Anda di halaman 1dari 16

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke atas hadrat ilahi serta kurniaan nikmat masa, nyawa dan tenaga yang
telah dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya
meskipun pelbagai kelemahan yang dizahirkan dalam hasil penulisan ini.

Namun, saya tetap ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada


pensyarah yang dikasihi Puan Kharsiah binti Mohd Nor kerana tunjuk ajar dan bimbingan
daripadanya memberi ruang kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
iaitu A Wahab bin Buang dan Jamaliah binti Hassan kerana memberi motivasi dan sokongan buat
saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya rakamkan kepada rakan-rakan yang banyak
membantu serta sebagai pemudahcara dalam setiap permasalahan yang timbul. Akhir bicara,
saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun
sebaliknya dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Semoga hasil penulisan ini diberkati dan memberi manfaat kepada diri penulis mahupun para
penunutut limu yang mempelajari bidang ini. Diharapkan hasil penulisan ini menjadi suatu wadah
untuk mengembangkan lagi idea dalam menberikan manfaat kepada masyarakat serta negara
khususnya dalam bidang pendidikan. Terima kasih.
1.0 PENDAHULUAN

Meniti ambang kemajuan teknologi pada masa kini, kecanggihan yang pesat berlaku di arus
perdana telah secara langsung mempengaruhi sistem pendidikan dunia khususnya di Malaysia.
Implikasi daripada itu, corak pengajaran dan pembelajaran (PdP) pun sekali gus turut berubah
daripada konvesional kepada corak PdP yang lebih terbuka luas umpama tiada had sempadan.
Menururt Jamalludin dan Zaidatun (2003) berpendapat bahawa para pendidik boleh
mengaplikasikan unsur teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelbagai teknik pengajaran
supaya murid boleh belajar dalam suasana pembelajaran yang lebih menarik berbanding kaedah
konvensional yang hanya berpandukan buku teks.

Justeru, elemen berbentuk digital harus menjadi satu elemen yang perlu dikuasai oleh
guru itu sendiri agar iklim bilik darjah yang lebih bersifat interaktif dan pantas dapat diwujudkan
seiring dengan kemudahan teknologi yang direncanakan. Misalnya, bahan bantu mengajar (BBM)
atau bahan bantu belajar (BBB) yang berbentuk digital merupakan elemen penting untuk
mewujudkan pembelajaran yang seronok dengan lebih efektif di dalam bilik darjah seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (Nur Aisyah, Zamri, Afendi & Mohamed Amin,
2012).

Dalam konteks ini, penerapan elemen teknologi dalam proses PdP merupakan salah satu
teknik yang boleh digunakan untuk menarik perhatian murid-murid bukan sahaja di sekolah,
bahkan di mana-mana sekalipun murid-murid dapat mengakses teknologi untuk mempelajari dan
meneroka mata pelajaran yang mereka ingin ketahui. Akhir kata, pendidikan kini merentas
sempadan. Oleh itu, warga pendidik seharusnya menguasai dalam bidang ini agar mutu
pendidikan yang dihasratkan seperti mana termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dapat dicapai dengan berkualiti dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain

2.0 INSTRUMEN PENILAIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Menurut Faizah A. Karim et al.,
(2005) berpendapat bahawa penggunaan instrumen soal selidik merupakan instrumen yang
dapat memastikan kebolehbandingan data, meningkatkan kepantasan dan ketepatan dapatan
serta memudahkan pemprosesan data.
Oleh itu, bagi menilai keberkesanan dan kesesuaian media dan bahan bantu mengajar
yang telah dibina dalam Tugasan 1, satu instrumen penilaian yang bersifat formatif telah dibina
dengan berpandukan beberapa kajian berikut:

i. Pembinaan Instrumen Penilaian (BPPK-PBK) untuk Penilaian Perisian


PBK di pasaran oleh Dewi Susanti (2004).
ii. Pembinaan Instrumen Peniliaian untuk Menilai Perisian CDROM Interaktif
(CDRI) Mata Pelajaran Fizik Sekolah Menengah oleh Johari Hassan dan
Juwairiah Arifin (2011).
iii. Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21
(Pensyarah) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh oleh Badrul Hisham
dan Mohd Nasruddin (2015).

Borang soal selidik ini telah memuatkan 4 bahagian yang utama iaitu:

i. Visual dalam media dan sumber PdP


ii. Audio dalam media dan sumber PdP
iii. Video dalam media dan sumber PdP
iv. Isi pelajaran dalam media dan sumber PdP

Daripada beberapa bahagian tersebut, setiap soalan yang dikemukakan mempunyai


pilihan secara ‘Likert’ pada setiap bahagian. Berikut merupakan format skala Likert empat mata
yang digunakan dalam soal selidik ini:

Skor Nilai Skor


Amat tidak bersetuju 1
Tidak bersetuju 2
Setuju 3
Amat bersetuju 4

Jadual 1 - Format skala Likert empat mata


3.0 ANALISIS MEDIA DAN SUMBER PENGAJARAN

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan terhadap 13 orang respoden, terdapat beberapa aspek
kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti pada setiap bahagian penilaian. Oleh itu, bagi
menilai kekuatan dan kelemahan tersebut, penganalisian akan dibahagikan kepada beberapa
bahagian berikut:

3.1 Visual dalam media dan sumber PdP

Media visual (image atau perumpamaan) memegang peranan yang sangat penting dalam
proses belajar. Media visual boleh mempercepatkan pemahaman dan mengukuhkan
ingatan. Berikut merupakan hasil kajian:

Hasil nilai skor (%)


Bil Soalan
1 2 3 4
Penggunaan grafik dan animasi yang
1. - - 30.8 69.2
sesuai pada media.
Kesesuaian tulisan, saiz serta font yang
2. - - 23.1 76.9
sesuai pada media
Penggunaan grafik, animasi, gambar dan
3. - - 30.8 69.2
tulisan menarik minat pengguna.
Grafik serta animasi memuatkan maklumat
4. - - 30.8 69.2
yang berguna dengan isi pelajaran.

Jadual 2 - Hasil kajian bagi bahagian visual dalam pengajaran

Kesimpulannya, media dan sumber pengajaran yang direka telah mencapai satu
objektif pembelajaran yang ditetapkan. Hal ini kerana, hasil kajian menunjukkan
penggunaan grafik yang menarik dalam media pengajaran merupakan faktor
penyumpang utama kepada pengaplikasian visual dalam bahan yang digunakan.
Kesannya, media pengajaran yang direka ini secara tak langsung dapat membuktikan
bahawa media ini dapat menarik perhatian murid untuk fokus kepada isi mata
pelajaran yang diajar. Hal ini kerana, visual ialah elemen yang dapat menumbuhkan
minat pelajar dan dapat memberikan hubungan antara isi kandungan pelajaran dengan
dunia nyata (Amin Molek, 2016).
3.2 Audio dalam media dan sumber PdP

Media audio dalam proses PdP merupakan media yang bersifat membangun dan mampu
menyampaikan sesuatu mesej atau pesanan berupa lambang-lambang audiotif. Jadi,
dalam hal ini, aspek yang ditekankan adalah seperti berikut:

Hasil nilai skor (%)


Bil Soalan
1 2 3 4
Media memuatkan audio yang pelbagai di
1. - - 53.8 46.2
dalamnya.
Bunyi audio yang sesuai untuk pengguna
2. - - 46.2 53.8
(tidak terlalu kuat/tidak terlalu perlahan)
Muzik latar yang sesuai dipasang pada
3. - - 38.5 61.5
media.
Kejelasan bunyi audio yang dipasang
4. - - 38.5 61.5
pada media.
Audio digunakan berfungsi menarik minat
5. - - 23.1 76.9
pengguna.
Jadual 3 - Audo dalam media dan sumber PdP

Berdasarkan kajian ini, kita mendapati bahawa aspek audio merupakan satu
elemen yang penting dalam media pengajaran. Hal ini kerana, tanpa audio yang jelas
dan mampu berfungsi dengan baik, mana mungkin gambaran visual yang diterapkan
dalam penghasilan media dapat ditonjolkan dengan lebih berkesan. Menurut
Baharuddin Aris et al., (2002) menegaskan bahawa bahan audio boleh memberi
gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding pembacaan teks semata-mata. Akhir
sekali, bunyi audio yang digunakan juga bersifat santai dan sesuai dipasang dengan
media visual. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa bahan untuk peralatan audio
mampu diperoleh dan mampu digunakan guru kepada murid-murid.

3.3 Video dalam media dan sumber PdP

Video ialah teknologi penangkapan, perakaman, pengolahan, penyimpanan, pemindahan


dan penyusunan urutan gambar diam dengan menyajikan adegan-adegan dalam gerak
secara elektronik (Dinda Savira, 2016). Oleh itu, konsep yang ditekankan ini telah
diaplikasikan sewaktu persembahan video dan hasil penilaian tersebut telah menunjukkan
bahawa unsur video yang digunakan dalam media yang direka telah menunjukkan
keberkesanan yang baik kepada responden. Berikut merupakan dapatan hasil kajian yang
dilakukan:

Hasil nilai skor (%)


Bil Soalan
1 2 3 4
Arahan yang terdapat dalam video mudah
1. - - 38.5 61.5
difahami oleh pengguna.
Penggunaan audio dan visual yang sesuai
2. - - 38.5 61.5
dengan isi pelajaran dalam video.
Persembahan isi pelajaran dalam video
3. - - 23.1 76.9
mengikut turutan.
Durasi persembahan video sesuai (tidak
4. - - 15.4 84.6
terlalu cepat/ tidak terlalu lambat)

Jadual 4 - Video dalam media dan sumber

Berdasarkan dapatan berikut, dapat dikonklusikan bahawa rata-rata responden


menunjukkan respon yang baik terhadap penggunaan video yang diaplikasikan. Misalnya,
penggunaan aplikasi Powtoon merupakan salah satu medium bagi video pengajaran yang
secara tak langsung dapat merencanakan persembahan isi pelajaran mengikut
ururtan yang telah ditetapkan. Selain itu, durasi persembahan video yang boleh
dikawal juga dapat memudahkan proses pengulangan. Implikasinya, sesuatu
penerangan yang perlu dilakukan secara berulang- ulang boleh dilakukan dengan lebih
mudah dan menjimatkan masa. Sebagai contoh, penerangan mengenai sesuatu isi
pelajaran dam video boleh dipaparkan kembali kepada murid pada bila-bila masa yang
diperlukan. Di samping itu, pengaplikasi video dalam media pengajaran juga
membentuk kefahaman yang mendalam apabila diperlukan oleh murid. Hal ini
kerana, murid-murid boleh belajar sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa
memerlukan tenaga pengajar di samping mereka sepanjang masa

3.4 Isi pelajaran dalam media dan sumber PdP

Secara amnya, media dan sumber PdP yang diaplikasi mestilah berpandukan isi pelajaran
yang ingin diajar. Hal ini kerana, apa guna media pembelajaran digunakan sekiranya
media tersebut lari daripada objektif pembelajaran yang asal. Justeru, bagi menilai
perkara tersebut, berikut merupakan item-item soalan yang dikemukakan untuk mengenal
pasti sama ada penyesuaian isi pelajaran yang ditetapkan sesuai atau tidak dengan media
pengajaran yang dicipta.

Hasil nilai skor (%)


Bil Soalan
1 2 3 4
Isi pelajaran dalam media mengikut
1. - 7.7 30.8 61.5
kandungan kurikulum yang ditetapkan.
Kesesuaian isi pelajaran dalam media
2. - - 30.8 69.2
dengan tahap penguasaan murid.
Kejelasan konsep yang disampaikan
3. - - 23.1 76.9
melalui media.
Penggunaan bahasa yang sesuai dengan
4. - - 23.1 76.9
tahap pengguna.
Isi pelajaran difahamkan melalui aktiviti
5. - - 15.4 84.6
permainan dalam media.

Jadual 5 - Isi pelajaran dalam media dan sumber PdP

Mengenai keselarasan isi mata pelajaran dengan media pengajaran yang


digunakan, kebanyakkan responden berpendapat bahawa media pengajaran yang
digunakan selarai dengan Standard Kandungan dan objektif yang ditetapkan seperti
mana termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Selain itu,
media pengajaran yang dicipta juga membantu murid untuk lebih memahami isi
pelajaran tersebut melalui aktiviti permainan dalam media. Menurut Buckley dan
Smith (2008) menegaskan bahawa penggunaan simulasi ataupun perminan multimedia
dalam PdP mampu meningkatkan kemahiran murid untuk menyelesaikan masalah. Di
samping itu, media pengajaran yang direka ini juga bercorak ansur maju dan
mementingkan laras bahasa yang selari dengan tahap pemahaman murid. Kesannya,
mustahil bagi murid untuk tidak memahami konteks isi pelajaran tersebut kerana media
pengajaran yang digunakan amatlah mudah dari segi konteks bahasa dan
penyampaiannya.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

i. “Animasi yang digunakan mestilah berkaitan dengan isi pengajaran”-


Responden pertama

Animasi yang berkaitan pendidikan mestilah releven dengan konteks pengajaran tersebut.
Hal ini kerana, jika animasi yang digunakan terlalu keterlaluan seperti pergerakan animasi
yang berlebihan ataupun warna yang terlalu terang, hal ini akan menjejaskan fokus utama
murid terhadap mata pelajaran yang diajar. Adapun animasi yang releven juga harus
dititikberatkan dalam media. Hal ini kerana, animasi yang diimplementasikan dapat digunakan
untuk memperkuat motivasi murid-murid untuk belajar (Rozinah Jamaluddin, 2005). Misalnya,
guru boleh menggunakan animasi yang sesuai untuk memperkenalkan tajuk baharu kepada
murid-murid sewaktu set induksi bersama murid-murid.

ii. “Muka taip yang sesuai perlu digunakan”- Responed ke-7

Dalam menangani permasalah ini, antara cadangan yang boleh dikemukakan ialah muka taip
yang digunakan mestilah jelas, besar dan mestilah menonjol daripada warna latar belakang
yang dipilih. Misalnya, media pengajaran yang digunakan harus menggunakan secara kerap
muka taip jenis Serif ataupun Sans Serif yang lebih bersifat tebal dan mudah dibaca di
samping menyesuaikan warna muka taip yang dipilih agar timbul prinsip penegasan dalam
membezakan warna latar belakang. Jika aspek tipografi ini diabaikan, maka media
pengajaran yang ditunjukkan kepada murid-murid ini tidak dapat ditunjukkan secara jelas
kepada murid-murid (Noriata A. Rashid et al, 2012). Hal ini kerana, fokus utama murid untuk
membaca melalui muka taip yang ditulis akan terbatas kerana kegagalan pemilihan muka taip
ataupun warna yang sesuai.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, rata-rata responden menunjukkan respon dan tindak balas yang positif
dengan media pengajaran yang dicipta. Buktinya, responden telah menilai hampir kesemua
soalan yang diajukan dengan skor 3 (bersetuju) dan skor 4 (Sangan bersetuju). Hal ini
menunjukkan bahawa media pengajaran yang direka ini telah mencapai objektif sasarannya
utama iaitu membantu dan memumudahkan murid-murid dalam proses PdP di samping melatih
murid untuk menguasai kemahiran teknologi yang terkini. Melalui dapatan kajian yang dijalankan
juga menunjukkan bahawa media pengajaran ini lebih mengangkat kekuatan berbanding
kelemahan yang telah dikenal pasti. Adapun kelemahan yang timbul itu, beberapa langkah akan
diambil segera agar media pengajaran ini dapat digunakan secara holisitik dan efektif oleh guru
mahupun murid-murid pada setiap masa dan di mana jua mereka berada. Akhir kata,
kecanggihan teknologi yang datang ini harus digunakan sebaik mungkin khususnya dalam bidang
pendidikan agar kemudahan yang digunakan ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada
murid-murid sahaja, bahkan kepada masyarakat mahupun negara pada masa akan datang.
RUJUKAN

Amin Molek. (2016). Jenis-jenis media visual. Dipetik pada 15 September 2018 daripada
http://www.edup3053.aminteach.com/2016/06/23/media-visual/

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. (2002). Reka bentuk
perisian multimedia (1st ed.). Skudai: Penerbit Unversity Teknologi Malaysia.

Buckley, W. & Smith, A. . (2008). ). Application of multimedia technologies to enhance distance


learning. Educational of Technology, 2(3), 55-66.

Dinda Savira. (2016). Video dalam multimedia. Dipetik pada 15 September 2018 daripada
https://www.slideshare.net/Dindasaviramaharti/kelompok-13-69846039

Faizah A. Karim, Rafidah Sinone, Juliyana Baharudin & Norashikin Sahadan. (2015). Keperluan
pembelajaran berasaskan multimedia bagi subjek sistem elektronik. Dipetik pada 15
September 2018 daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas
%2010.pdf

Jamalluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong: PTS
Publication & Distributors.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Wan Kamaruddin. (2012). Teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nur Aisyah, Zamri, Afendi & Mohamed Amin. (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian
Multimedia Dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 2(1), 1-16.

Rozinah Jamaluddin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors.
LAMPIRAN
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ....................................................................................................................... 1
1.0 PENDAHULUAN ............................................................................................................. 2
2.0 INSTRUMEN PENILAIAN................................................................................................ 2
3.0 ANALISIS MEDIA DAN SUMBER PENGAJARAN .......................................................... 4
3.1 Visual dalam media dan sumber PdP .......................................................................... 4
3.2 Audio dalam media dan sumber PdP ........................................................................... 5
3.3 Video dalam media dan sumber PdP ........................................................................... 5
3.4 Isi pelajaran dalam media dan sumber PdP ................................................................. 6
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .................................................................................. 8
5.0 KESIMPULAN ................................................................................................................. 8
RUJUKAN .................................................................................................................................10
LAMPIRAN ...............................................................................................................................11