Anda di halaman 1dari 5

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral / Tahun 5


Nilai / Tajuk : Bertanggungjawab
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 3.1.1, 3.1.3, 3.1.4
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i) memberikan dan menghuraikan contoh-contoh sikap
bertanggungjawab
ii) menjelaskan perasaan apabila mengamalkan sikap
bertanggungjawab
iii) mengamalkan sikap bertanggungjawab di kelas, sekolah, rumah dan
tempat awam
EMK : i) Kreativiti – menjana idea, mengaplikasi
ii) TMK – Tayangan Video
Bahan Bantu Belajar : Lembaran kerja, gambar dan tayangan video
Penilaian P dan P : Penilaian dilakukan melalui pemerhatian dan lembaran kerja
Strategi Pengajaran:

Langkah Pengajaran Penerapan / Elemen

Set Induksi

i. Guru menayangkan video yang bertajuk “Lighthouse - A Responsibility Project Film” boleh
dicapai pada link http://www.youtube.com/watch?v=huirfCg9jm0
ii. Guru menyoal tentang kelakuan penjaga rumah api sama ada betul atau salah
iii. Murid menyatakan sikap yang dimiliki oleh penjaga rumah api dan penduduk
iv. Guru mengaitkan tindakan penjaga rumah api dan penduduk dengan sikap tanggungjawab

Langkah 1

i. Guru meminta murid-murid di bahagian hadapan kelas merosakkan susunan meja mereka
ii. Meja tersebut dibiarkan berselerak
iii. Guru menyoal murid-murid
a. Apakah yang kamu nampak?
b. Selesakah kamu dengan keadaan ini?
c. Apakah yang perlu dilakukan dalam situasi ini?
d. Apakah perasaan kamu jika menghadapi situasi seperti ini?

Langkah 2

i. Guru memaparkan sekeping gambar (http://bengkuluekspress.com/wp-


content/uploads/2014/08/16.jpg )
ii. Guru meminta murid menyatakan perasaan mereka apabila menghadapi masalah ini.
iii. Murid meluahkan perasaan mereka melalui mimik muka atau lukisan
iv. Murid menunjukkan hasil kerja mereka
v. Guru membincangkan dengan murid tentang hasil kerja mereka.
Langkah 3
i. Murid mencabut undi untuk memilih kad gambar yang menunjukkan lokasi seperti dinding
kotor, telefon awam, tong sampah yang terbalik
(http://1.bp.blogspot.com/_mTmnB8O8urE/TL8N3jkh4lI/AAAAAAAAAhg/ObgjOapKHuQ/s40
0/P1010081.JPG
http://stat.ks.kidsklik.com/statics/files/2012/04/13341934581778858516.jpg )
ii. Murid diminta melakonkan cara bersikap bertanggungjawab di lokasi-lokasi tersebut
iii. Setiap murid diminta tampil ke hadapan kelas untuk berlakon
iv. Selepas berlakon, murid dikehendaki mengulas sikap bertanggungjawab di dalam lakonan
mereka supaya boleh dijadikan amalan seharian.

Aktiviti Penilaian
i. Murid memberi jawapan dan berkongsi pengalaman
iii. Murid diminta menjelaskan perasaan apabila mengamalkan sikap bertanggunjawab
iv. Murid mengaplikasikan nilai bertanggungjawab dalam lakonan

Aktiviti Pemulihan
i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lembaran kerja 1)
ii. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan

Aktiviti Pengayaan
i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lembaran Kerja 2)
ii. Murid menuliskan tindakan yang sepatutnya dilakukan apabila menghadapi situasi yang
diberikan

Penutup
i. Guru merumuskan pdp hari ini dengan menekankan nilai bertanggunjawab
ii. Guru mengukuhkan pelajaran hari ini dengan tayangan video
(http://www.youtube.com/watch?v=vzk77_o6_aA )
Refleksi: i)

ii)

Hasil Nukilan Kumpulan yang Duduk di Belakang


Lembaran Kerja 2

Perlakuan
Bertanggungjawab