Anda di halaman 1dari 2

Mari lawan di mahkamah, Deepak beritahu

Najib
V Anbalagan
-
October 19, 2018 7:06 PM

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar Datuk Seri Najib Razak
berdepan tuntutan mahkamah yang difailkan terhadap beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah
Mansor, dan bukan cuba membatalkannya.

“Saya ada bukti…dokumen, rakaman audio dan video mencukupi. Jangan lari dan
bersembunyi lagi kali ini,” katanya,” katanya dalam satu pesanan ringkas.

Deepak berkata sebelum ini Najib dan Rosmah memohon untuk membatalkan tuntutannya
supaya mahkamah tidak mendengar kes-kes itu.

Beliau berkata dia akan teruskan dengan 4 lagi tuntutan minggu depan mengenai perjanjian
konsesi yang didakwa dibatalkan atas arahan Rosmah.

Deepak menjawab Najib yang berkata dakwaan Deepak dalam samannya “rekaan semata-
mata, dibuat-buat dan tidak berasas”.

“Mari kita lawan di mahkamah,” kata Deepak.


Terdahulu, Najib Razak dan Rosmah mengarahkan peguam mencabar 2 saman sivil difailkan
Deepak yang mendakwa pasangan itu menyebabkan beliau kehilangan tanah bernilai jutaan
ringgit dan memaksanya mengambil pinjaman sebanyak RM200 juta.

“Dakwaannya terhadap kami tidak logik dan tidak lebih daripada cubaan untuk memfitnah
melalui pemfailan saman sivil ini,” katanya dengan menambah bahawa saman itu akan
dicabar habis-habisan.

Deepak juga menyaman Boustead Holdings Sdn Bhd dan Bakti Wira Sdn Bhd dengan
menuduh 2 syarikat itu campur tangan dalam urus niaga sebuah hartanah di Selangor dengan
mendakwa syarikat miliknya Astacanggih Sdn Bhd mengalami kerugian besar kerananya.

Deepak meminta mahkamah memberi kepadanya kos kerugian sebanyak RM656 juta atau
mengembalikan 2 keping tanah seluas 223 ekar di Kapar kepada beliau.

Dalam satu saman lain, Deepak dan adiknya Rajesh menyaman Najib, Rosmah dan 3 yang
lain sebanyak RM52.6 juta dengan mendakwa mereka berdua dipaksa membuat pinjaman
berjumlah RM198.8 juta daripada Bank Rakyat.

Tiga defendan lain ialah adik Najib, Datuk Ahmad Johari Razak; bekas pengerusi Tabung
Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd
Salleh.

“Saya dan adik saya bertindak sebagai ‘proksi’ Najib dan Rosmah bagi pinjaman yang dibuat
pada 2008 dan mereka berdua sepatutnya membayar pinjaman tersebut bagi pihak kami,”
kata Deepak dalam samannya.

Nama Deepak menjadi terkenal apabila beliau dikaitkan dengan mendiang P


Balasubramaniam, seorang penyiasat bebas yang diupah oleh Abdul Razak Baginda, bekas
pembantu Najib yang didakwa dan kemudiannya dibebaskan pada 2006 dalam kes
pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Anda mungkin juga menyukai