Anda di halaman 1dari 13

KELAHIRAN KECEMASAN

NAMA: NORADILLA IZZAWANNY BINTI ABDUL HASAN

NO.KAD PENGENALAN: 980411-12-5526

NO. MATRIK: 2016800298

KOD PROGRAM: EH110

KOD KURSUS: HBU124

NAMA JURULATIH: PUAN NORAZURA MAAROF


ISI KANDUNGAN

 PENGHARGAAN
 PENGENALAN
 ISI DAN HURAIAN
 ORGAN-ORGAN YANG TERLIBAT DALAM PROSES KEHAMILAN
 KELAHIRAN BAYI KECEMASAN (SEBELUM & SELEPAS)
 KESIMPULAN
 RUJUKAN
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa


tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertama sekali,ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
saya,Puan Norazura Maarof kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini . Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhirul kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam proses meyiapkan kerja kursus ini.
PENGENALAN

Bersalin atau kelahiran merupakan suatu proses biasa bagi wanita yang mengandung.
Oleh itu, sebelum tiba kelahiran terdapat tanda- tanda dan gejala awal ditunjukkan sebelum
lahirnya bayi.Terdapat dua jenis kelahiran kecemasan iaitu:

 Bersalin
 Keguguran

Bersalin bermaksud proses kelahiran bayi melalui saluran peranakan berlaku secara
spontan.Ianya bermula dari sakit bersalin sehingga uri dikeluarkan.Masa adalah 2 minggu
sebelum atau 2 minggu selepas masa yang ditetapkan untuk bersalin.Sakit untuk bersalin
mengambil masa 12 hingga 18 jam bagi anak pertama dan anak seterusnya 6 hingga 8
jam.Biasanya usia kandungan antara 38 hingga 40 minggu.

Tanda- tanda

a) Sakit di bahagian belakang terutama bahagian pinggang.


b) Sakit di bahagian abdomen iaitu di sekitar pusat.
c) Sakit berselang seli dengan keredaan. Ini diikuti dengan sakit yang lebih memanjang
berbanding masa keredaannya.
d) Ibu berkeadaan gelisah, cemas dan berpeluh.
e) Peringkat awal keluar lendir berserta dengan sedikit darah dari kemaluan ibu. Ini diikuti
dengan keluar air tuban dengan banyak akibat pecahnya tuban kandungan.
f) Kelihatan kepala bayi menonjol pada bahagian faraj ibu.

Keguguran adalah kehilangan kandungan pada saat janin berusia di bawah 20 minggu.(Bila
lebih maka dianggap sebagai kelahiran premature).Sekitar satu daripada enam kelahiran
berakhir dengan keguguran,sebahagian besar berlaku sebelum minggu ke-16
kehamilan.Satu dari 200 wanita mengalami keguguran berulang,bahkan lebih dari tiga kali.

Faktor penyebab keguguran

a) Penyakit-penyakit seperti SLE,masalah auto imun.antifosfolipid (5 peratus)


b) Pintu rahim yang tidak kuat,servik longgar
c) Struktur rahim yang abnormal
d) Kejadian rahim kelainan pada rahim (fibroid dsb 11 peratus)
e) Kecacatan dari segi genetik ibu
f) Kecacatan kromosom atau genetik (15 peratus)
g) Jangkitan kuman pada organ pelvik akibat dari STD (jangkitan penyakit seksual e.g
sifilis atau torches)(1-4 peratus)
h) Masalah ketidakseimbangan hormon yang dikaitkan dengan corpus luteum.

ORGAN-ORGAN YANG TERLIBAT DALAM PROSES KEHAMILAN

Organ pembiakan wanita


Gamet betina : Ovum

1. Dikenali juga sebagai telur

2. Berbentuk sfera dan mempunyai nukleus yang besar dan sitoplasma

3. Ovum akan dihasilkan oleh ovari dan dilepaskan pada setiap bulan.

4. Ovum adalah sel yang paling besar dalam badan

5. Ovum boleh hidup selama 24 jam (1hari)

Organ pembiakan lelaki


Gamet jantan : Sperma

1. Sperma dihasilkan selepas seorang lelaki mencapai akil baligh.

2. Sperma terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala,leher dan ekor.

3. Bahagian kepala mengandungi nukleus yang berfungsi membawa maklumat


genetik (baka) daripada ayah kepada anak.

4. Bahagian leher pula berfungsi untuk menghasilkan dan membekalkan tenaga


kepada ekor.
5. Bahagian ekor pula membantu sperma untuk bergerak dan berenang.

6. Sperma boleh hidup di luar badan selama 72 jam (3hari).

Proses Persenyawaan & Kehamilan

1. Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio

2. Semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma ke dalam faraj (vagina)

3. Beribu-ribu sperma memasuki uterus melalui serviks dan kemudian terus berenang
memamasuki tiub falopio

4. Di tiub falopio, persenyawaan berlaku apabila hanya satu sahaja sperma dapat
bergabung dengan ovum. Nukleus sperma akan bercantum dengan nukleus ovum
membentuk zigot.

5. Zigot akan berkembang membentuk bebola sel yang dikenali sebagai embrio.

6. Embrio akan bergerak sepanjang tiub falopio hingga ke uterus dan terbenam pada
dinding uterus. Proses ini dikenali sebagai proses penempelan.

7. Embrio akan terus berkembang dan membentuk fetus (janin). Fetus juga akan terus
berkembang sehingga dilahirkan yang panggil sebagai bayi.
KELAHIRAN BAYI KECEMASAN (SEBELUM DAN SELEPAS KELAHIRAN)

Persediaan serta prosedur dalam menyambut kelahiran

Peralatan kelahiran kecemasan :

 Selimut tebal
 Plastik 1.2 meter persegi
 2 kain bersih
 2 tuala
 Tuala wanita (pad)
 Basin
 Sarung getah
 Tali pita 25 cm panjang
 Gunting

Bantuan Kecemasan Di Saat Kelahiran :


a) Tenangkan ibu dan nasihat agar bernafas melalui mulut dan tidak meneran kesakitannya.
b) Bantu ibu membuang air kecil atau air besar sebelum proses kelahiran. Ini akan
memudahkan kelahiran dan mengelakan sebarang komplikasi dan masalah kepada bayi.
c) Sediakan tempat tidur dengan selesa. Lapikkan tilam dengan plastik atau kain getah bagi
mengelakan darah dan air tuban membasahi tilam.
d) Sediakan alatan kelahiran seperti besin berisi air, sabun, pisau atau gunting bersih, tali
pengikat atau benang, lampin dan tuala.
e) Baringkan ibu melentang, bengkokkan kedua-dua kakinya. Buka kelengkapannya.
f) Cuci tangan dan basuh kemaluan ibu bagi tujuan menjaga kebersihan.
g) Setelah saat kelahiran tiba, galakkan ibu meneran sewaktu berlaku pengecutan otot
rahim. Tarik nafas secara dalam dan melepaskannya melalui mulut berulang-ulang kali.
h) Sambut bayi dengan kedua belah tangan. Jangan cuba menarik atau memusingkan
semasa bayi mula menonjol keluar
i) Pastikan tali pusat tidak membelit leher bayi. Uraikan belitan sekiranya berlaku belitan tali
pusat.
j) Cuci badan, mata, dan hidung bayi dengan kapas yang dibasahkan.
k) Angkat bayi dengan memegang kedua belah pergelangan kakinynya agar lendir dapat
keluar dari mulut dan hidungnya.
l) Tepuk bahagian tapak kaki bayi bertujuan memberi ransangan kepadanya. Lakukan
berulang kali sehingga bayi menangis.
m) Sekiranya selepas 3 minit, tiada sebarng tangisan, beri bantuan pernafasan kepada bayi.
n) Selimutkan bayi, ikat tali pusat kira-kira 15 sm dari pusatnya di kedua bahagian. Potong
tali pusat dengan gunting yang suci hama.
o) Cuci kemaluan ibu.
p) Tunggu hingga placenta keluar dan keluarkan secara cermat.
q) Beri urutan di bahagian abdomen ibu bertujuan membantu pengecutan rahim.
r) Pakaikan tuala wanita kepada ibu.
s) Periksa gerakan nadi dan ukur kehilanghan darah.
t) Dapatkan bantuan perubatan sekiranya perlu.

Tahap dalam kelahiran bayi

Kelahiran secara normal (SVD)

Bermaksud proses kelahiran bayi melalui saluran peranakan berlaku secara spontan.Ianya
bermula dari sakit bersalin sehingga uri dikeluarkan.Masa adalah 2 minggu sebelum atau 2
minggu selepas masa yang ditetapkan untuk bersalin.Sakit untuk bersalin mengambil masa
12 hingga 18 jam bagi anak pertama dan anak seterusnya 6 hingga 8 jam.Biasanya usia
kandungan antara 38 hingga 40 minggu.

Normal delivery

Peringkat – peringkat kelahiran hingga bersalin.


Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :
a) Peringkat Pertama
i. Bermula dari permulaan sakit untuk bersalin sehinggalah servik habis terbuka.
ii. Pembukaan serviknya melebihi 10 cm.
iii. Jangka masa kelahiran dianggarkan sekitar 8 hingga 12 jam.

b) Peringkat Kedua
i) Bermula dari pembukaan servik sehinggalah lahirnya bayi. Kebiasaannya jangka masa
yang diambil adalah sekitar 2 jam.

c) Peringkat Ketiga
i. Peringkat bayi telah dilahirkan sehinggalah keluarnya placenta (uri).
ii. Peringkat ini mengambila masa sekitar ½ jam di mana placenta ibu akan keluar dengan
sendirinya.
PERINGKAT PERTAMA (1ST STAGE)

Semasa ini,uterus akan mengembang dan menguncup dan dalam masa yang sama
servik akan menipis dan terbuka secara perlahan-lahan. Ibu akan mengalami rasa
sakit. Contraction semakin kerap dan kuat serta mengambil masa yang lama
sehingga servik habis terbuka. Biasanya masa yang diambil 8 jam sehingga servik
terbuka 4 cm. Servik akan terus membuka sehingga 10 cm dimana masanya 5
hingga 7 jam dan contraction akan terus terjadi. Masa sakit ini tidak bolej melebihi 20
jam bagi anak pertama dan 12 jam bagi mutipara.
Perkara yang perlu dilakukan :
-Beri sokongan emosi agar ibu tenang dan bersedia menghadapi sakit untuk bersalin
-Beri bantuan bagi menyediakan kelengkapan untuk bersalin
-Pakaian ibu perlu dilonggarkan dan selesa mudah untuk penyerapan peluh
-Tanya ibu ada apa yang keluar dari farajnya samada lendir,darah atau air dan apa
warnanya
-Tanya ibu kekerapan sakitnya dalam 10 minit berapa kerap sakitnya
-Panggil bantuan untuk membawa ibu ke hospital.

PERINGKAT KEDUA (2ND STAGE)

Masa bayi dikeluarkan (1 jam).Contraction akan terus berlaku dan masa ini ibu akan
rasa untuk meneran seperti membuang air besar. Proses bermula dengan kepala
bayi. Masa ini ibu digalakkan untuk meneran sehingga kepala bayi keluar diikuti
dengan bahu dan seterusnya badan dan kaki.
Perkara yang perlu dilakukan :
-Beri sokongan emosi supaya bertenang
-Baringkan ibu di tempat yang selamat dan selesa beralaskan plastic dan kain kapas
-Membantu proses kelahiran dengan menyambut kelahiran bayi dan lapkan muka
bayi untuk membuka salur pernafasannya
-Selimutkan bayi dengan kain untuk mengelakkan dari kesejukan dan tempatkan di
tempat yang kering
-Dapatkan bantuan segera

PERINGKAT KETIGA (3RD STAGE)

Masa uri keluar mengambil masa 15-20 min. Darah dan plasenta yang akan keluar.
Perkara yang perlu dilakukan :
-Biarkan proses ini terjadi dengan sendirinya
-Beri sokongan emosi agar ibu tenang
-Tali pusat bayi dibiarkan sehingga mendapat bantuan dari pihak kesihatan.
KESIMPULAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus HBU124 ini dalam
tempoh masa yang ditetapkan . Ketika menjalankan kerja kursus in i,banyak pengetahuan,
pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.Selepas menjalankan Kerja Kursus ini , saya
rasa amat bersyukur sebagai seorang ahli pertolongan cemas kerana pelbagai pengetahuan
yang saya peroleh berkenaan dengan pertolongan cemas lebih-lebih lagi berkenaan tajuk
kerja kursus pada kali ini iaitu “kelahiran kecemasan” .Ketika menjalankan kerja kursus ini,
banyak pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari
tentang perkara yang saya perlu lakukan sekiranya terjadiya situasi kelahiran
kecemasan.Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran
membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi. Di samping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan,
kejujuran,memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa
menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah
membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang
kerja kursus ini.

RUJUKAN

 www.slideshare.net/21haroun/kelahiran-kecemasan
 www.scribd.com/presentation/173782119/KELAHIRAN-KECEMASAN
 androskripsi.wordpress.com/tag/kecemasan-menghadapi-persalinan