Anda di halaman 1dari 2

BIDANG: HADITH

BAB: MENCARI YANG HALAL

1. Tuliskan hadith yang berkaitan dengan bab mencari yang halal beserta terjemahannya.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan
sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut
ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak
mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah
membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam
perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala
yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk
ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan
Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada
seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka
rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

2. Nyatakan maksud halal, haram dan syubhah beserta contoh.

i) Halal: segala sesuatu yang dibenarkan oleh syara’.


contoh: makan daging kambing yang telah disembelih mengikut syara’
ii) Haram: suatu perkara yang dilarang oleh syara’.
contoh: minum arak
iii) Syubhah: perkara yang diragukan sama ada ia halal atau haram
contoh: makanan yang tidak mendapat sijil halal jakim

3. Nyatakan hikmah menjauhi perkara yang haram dan syubhah.

i) Meningkatkan ketaatan kepada Allah


ii) Menjauhkan diri daripada terjerumus kepada perkara haram
iii) Mengelakkan diri syak daripada perasaan dan was-was
iv) Mendapat sumber makanan yang halal lagi baik
v) Dapat melakukan sesuatu perkara yang membawa kebaikan kepada diri
4. Sebutkan 4 ciri-ciri hati yang bersih dan hati yang kotor.

i) Hati yang bersih: 1. rasa tenteram apabila berzikir kepada Allah


2. gementar apabila mengingati Allah
3. belumba-lumba melakukan kebaikan
4. tidak menyimpan hasad dengki

ii) Hati yang kotor: 1. Menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan


2. menyimpan hasad dengki
3. sukar menerima teguran
4. suka mencari kesalahan orang

5. Terangkan 2 pengajaran hadith dan kaitkannya dengan kehidupan anda sebagai seorang
pelajar.

i) Kita mestilah mengelakkan diri kita daripada perkara-perkara haram dan syubhah.
ii) Kita mestilah berhati-hati dalam membuat keputusan yang betul agar tidak
terjerumus kepada perkara yang haram.

 Kehidupan saya sebagai seorang pelajar hendaklah mendapatkan sumber ilmu dan
makanan yang halal kerana ia yang akan menjadi darah daging saya sendiri dan juga
salah satu cara untuk mendapat keredhaan Allah dalam kehidupan agar dipermudahkan
urusan seharian saya dalam menuntut ilmu.