Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN KETUA MURID SK PEKAN KENINGAU II

2018

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang saya hormati, Guru Besar SK Pekan Keningau II, Puan Nur Baya Toleng, Penolong Kanan
Pentadbiran En Yusri Wariso, Penolong Kanan KOKUM Pn Zunani Hamzah dan Penolong
Kanan HEM En Samlie Saurin, para guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan yang saya
hormati sekalian.

Selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Saya Mohd Fazli Bin Win selaku Ketua Murid SK Pekan Keningau II tahun 2018 ingin
mengambil kesempatan di hari yang berbahagia ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha keras
mendidik dan membimbing kami agar kami menjadi insan yang berguna pada suatu hari
nanti. Harapan saya kepada rakan-rakan ddan adik-adik sekalian, hormatilah dan dengarlah
nasihat nasihat daripada guru agar kita akan terus Berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan
guru kita dengan menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan
bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum.

Rakan-rakan sekalian.

Sebagai Ketua Murid dan telah menghabiskan 6 tahun menuntut ilmu di SK Pekan Keningau
II yang tercinta ini, saya ingin menyeru kepada adik-adik sekalian agar tingkatkan usaha adik-
adik semua untuk menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kita yang tercinta ini di
peringkat daerah, bahagiaan, negeri dan kebangsaan. SK Pekan Keningau II yang tercinta ini
masih lagi banyak ruang untuk dipertingkatkan prestasinya sama ada dalam bidang
akademik mahupun Ko-kurikulum. Tidak mustahil kita boleh lakukan sekiranya kita semua
meletakkan kepentingan sekolah sebagai tanggungjawab kita bersama.

Akhir sekali, dalam majlis penyerahan watikah perlantikan ini saya menyeru agar kawan-
kawan yang dilantik termasuk saya sendiri untuk berjanji menjalankan tugas yang diberikan
dengan sehabis baik mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. perjuangan tugas
untuk menggalas nama baik sekolah terletak di bahu kita semua. Junjunglah nama baik
sekolah kita. Berusahalah untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah kita.

Khas buat guru-guru,

Terima kasih kerana guru-guru sekalian telah mencoretkan warna-warna hidup kami, kami
para pengawas yang telah dilantik akan berkerja bersama dengan guru-guru dalam
meningkatkan tahap disiplin sekolah kita.

Sekian dan Terima Kasih