Anda di halaman 1dari 2

1. Tuliskan hadith yang berkaitan dengan ‘bab mencari yang halal’ berserta terjemahannya.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya
perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara
syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang
menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah
dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam
perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada
sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah
seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

2. Nyatakan maksud halal, haram dan syubhah beserta contoh.


Halal adalah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan oleh syarak
Haram adalah suatu perkara yang tidak boleh dilakukan dan dilarang sama sekali oleh syarak.
Syubhah merupakan istilah di dalam Islam yang menyatakan tentang keadaan yang samar
tentang kehalalan atau keharaman dari sesuatu.
3. Nyatakan hikmah menjauhi perkara yang haram dan syubhah
I. Menyelamatkan agama dan kehormatan
II. Dapat mengelakkan daripada terjerumus ke dalam keharaman
III. Menyucikan agama
IV. Mendorong seseorang Muslim ke arah sifat wara’, ianya satu manfaat di dunia dan di
akhirat
V. Merasa tenang jiwanya dan memperolehi kebahagiaan setelah terhasil keyakinan tersebut
dan lenyaplah segala keraguan dan syak wasangkanya.
4. Sebutkan 4 ciri-ciri hati yang bersih dan hati yang kotor
Ciri-ciri Hati yang Bersih :
I. Ikhlaas beribadah kerana Allah SWT
II. Sukar untuk melakukan dosa
III. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
IV. Dapat mengawal perasaan marah
Ciri-ciri Hati yang Kotor :
I. Beribadah kerana ingin menunjuk-nunjuk
II. Selalu mencari kesalahan orang lain
III. Tidak menjaga hati orang lain
IV. Sentiasa berasa gelisah

5. Terangkan 2 pengajaran hadith dan kaitkannya dengan kehidupan anda sebagai seorang
pelajar.
I. Perkara yang haram dan halal itu adalah jelas
II. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya dan ia adalah perkara
syubhat yang mesti dijauhi demi menjaga maruah diri dan keheningan agama