B sejak
C untuk
D hingga

4. Peniaga pasar malam itu _________ daging itu sehingga lumat untuk dijadikan inti kebab.
A menyiang
B menghiris
C memotong
D mencencang

5. Kaki Tan Zhi Kang ____________________ ke dalam lubang ketika berlari untuk
menyelamatkan diri daripada digigit anjing..
A terperosok
B terjelepok
C tersungkur
D tersepit

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pelajar baru itu sedang ______________ oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima di
belakang bangunan sekolah.
A diherdik
B digertak
C ditunjal
D dibuli

7. Pihak penguat kuasa tidak akan _____________ untuk mengambil tindakan terhadap para
peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.
A terburu-buru
B tergesa-gesa
C teragak-agak
D tercari-cari

Soalan 8 – 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B atau C jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

8. Pak Ali menggilap meja-meja itu sebelum melapiknya dengan alas meja
A B
supaya kelihatan lebih bersih. Tiada kesalahan
C D

9. Puan Rokiah menyuruh pelajarnya memasukkan telur putih itu ke dalam adunan kek
A B C
lapis yang bakal dipertandingkan. Tiada kesalahan.
D

10. Bulan Penghayatan Kemerdekaan dilancarkan oleh sekolah setiap tahun ialah
A B
untuk meningkatkan patriotisme dalam kalangan pelajar . Tiada kesalahan.
C D

11. Ayah sering pulang lewat ke rumah kerana dia terjerumus dalam kesesakan lalu lintas.
A B C
Tiada kesalahan.
D

12. Pihak Jabatan Marin akan bertindak tegas terhadap penceroboh pengairan negara ini
A B
seandainya keadaan memaksa. Tiada kesalahan.
C D

13. Laila berusaha dengan bersungguh-sungguh di atas alasan ingin mencapai


A B
kejayaan dalam kehidupan. Tiada kesalahan
C D
14. Di samping mempelajari seni mempertahankan diri, para belia hendaklah memperjuangkan
A B C
dan mengekalkan seni silat ini. Tiada kesalahan.
D

Soalan 15- 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataaan berhuruf condong dengan betul.

15. I Juruhebah radio yang terkenal itu suka memainkan lagu-lagu klasik.
II Jejaka itu telah memainkan perasaan gadis kampung itu berulang kali.
III Pelakon tersohor itu memainkan watak ibu dalam cerekarama itu amat berkesan
sekali.
IV Ramli ditegur oleh Cikgu Rahmat kerana sering memainkan kenakalannya di
dalam kelas sewaktu dia mengajar.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

16. I Mak Uteh masih kuat berkebun walaupun usianya sudah lanjut,.
II Azizul terpaksa bekerja hingga lanjut malam untuk menyiapkan novelnya.
III Pemuda itu akan menjelaskan perkara itu dengan lanjut pada minggu hadapan.
IV Kisah pengembaraan anak raja itu dalam Taju’l Muluk sangat lanjut ceritanya.

A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

17. I Kami sekeluarga menuntun tayangan perdana di auditorium itu semalam.


II Perbuatan Arif menuntun warga emas itu menyeberangi jambatan amat terpuji.
III Rantai motosikal Samy telah putus, jadi dia terpaksa menuntun motosikalnya ke
bengkel.
IV Ruby menuntun mukanya dengan selendang bagi mengelakkan kecacatan
mukanya dilihat orang.

A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 18 – 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18. Beberapa buah kereta-kereta kebal tentera Amerika telah dimusnahkan oleh tentera
Iraq semasa Perang Teluk.
A Beberapa kereta kebal
B Beberapa buah kereta kebal
C Beberapa kereta kebal- kereta kebal
D Beberapa buah kereta-kereta kebal

19. Mereka telah diarahkan untuk mendapatkan peta harta karun itu berpandukan kepada
cerita yang disampaikan oleh Hanim.
A pandukan cerita
B berpandukan cerita
C berpandukan pada cerita
D berpandukan kepada cerita

20. Pada setiap hari, ibu membekalkan goreng pisang pada adik untuk dimakan pada waktu
rehat.
A membekal goreng pisang kepada adik
B membekalkan pisang goreng pada adik
C membekalkan pisang goreng kepada adik
D membekalkan goreng pisang pada adik

21. Dia telah menantikan ketibaan sahabatnya di stesen bas itu selama tiga suku jam tidak rasa
jemu.
A tanpa merasa jemu-jemu selama tiga jam suku
B tiga suku jam lamanya dengan tanpa jemu
C selama tiga jam suku tanpa berasa jemu
D selama tiga suku jam tidak rasa jemu

Soalan 22 – 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

22. Kekurangan bekalan ayam semasa musim perayaan menyebabkan kerajaan terpaksa
mengimport ayam dari negara jiran.
A Kerajaan mengimport ayam dari negara jiran dalam keadaan terpaksa kerana musim
perayaan menyebabkan bekalan ayam berkurangan.
B Ketika musim perayaan, ayam dari negara jiran terpaksa dibawa masuk bagi menampung
kekurangan yang berlaku.
C Bekalan ayam yang berkurangan menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah
mengimport ayam dari negara jiran
D Bekalan ayam tempatan dapat ditampung dengan adanya import ayam dari negara jiran
menjelang musim perayaan.

23. Pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan sukar dibendung jika tidak
mendapat kerjasama daripada masyarakat.
A Kalau masyarakat tidak memberikan kerjasama, pencemaran alam sekitar akan
mudah merebak dan sukar diatasi.
B Sekiranya masyarakat membiarkan pencemaran alam sekitar semakin berleluasa
dan susah diatasi, kerjasama mereka amat diperlukan.
C Jika pencemaran alam sekitar payah dibendung , kerjasama masyarakat akan
berleluasa.
D Kesukaran membendung pencemaran alam sekitar menyebabkan kerjasama antara
masyarakat sukar diperoleh.

24. Tuan Pengetua telah menasihati pelajar-pelajar yang sering melanggar peraturan itu
agar mengubah sikap buruk mereka sebelum tindakan yang lebih tegas diambil
terhadap mereka.
A “Kamu perlu menghentikan perbuatan kamu yang menyalahi peraturan sekolah sekiranya
kamu tidak mahu dikenakan hukuman yang lebih keras,” nasihat Tuan Pengetua kepada
sekumpulan pelajar yang sering melakukan kesalahan disiplin.
B “Sekiranya kamu tidak mengubah sikap buruk kamu sekarang juga, kamu akan dikenakan
tindakan yang lebih tegas,” Tuan Pengetua memberikan amaran kepada pelajar-pelajar itu
yang kerap melakukan kesalahan.
C “Tindakan ke atas kamu akan diambil kerana kelakuan buruk kamu yang tidak berubah
pada masa depan,” tegas Tuan Pengetua kepada mereka.
D “Sekali lagi kamu melakukan kesalahan disiplin, kamu akan dikenakan hukuman yang
sewajarnya,” kata Tuan Pengetua semasa bercakap dengan pelajar-pelajarnya yang sering
melakukan kesalahan.

Soalan 25 hingga soalan 27


Pilih ayat-ayat yang betul.

25. I Walaupun usia lelaki berbaju biru itu sudah mencecah dua puluh satu tahun tetapi
perangainya masih budak-budak
II Hani keletihan kerana terpaksa menuntun basikalnya yang pancit itu sejauh dua
kilometer sewaktu pulang dari sekolah.
III Walaupun Datuk Samsul kaya, namun beliau tidak keberatan untuk menjadikan
Roslan
yang miskin itu sebagai anak angkatnya.
IV Kerja-kerja membaik pulih dan memperindah kawasan taman rekreasi itu sedang giat
dijalankan sempena Tahun Melawat Malaysia.

A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
26. I Siasatan mengenai kes pembunuhan itu akan dilakukan dengan terperinci berdasarkan
kepada laporan yang telah diterima..
II Permainan tradisional merupakan salah satu aktiviti riadah yang dapat menyihatkan
badan selain mengisi masa senggang seseorang
III Dia pernah mempelajari undang-undang asas sebagai polis semasa menjadi anggota kadet
polis di zaman persekolahannya dahulu.
IV Aida yang terliur melihat buah rambutan yang masak ranum di atas pokok itu terus
menjolok buah itu menggunakan sebatang galah.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

27. I Balai-balai raya di daerah itu akan dibaik pulih menjelang awal tahun hadapan.
II Cikgu Sufiah berasa berang dengan perangai anak-anak muridnya yang terlampau
nakal.
III Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan
yang rapi.
IV Apabila berlaku bencana alam, ada-ada sahaja orang yang datang menyauk
barang-barang mangsa.

A I, dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 28 - 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah.

28. Pelakon terkenal tanah air, Noor Kumalasari mewarisi bakat ibunya yang pernah
bergelar primadona filem Melayu suatu masa dahulu, seniwati Umi Kalthom.
Keadaan ini diibaratkan
A ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
B bagaimana gendang, begitulah tarinya.
C bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D bapa borek anak rintik

29. Shahirah menyimpan duit dari kecil sehingga dia menjejak kaki ke pusat pengajian tinggi.
Sikap Shahirah boleh dikaitkan dengan peribahasa di bawah kecuali.....
A sediakan payung sebelum hujan
B sedikit sedikit lama-lama jadi bukit
C sejengkal jadi sedepa, busut jadi bukit
D sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

30. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan pengantin yang sama cantik dan
sama padan ialah…
A bagai pinang di belah dua.
B seperti lembu dicucuk hidung.
C pipit hendak menjadi enggang.
D bunga disunting, perdu dibuang.

Soalan 31 – 35
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KIAN KITA LUPA.

Kian kita lupa


pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata

Kian kita lupa


pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga

Kian kita lupa


pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia

Tetapi
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.

(Dipetik daripada Antologi Kasut Kelopak Jantung, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2010)

31. Apakah maksud perkataan `riak’ seperti yang terdapat dalam sajak ini?
A. Riang
B. Teriak
C. Angkuh
D. Meriah
32. Mengapakah manusia dikatakan lupa akan penderitaan bangsa mereka?
A. Oleh sebab mereka sombong dan berasa bangga.
B. Oleh sebab mereka hidup mewah.
C. Oleh sebab mereka lupa akan azab dan balasan.
D. Oleh sebab mereka menyesali kehidupan.
33. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris `gembira menjadi duka’ ialah
A. simile
B. paradoks
C. metafora
D. hiperbola

34. kita hanya tak lupa


bila terlewat masa
untuk menyesah segala

Nilai utama yang terkandung dalam baris-baris sajak di atas ialah


A. nilai keinsafan
B. nilai kesabaran
C. nilai keberaniaan
D. nilai setia kawan

35. Tema yang diungkapkan dalam sajak “ Kian Kita Lupa” ialah
A. sikap mementingkan diri dalam urusan harian
B. penyesalan seorang yang banyak melakukan dosa.
C. sikap sering lupa akan hal-hal penting akibat kesenangan yang dinikmati
D. sifat tamak sesetengah pihak sehingga memudaratkan orang lain

Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
36. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan “larilah dengan kelam-kabut” seperti yang
terdapat dalam petikan di atas?
A. Berlari dengan kuat
B. Suasana yang kelam-kabut
C. Menyelamatkan diri dalam keadaan lintang-pukang
D. Berlari dalam gelap

37. Mengapakah Puteri Jenuh Hati kalah dalam permainan catur dengan Taju’l Muluk?
A. Beliau sangat kagum dengan ketampanan Taju’l Muluk?
B.Taju’l Muluk membawa musang untuk menakutkan tikus puteri
C. Taju’l Muluk berpura-pura marah akan puteri tersebut
D. Taju’l Muluk keturunan diraja.

38. Latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas mungkin sekali
A. di istana
B. di rumah dayang puteri
C. di balai rong
D. di mahligai puteri

39. Nilai utama yang dipaparkan melalui watak Taju’l Muluk dalam petikan di atas ialah
A. keberaniaan
B. kebijaksanaan
C. tanggungjawab
D. amanah

40. Apakah tema cerita “Taju’l Muluk” ?


A. Kehebatan, kedaulatan dan kebijaksanaan seorang anak diraja berhadapan dengan pelbagai
dugaan untuk melaksanakan tugas dan kehendaknya
B. Kehebatan puteri dalam mempamerkan kehebatan ketika berhadapan dengan anak diraja yang
terkenal
C. Perjuangan menuntut takhta yang telah hilang
D. Peranan makhluk halus dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang besar

KERTAS SOALAN TAMAT

Berusahalah di dunia seakan-akan kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk
akhirat seakan-akan kamu akan mati esoknya................ Selamat Maju Jaya!!!!!!!!!!!
SULIT
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2010
1 jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


SULTAN SULAIMAN SHAH,
45600 BESTARI JAYA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN PERALIHAN
2010

NAMA: _____________________________________________________

PERALIHAN : ________________________________________________

BAHASA MELAYU

KERTAS 2
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Jawab semua soalan.


2. Berfikirlah dengan teliti ketika memilih jawapan.
3. Jawaban hendaklah ditulis pada ruangan yang digariskan sahaja.

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;


(ELENCHELVAN. D)
Guru Mata Pelajaran
SMK Sultan Sulaiman Shah

Anda mungkin juga menyukai