Anda di halaman 1dari 2

Pada era globalisasi ini,negara kita telah berjaya berdiri sama tinggi,duduk sama

rendah dengan negara-negara maju yang lain.Hal ini demikian,kini di negara


kita ,terdapat banyak teknologi maklumat yang masyarakat di Malaysia boleh
dapatkan.Contohnya,telefon bimbit yang sering digunakan untuk mencari pelbagai
maklumat secara berterusan melalui internet.Maklumat yang hendak kita cari semuanya
berada di hujung jari sahaja.Hakikatnya,terdapat banyak kepentingan teknologi
maklumat kepada kita.

Antaranya ialah kecanggian teknologi maklumat pada masa kini mampu


mempercepatkan untuk kita mencari maklumat yang dikehendaki .Hal ini
demikian,masyarakat di Malaysia kini boleh mencari pelbagai bahan atau maklumat
hanya di internet atau laman –laman web yang didapati.Sebagai contohnya,Google
yang membolehkan kita untul mencari pelbagai maklumat hanya dengan satu klik sahaja
dan tidak mengambil masa yang lama seperti mencari bahan-bahan bacaan di
perpustakaan yang memakan banyak masa.Jelaslah kepada kita bahawa,kecanggihan
teknologi kini dapat menjimatkan masa seseorang itu untuk mencari maklumat serta
mempercepatkannya.

Selain itu, kita juga dapat berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-rakan atau
saudara mara yang berjauhan dengan kita.Dengan berbuat demikian,caranya adalah
dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul pada
zaman kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang boleh memuatnaik . Sebagai
contohnya,Facebook,twitter dan instagram yang boleh berkomunikasi antara satu sama
lain dan jika kita rindu dengan orang yang berjauhan dengan kita juga
boleh menggunakan panggilan video iaitu secara bersemuka dengan rakan-rakan atau
saudara mara kita yang sudah lama tidak berjumpa.Sememangnya,dengan kemudahan
ini,hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun berjauhan.

Di samping itu,kita juga boleh menggunakan internet untuk membantu kita dalam
pembelajaran.Dengan berbuat demikian ,kerana banyak maklumat yang mudah
didapati dan mempercepatkan kita untuk mencarinya .Misalnya,mencari maklumat
tentang mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu tips-tips membuat karangan
berformat .Sesungguhnya,kita boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat bagi
membantu dalam meningkatkan kefahaman dalam sesuatu pembelajaran.

Seterusnya,kita juga dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain.Dengan


berbuat demikian,supaya kita dapat maklumat yang lebih terperinci dan lebih efektif dari
laman-laman web yang berbeza.Buktinya,mengambil isi penting dalam sesebuah
karangan yang sama tajuknya tetapi berbeza dari segi kepakaran karangannya.
Sesungguhnya,kita boleh mendapat pelbagai maklumat daripada perkongsian yang
telah diberi oleh guru-guru mahupun pelajar di internet.

Sudah terang lagi bersuluh, kepentingan teknologi kini semakin menjadi rebutan
masyarakat kerana mempunyai banyak kelebihan yang boleh digunakan dan memaikan
peranan yang baik kepada masyarakat.Teknologi maklumat kini seharusnya digunakan
dengan sebaik yang mungkin kerana banyak manfaat yang boleh kita peroleh melalui
teknologi maklumat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai