Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROJEK KEUSAHAWANAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI SMK ( F ) SG KOYAN TAHUN 2017

1. PENGENALAN

Projek keusahawanan Program Pendidikan merupakan acara yang diadakan buat julung kalinya.
Penyertaan pelajar Pendidikan Khas secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar
sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada
pelajar. Sehubungan dengan itu, Program Hari Keusahawanan ini telah dirangka bagi mencapai
tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar berkeperluan khas yang berupaya
berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam
menguruskan kehidupan.

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid –murid Pendidikan Khas adalah berbentuk
program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat
sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti
hari keusahawanan. Ia merupakan satu program untuk membantu meningkatkan potensi diri
murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim dan menzahirkan semangat
kekitaan antara warga SMK (F) Sg Koyan terutamanya antara murid berpendidikan khas
dengan murid aliran perdana.

2. RASIONAL

Memberi pendekatan berkaitan dengan kepimpinan, disiplin dan kemahiran pengurusan yang
perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar.
3. OBJEKTIF
i. Membolehkan murid memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran asas
dalam bidang masakan
ii. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan
seharian dengan mengamalkan budaya kerja yang sistematik dan selamat serta
boleh berdikari.
iii. Mendapatkan dana bagi pelbagai aktiviti murid
iv. Melibatkan pelajar dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

4. CADANGAN TARIKH

Hari Selasa setiap minggu (bermula pertengahan bulan Ogos)

5. TEMPAT

Perkarangan Bilik Masak Kelas Pendidikan Khas Darul Salam

6. KUMPULAN SASARAN
Semua Pelajar Program Pendidikan Khas SMK (F) Sg Koyan

7. AKTIVITI JUALAN SEMPENA PROGRAM KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN


KHAS

Tarikh : SETIAP HARI SELASA

Tempat : PERKARANGAN BILIK MASAK PROGRAM PEND KHAS DARUL


SALAM

8. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

a) Sumber kewangan

1. PCG PENDIDIKAN KHAS

b.) Anggaran Perbelanjaan


Bil Item Unit Anggaran Harga (RM)
1. Kuali burger 1 70.00
2. Pisau burger 2 20.00
3. Plastik beg 1 pek 2.50
4. Plastik burger 1 4.80
5. Apron 6 30.00
6. Sarung tangan plastik 1 pek 10.00
7. Daging burger 10 pek (6 keping) 48.00
8. Roti burger 6 pek ( 10 biji ) 15.00
9. Majerin 1 kg 6.20
10. Mayonis 3kg 16.50
11. Sos cili 3.8 kg 10.50
12 . Sayur Timun 1 kg 4.00

JUMLAH RM 237.50

9 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak
tuan.
10 PENGESAHAN

Disediakan oleh,

__________________________
(TG NORAZURAINI BT TG AHMAD)
Setiausaha Program Keusahawanan PPKI
SMK (F) Sg Koyan,
27650,Raub, Pahang

Disemak oleh,

__________________________
(MOHD ARFANDI ZAINI B MOHD ZAIN)
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi,
SMK (F) Sg Koyan,
27650, Raub, Pahang

Diluluskan oleh,

_________________________
(EN ROSDIN B RAHMAT)
Pengetua,
SMK (F) Sg Koyan,
27650, Raub,
Pahang.