Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (F) SUNGAI KOYAN

27650 RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA

PROGRAM
KEMPEN BULAN KEMERDEKAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK (F) SG KOYAN
TAHUN 2017

TARIKH:
1– 25 OGOS 2017

TEMPAT:
SMK(F) SG KOYAN

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK (F) SG KOYAN
27650,RAUB, PAHANG
1.0 PENGENALAN

Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat
penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda
yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan
mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama
kerajaan mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat patriotisme yang tinggi tidak
terkecuali pelajar pendidikan khas
Apa yang penting untuk membentuk semangat cintakan negara adalah melalui
program yang dianjurkan sekolah seperti mewarna poster berunsur patriotik, melafaz ikrar
Rukunegara, menghias kek kemerdekaan, dan membuat buku skrap kemerdekaan. Program
sebegini dapat menyedarkan pelajar pendidikan khas dalam usaha mencapai kemerdekaan
bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh yang demikian, Program Kempen Bulan Kemerdekaan
ini dianjurkan bagi mendidik hati pelajar-pelajar pendidikan khas agar mampu membina jati
diri yang positif serta mempamerkan semangat cintakan negara. Hal ini adalah kunci kepada
melahirkan pelajar pendidikan khas yang berwawasan dunia dan akhirat.

2.0 MATLAMAT
Sambutan Bulan Kemerdekaan dapat melahirkan dan mempertingkatkan semangat
patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar pendidikan khas SMK (F) Sg Koyan.

3.0 OBJEKTIF
Melalui program ini, pelajar pendidikan khas akan dapat:
i. Menyemai semangat 1 Malaysia
ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara
iii. Memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan kemerdekaan yang
dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin
4.0 CADANGAN TARIKH
1- 25 Ogos 2017

5.0 TEMPAT
SMK (F) Sg Koyan

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar pendidikan khas SMK (F) Sg Koyan

7.0 AKTIVITI-AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN


Tarikh : 1- 25 Ogos 2017
Tempat : SMK (F) Sg Koyan

Bil Aktiviti Penglibatan Tarikh


1 Pertandingan Buku Skrap Semua pelajar pendidikan khas 1-11 Ogos 2017
Kemerdekaan SMK (F) Sg Koyan
2 Pertandingan Menghias Kek Semua pelajar pendidikan khas 15 Ogos 2017
Kemerdekaan SMK (F) Sg Koyan
3 Pertandingan Lafaz Ikrar Semua pelajar pendidikan khas 17 Ogos 2017
Rukunegara SMK (F) Sg Koyan
4 Pertandingan Mewarna Poster Semua pelajar pendidikan khas 21Ogos 2017
Kemerdekaan SMK (F) Sg Koyan
5 Pertandingan Kuiz Semua pelajar pendidikan khas 23 Ogos 2017
Kemerdekaan SMK (F) Sg Koyan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

a) Sumber kewangan

1. Pcg Pendidikan Khas : RM 500.00

JUMLAH : RM500.00

b) Anggaran Perbelanjaan Hadiah:

1. Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan : RM 100.00

Tempat Pertama : RM 40.00


Tempat Kedua : RM 25.00
Tempat Ketiga : RM 15.00
Tempat Keempat : RM 10.00
Tempat Kelima : RM 10.00
2. Pertandingan Menghias Kek : RM 100.00

Tempat Pertama : RM 40.00


Tempat Kedua : RM 25.00
Tempat Ketiga : RM 15.00
Tempat Keempat : RM 10.00
Tempat Kelima : RM 10.00

3. Pertandingan Lafaz Ikrar Rukunegara : RM 100.00

Tempat Pertama : RM 40.00


Tempat Kedua : RM 25.00
Tempat Ketiga : RM 15.00
Tempat Keempat : RM 10.00
Tempat Kelima : RM 10.00

4. Mewarna Poster Kemerdekaan : RM 100.00

Tempat Pertama : RM 40.00


Tempat Kedua : RM 25.00
Tempat Ketiga : RM 15.00
Tempat Keempat : RM 10.00
Tempat Kelima : RM 10.00

5.Pertandingan Kuiz Kemerdekaan : RM 100.00

Tempat Pertama : RM 40.00


Tempat Kedua : RM 25.00
Tempat Ketiga : RM 15.00
Tempat Keempat : RM 10.00
Tempat Kelima : RM 10.00

JUMLAH : RM 500.00

10.1 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada
pihak tuan.
11.0 PENGESAHAN

Disediakan oleh,

__________________________
(TG NORAZURAINI BT TG AHMAD)
Setiausaha Program Bulan Kemerdekaan Pendidikan Khas
SMK (F) Sg Koyan,
27650, Raub

Disemak oleh,

__________________________
(MOHD ARFANDI ZAINI B MOHD ZAIN)
Penyelaras Pendidikan Khas,
SMK (F) Sg Koyan,
27650, Raub

Diluluskan oleh,

_________________________
(EN ROSDIN B RAHMAT)
Pengetua,
SMK (F) Sg Koyan,
27650, Raub,
Pahang.