Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS DAN TERAPI BOWLING

Tema
“KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA”

Tarikh
25 OKTOBER 2018

Hari
KHAMIS

Masa
7.00 PAGI HINGGA 11.00 MALAM

Tempat
SMK SELAYANG BHARU, 99 WONDERLAND PARK DAN SELAYANG
MALL, SELAYANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Anjuran
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (INTERGRASI)
SMK (F) SG KOYAN
1.0 PENGENALAN

Murid Program Integrasi Pendidikan Khas (PPKI) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti
Sindrom Down, Lewat Perkembangan, Slow Learner, Autisme, Hiperaktif dan lain-lain masalah.
Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan
keupayaan serta kebolehan murid PPKI. Selaras dengan visi sekolah untuk memberikan pendidikan
bertaraf dunia sepanjang hayat, unit PPKI SMK ( F) Sg Koyan telah merancang satu aktiviti lawatan
penanda aras dan terapi bowling. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti pembelajaran luar bilik darjah
yang dirancang bagi membantu meningkatkan perkembangan emosi dan pemikiran murid dalam
proses pembelajarannya termasuk tenaga pengajar bersama pembantu pengurusan murid.

2.0 RASIONAL

Projek ini dilaksanakan sebagai salah satu program riadah pendidikan kepada murid PPKI. Selain
daripada bersifat melatih dan mendidik murid, program ini juga dilihat boleh meningkatkan
pengetahuan sedia ada murid berkaitan dunia luar. Diharapkan dengan pelaksanaannya murid-murid
PPKI akan mendapat manafaat yang maksimum sekaligus mencapai objektif program ini. Pengisian
ini akan dapat mengesan dan melahirkan insan yang bersemangat tinggi, bertanggungjawab,
bekerjasama, inovatif, penyayang dan menghargai alam sekitar.

3.0 MATLAMAT

3.1. Mengembangkan aspek-aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani.


3.2. Memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk
melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
3.3. Memperkembangkan dan memperkukuhkan nilai-nilai murni melalui interaksi sihat.
3.4. Mewujudkan kesedaran, kolaborasi dan keperihatinan antara pelbagai displin
terhadap pelajar-pelajar berkeperluan khas.
3.5. Mendedahkan guru-guru dan pembantu pengurusan murid ke arah meningkatkan
profesionalisme masing-masing.
4.0 OBJEKTIF

4.1. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam
persekitaran.
4.2. Mendidik pelajar-pelajar berkeperluan khas hidup berdikari, bersaing secara sihat
dengan rakan sebaya dan masyarakat.
4.3. Mempraktikkan kemahiran sedia ada peserta dalam melaksanakan sesuatu aktiviti,
4.4. Memupuk nilai-nilai kemasyarakatan dalam diri peserta.
4.5. Memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mendekati dan mengenali pelajar-
pelajar berkeperluan khas.
4.6. Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan masyarakat.
4.7. Mewujudkan perkongsian ilmiah antara guru danpembantu pengurusan murid.

5.0 SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini terdiri daripada murid, guru dan PPM SMK (F) Sungai Koyan:
5.1. 15 orang pelajar PPKI
5.2. 2 orang guru
5.3. 1 orang PPM

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

6.1. 25 Oktober 2018

7.0 SUMBER KEWANGAN


7.1. PCG PPKI

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Nama Aktiviti Butiran Anggaran


1. Sewa pengangkutan
 Van RM 660.00
2. Makanan & Minuman
 Sarapan pagi RM 3.00 X 15 orang RM 45.00
 Makan tengahari RM 6.00 X 15orang RM 90.00
 Minum petang RM 3.00 X 15 orang RM 45.00
3. Bayaran tiket/masuk
 99 Wonderland Park RM 10.00 X 15 orang RM 150.00
 Tenpin boling RM 9.00 X 15 orang RM 135.00

JUMLAH RM 1125.00

9.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : En. Rosdin bin Rahmat (Pengetua)


Naib Pengerusi : Pn Siti Ahsah bt Ali (Penolong Kanan Pentadbiran)
: En. Tuan Rahim b Tuan Yusof (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
: Cik Hajah Sutinah bt Makminin (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Aktiviti : En. Mohd Arfandi Zaini b Mohd Zain (Penyelaras Pendidikan Khas)
Setiausaha : Pn. Tg Norazuraini bt Tg Ahmad
Bendahari : Cik Nor Izzati Husna bt Mohamad
10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras projek : En. Mohd Arfandi Zaini b Mohd Zain (Penyelaras Pendidikan Khas)
Pengangkutan : Cik Nor Izzati Husna bt Mohamad
Pengurus Peserta : Pn. Tg Norazuraini bt Tg Ahmad
Alatan : En. Mohd Arfandi Zaini b Mohd Zain
Makanan : Pn. Tg Norazuraini bt Tg Ahmad
Laporan Kewangan : Cik Nor Izzati Husna bt Mohamad
Laporan Aktiviti : Pn. Tg Norazuraini bt Tg. Ahmad
Kawalan Murid : Pn Nurul Diyana bt Wahid

11.0 TENTATIF

Tarikh Masa Tempat dilawati

25 Oktober 2018 7.30 pagi Berkumpul dan sarapan pagi di sekolah.

8.00 pagi Bertolak ke SMK Selayang Bharu,


Selayang.

11.00 pagi Lawatan Penanda Aras di SMK Selayang


Bharu, Selayang.

1.00 tengahari Solat dan makan tengahari

2.00 petang Galeri Dinasour di 99 Wonderland Park,


Selayang

4.00 petang Terapi Bowling di Wangsa Bowl, Selayang


Mall

5.00 petang Minum petang

6.00 petang Bertolak pulang ke sekolah.

9.00 malam Tiba di sekolah dan pulang ke rumah.


12.0. PENUTUP

Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai
objektif. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan projek ini amatlah
dialukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih. Justeru, adalah menjadi harapan agar
program ini akan dapat mengurangkan impak kecacatan serta kekurangan yang dihadapi oleh
individu OKU tersebut kerana “KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN
BERSAMA” .

Disediakan oleh : Disemak oleh,

........................................ ..................................
(PN. TG NORAZURAINI BT TG AHMAD) (MOHD ARFANDI ZAINI B MOHD ZAIN)
Setiausaha Program Lawatan, Penyelaras Program Lawatan,
PPKI, SMK (F) SG KOYAN PPKI, SMK (F) SG KOYAN

Disahkan oleh :

........................................
(EN. ROSDIN BIN RAHMAT)
PENGETUA,
SMK (F) SG Koyan