Anda di halaman 1dari 13

1

ABSTRAK

Eksperimen ini adalah mengenai persamaan hagen-poiseuille geseran dalam paip bagi menentukan kelikatan cecair pada suhu bilik. Hubungan di antara jatuh tekanan dan kadar alir cecair dalam tiub boleh ditulis dengan persamaan Hagen-Poiseuille. Teori eksperimen ini adalah tentang persamaan Hagen-Poisueille dan had kegunaannya, regim aliran, jenis cecair dan sebagainya serta penentuan kelikatan dari persamaan ini.

Untuk memulakan eksperimen ini, alirkan cecair menerusi tiub rerambut dan sukat kadar alirannya untuk beberapa nilai jatuh tekanan untuk satu panjang tiub dan sekurang-kurangnya 3 panjang tiub perlu diguna. Panjang dan garis pusat rerambut perlu ditentukan terlebih dahulu. Daripada data yang di dapati, dapatkan kelikatan cecair.

Berdasarkan keputusan ujikaji dan penghitungan yang dilakukan, Keputusan yang diperolehi daripada ujikaji adalah berbeza dengan nilai teori. Ini disebabkan oleh kewujudan ralat semasa ujikaji dijalankan, iaitu ralat paralaks, ralat ukuran masa, ralat ukuran panjang tiub, ralat ukuran jejari, ralat ukuran isipadu, masalah dalam tiub, ujikaji tidak diulang dan sebagainya. Beberapa langkah berjaga-jaga haruslah diambilkira supaya keputusan ujikaji yang didapati adalah lebih jitu dan menghampiri nilai teori.

Secara kesimpulannya, faktor-faktor seperti jejari, panjang tiub, ketinggian dan kelikatan dengan anggapan aliran laminar yang mantap, homogen serta bendalir adalah bendalir Newtonian tiub panjang dengan tiada aliran sempadan mempengaruhi kadar alir cecair. Ujikaji ini boleh dikatakan berjaya walaupun terdapat sedikit perbezaan antara nilai ujikaji dan nilai teori.

2

KANDUNGAN

ABSTRAK

1

KANDUNGAN

2

BAB I

PERNYATAAN MASALAH

3

BAB II

OBJEKTIF

3

BAB III

KEPUTUSAN PENGHASILAN UJIKAJI

4

BAB IV

PERBINCANGAN

7

BAB V

KESIMPULAN

11

RUJUKAN

12

3

OBJEKTIF

Menentukan kelikatan cecair pada suhu bilik dengan menggunakan persamaan Hagen-Poisueille.

Menentukan penerbitan persamaan Hagen-Poisueille.

Mengenalpasti had kegunaan persamaan, regim aliran dan jenis cecair.

PERNYATAAN MASALAH

Kesan kelikatan cecair pada suhu bilik pada regim aliran cecair.

Pengaplikasian persamaan Hagen-Poisueille dalam menentukan kelikatan cecair pada suhu bilik.

Penerbitan persamaan Hagen-Poisueille tidak diketahui.

4

KEPUTUSAN

Ujikaji Persamaan Hagen-Poiseulle

 

Parameter

Larian 1

Larian 2

Larian 3

Ujikaji 2

Paras Awal (cm) Paras Akhir (cm) Isipadu Cecair (ml) Masa Diambil (s) Panjang Tiub (cm) Diameter (cm) Kadar Alir (m 3 s -1 ) Kejatuhan Tekanan (Pa)

49.00

47.00

59.00

(50% Air

47.00

40.00

19.00

+ 50%

14.50

49.50

540.00

gliserol)

60.00

60.00

60.00

24.70

25.10

25.00

0.20

0.30

0.40

2.42 x 10 -7 221. 31

8.25 x 10 -7

9.0 x 10 -6

774.60

4426.27

Ujikaji 3

Paras Awal (cm) Paras Akhir (cm) Isipadu Cecair (ml) Masa Diambil (s) Panjang Tiub (cm) Diameter (cm) Kadar Alir (m 3 s -1 ) Kejatuhan Tekanan (Pa)

39.00

38.50

37.80

(Gliserol)

38.50

37.80

36.80

1.25

4.20

27.50

240.00

240.00

240.00

24.70

25.10

25.00

0.20

0.30

0.49

5.21 x 10 -9

1.75 x 10 -8

1.15 x 10 -7

61.6068

86.2495

123.2136

5

Ketumpatan cecair, ρ (kgm -3 )

1. Air

1000

2. 50% Air + 50% Gliserol

1128

3. Gliserol

1256

Kelikatan cecair, µ (Pa.s)

Ujikaji

Larian 1

Larian 2

Larian 3

2. 50% Air + 50% Gliserol

1.45 x 10 -3

7.44 x 10 -3 3.90 x 10 -2

1.24 x 10 -2 2.69 x 10 -2

3. Gliserol

1.88 x 10 -2

Untuk ujikaji 2 larian 1:

Pengiraan

Kadar alir, Q / m 3 s -1

= isipadu cecair / masa diambil

= 47.00 x 10 -6 / 60.00

= 2.42 x 10 -7 m 3 s -1

Kejatuhan tekanan, P / Pa

= ketumpatan cecair x daya tarikan graviti x perbezaan tinggi

= gh = ( 0.5 x ρ air + 0.5 x ρ gliserol) x 9.81 x 2.00 x 10 -2

= ( 0.5 x 1000 + 0.5 x 1256 ) x 9.81 x = 221.31 Pa

2.00 x 10 -2

6

Untuk ujikaji 3 larian 1:

Kadar alir, Q / m 3 s -1

= isipadu cecair / masa diambil

= 1.25 x 10 -6 / 240.00

= 5.21 x 10 -9 m 3 s -1

Kejatuhan tekanan, P / Pa

= ketumpatan cecair x daya tarikan graviti x perbezaan tinggi

= gh

= 1256 x 9.81 x 0.50 x 10 -2

= ( 0.5 x 1000 + 0.5 x 1256 ) x 9.81 x

= 6160.68 Pa

0.50 x 10 -2

Untuk kelikatan cecair ujikaji 2 larian 1:

Kelikatan Cecair, µ / Pa.s

=

(

P P

0

L

)

8 QL

R

4

= π (221.31) [(0.20 x 10 -2 ) / 2] 4 8 (2.42 x 10 -7 ) (24.7x 10 -2 )

= 1.45 x 10 -3 Pa.s

7

PERBINCANGAN

Kelikatan merupakan satu sifat bendalir yang cenderung untuk menghalang bendalir daripada mengalir apabila sesuatu daya dikenakan ke atas bendalir tersebut. Bendalir dengan kelikatan yang tinggi akan mempunyai kadar pengaliran yang rendah manakala bendalir dengan kelikatan yang rendah akan mempunyai kadar pengaliran yang lebih cepat. Lebih kelikatan atau kurang gelincir menyebabkan suatu bendalir lebih susah untuk mencapai ricihan di antara lapisan (Rajah 1).

Daripada persamaan Hagen-Poiseulle, didapati bahawa diameter tiub rerambut (R 4 ) membawa kesan yang lebih besar daripada kelikatan cecair (1/) terhadap kadar alir cecair. Selain itu, kejatuhan tekanan adalah disebabkan oleh perbezaan ketinggian cecair dalam tangki dengan ketinggian tiub itu. Dalam aliran garis arus, cecair adalah dalam siri tertumpu tak terhingga di mana laminar nipis menggelincir antara satu sama lain seperti profil halaju di bawah. Cecair adalah pegun pada dinding tiub dan halajunya bertambah dalam bentuk parabolik supaya mencapai halaju maksimum di tengah tiub itu. Dalam aliran garis arus tersebut, tekanan diperlukan untuk mengatasi geseran di antara cecair dengan dinding tiub.

Keadaan ini boleh dibuktikan melalui keputusan ujikaji yang diperolehi. Daripada larian 1 ujikaji 2, kelikatan cecair 50% air + 50% gliserol adalah 1.45 x 10 -3 Pa.s dan kadar alirnya adalah 2.42 x 10 -7 cm 3 s -1 . Manakala daripada larian 1 ujikaji 3, kelikatan gliserol adalah 1.88 x 10 -2 Pa.s dan kadar alir gliserol adalah 5.21 x 10 -9 m 3 s -1 .

8

8 Rajah 1  = S h e a r S t r e s s

Rajah 1

= Shear Stress / Strain rate = F / A / V / t

profil halaju cecair dalam tiub

= F / A / V / t profil halaju cecair dalam tiub Daripada jadual keputusan,

Daripada jadual keputusan, didapati kadar alir cecair berubah apabila diameter dan panjang tiub berubah. Semakin luas diameter tiub, semakin cepat kadar alir cecair. Selain itu, semakin panjang ukuran tiub, semakin rendah kadar alir cecair. Manakala untuk kelikatan pula, dipengaruhi oleh kadar alir, ketumpatan cecair, kejatuhan tekanan, diameter dan panjang tiub. Perhubungkaitan ini di bincangkan dalam faktor-faktor yang mempengaruhi kelikatan dan kadar alir.

9

Faktor-faktor yang mempengaruhi kelikatan cecair atau kadar alir:

Tekanan Pertambahan tekanan disebabkan oleh pergerakan relatif molekul memerlukan lebih imbangan tenaga. Oleh itu, kelikatan bendalir meningkat.

yang

Diameter Tiub Daripada ujikaji, didapati bahawa gliserol adalah paling likat diikuti dengan air 50% + gliserol 50%. Daripada data ujikaji, didapati terdapat perkaitan antara diameter dan kelikatan. Walaubagaimanapun, secara teorinya, kelikatan tidak dipengaruhi oleh diameter. Kadar alir cecair bergantung kepada R 4 di mana seretan berkurang dengan pertambahan saiz paip. Ujikaji di atas telah membuktikan bahawa pertambahan diameter paip meningkatkan kadar alir.

Ketumpatan bendalir Bendalir dengan ketumpatan yang lebih banyak akan lebih berat dan memerlukan lebih tenaga untuk mengangkutnya dan seterusnya kesan ricih berkurang. Daripada data larian 1, gliserol dengan ketumpatan yang lebih tinggi (1256 kgm -3 ) mempunyai kadar alir yang rendah, iaitu 5.21 x 10 -9 m 3 s -1 . manakala cecair 50% air + 50% gliserol (ketumpatan 1128 kgm -3 ) menmpunyai kadar alir yang lebih tinggi iaitu 2.42 x 10 -7 m 3 s -1 .

Panjang Tiub Kesan panjang tiub akan menghasilkan seretan yang lebih tinggi dan seterusnya mengurangkan kadar alir cecair. Daripada ujikaji 2 larian 1, panjang tiub 24.70cm akan menghasilkan kadar alir 22.42 x 10 -7 m 3 s -1 manakala larian 3 panjang tiub 25.00cm menghasilkan 9.0 x 10 -6 m 3 s -1 .

10

Analisis Ralat

Nilai teori untuk kelikatan air pada suhu bilik adalah 0.99 x 10 -3 Pa.s dan untuk kelikatan gliserol pada suhu bilik adalah 11.00 x 10 -3 Pa.s. Nilai teori ini berbeza dengan nilai yang diambil daripada ujikaji. Hal ini mungkin disebabkan oleh ralat-ralat yang wujud semasa ujikaji dijalankan.

Kewujudan ralat paralaks apabila mengukur paras awal dan akhir tangki, isipadu cecair, panjang tiub dan diameter tiub akibat daripada kedudukan mata yang kurang sesuai semasa mengambil bacaan.

Masa yang dicatatkan juga kurang jitu disebabkan oleh masa tindak balas bagi setiap orang tidak sama.

Setiap ujikaji hanya dijalankan sekali sahaja untuk setiap jenis tiub. Oleh itu, purata bacaan tidak dapat diambil dan ini menjejaskan keputusan ujikaji.

Cecair yang mengalir keluar ke selinder penyukat sebahagiannya terpancut keluar. Dengan ini menjejaskan bacaan isipadu cecair yang dikumpul dan masa yang diambil.

Beberapa langkah berjaga-jaga haruslah diambilkira supaya ralat-ralat dapat diminimumkan.

Pengukuran paras awal dan akhir tangki, isipadu cecair, panjang tiub dan diameter tiub diambil dengan mata serenjang dengan garis.

Tetapkan orang yang mengambil masa untuk setiap ujikaji supaya ralat yang disebabkan masa tindak balas dapat dikurangkan.

Ujikaji untuk setiap saiz tiub dan cecair yang digunakan diulang untuk memperolehi purata bacaan dan seterusnya mendapat keputusan yang lebih jitu.

Menggunakan saiz bikar atau tangki kecil yang bersesuaian untuk mengumpul air yang keluar. Hal ini dapat mengelakkan pancutan cecair.

11

µ =

(

P P

0

L

)

8 QL

R

4

KESIMPULAN

Persamaan Hagen-Poiseulle di atas menunjukkan bahawa:

Anggapan:

mantap, aliran laminar

homogen, bendalir Newtonian

tiub panjang dengan tiada aliran sempadan

aliran isipadu cecair per saat adalah:

berkadar dengan ketinggian

berkadar dengan kuasa empat jejari (R 4 )

songsang dengan panjang tiub

songsang dengan kelikatan cecair

Secara keseluruhannya, objektif ujikaji telah dicapai iaitu kelikatan cecair pada suhu bilik dapat ditentukan dengan menggunakan persamaan Hagen-Poisueille. Dengan menggunakan persamaan Hagen-Poisueille, hubungan antara kejatuhan tekanan dengan kadar alir cecair dapat dihubungkaitkan.

Daripada ujikaji, nilai kelikatan 50% air + 50% gliserol yang diperoleh tidak berada di antara nilai teori kelikatan air dan gliserol. Hal ini menunjukkan tidak kejituan data yang diperoleh akibat daripada ralat ujikaji. Untuk nilai kelikatan gliserol pula, perbezaan nilai ujikaji dengan nilai teori tidak begitu ketara. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kewujudan ralat-ralat yang mempengaruhi kejituan keputusan ujikaji. Beberapa langkah berjaga-jaga haruslah diambil untuk mengurangkan ralat-ralat yang berlaku.

12

RUJUKAN

Bird, R.B, Stewart, W.E. & Lightfoot E.N. Transport Fenomena, New York, John Wiley, 2002.

Christie John Geankoplis, Transport Processes and Separation Process Principles, 4th edition, University of Minnesota, Prentice Hall, 2000.

James R.Welty, Charles E.Wicks, Roberts E.Wilson, Gregory Rorrer, Fundamentals of Momentum, Heat, and Mass Transfer, 4th edition, Oregon State University, John Wiley & Sons Inc. 2001.

Panduan Amali Pelajar Tahun 2 (Semester 2) Sesi 2013 / 2014, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013

13