Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU PT3 2016

Bersiar-siar di Tanjung Bidara


Singgah makan sepinggan lokan
Awal Bismillah pembuka bicara
Majlis Restu Ilmu kita raikan.

Bismillahirrahmanirrahim..

1. Yang Berusaha TN. HJ. MARZUKI bin YAHAYA


Pengetua SMK Jerai

2. Yang Dihormati EN. RAZAK bin HJ. CHE AHMAD


YDP PIBG SMK Jerai

3. Yang Berusaha EN. ISHAK bin MD. REJAB


Penolong Kanan Pentadbiran

4. Yang Berusaha USTAZ MD ISA bin MD SAMAN


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5. Yang Berusaha PUAN SITI ROKIAH binti ZAKARIA


Penolong Kanan Kokurikulum

6. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

7. AJK PIBG, Guru-guru, para waris dan seterusnya anak-anak pelajar serta calon PT3 yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT, dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Mari kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan
limpah kurnia dan izin Nya jua kita dapat berkumpul di surau As-Solihin pada pagi yang indah
ini bagi meraikan Majlis Restu Ilmu sempena PT3 bagi pelajar SMK Jerai 2016.

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih atas
keprihatinan dan kesudian semua hadirin, untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
Majlis ini diadakan khas buat pelajar-pelajar Tingkatan 3 sebagai tanda sokongan padu pihak
sekolah kepada calon-calon PT3 2016 yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan.
Tanpa melenggahkan masa lagi, saya menjemput dan mempersilakan anakanda, saudari ANIS
SHAFIQAH binti MOHD KHAIRUL dari kelas 3 SEROJA untuk menyampaikan sedikit
bingkisan daripada beliau. Dengan ini, dipersilakan.

***Ucapan***

Bagi meneruskan acara, Majlis dengan segala hormat mempersilakan EN. RAZAK bin HJ.CHE
AHMAD, YDP PIBG SMK Jerai untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

***Ucapan***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EN. RAZAK bin
HJ.CHE AHMAD atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan TN. HJ. MARZUKI BIN YAHAYA , Pengetua
SMK Jerai, bagi menyampaikan ucapan dan kata-kata perangsang buat pelajar semua.
Dipersilakan.

***Ucapan***

Demikian tadi satu pengucapan yang telus, yang membawa mesej dan makna yang kudus
daripada Tuan Pengetua kita.

Buat anak-anak didik sekalian,

Guru-guru amat berharap dan mendoakan, sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh anak-anak didik yang dikasihi sekalian. Semoga apa yang diajarkan oleh para
guru, apa yang dibaca dan dihafal oleh para pelajar semua sampai ke dalam bilik peperiksaan
kelak tanpa ada yang tercicir.

Dalam kesempatan ini, dalam pertemuan yang bermakna ini, marilah kita sama-sama
melapangkan dada saling memaafkan dan merelakan antara guru, para waris serta para pelajar
pada pagi ini. Semoga keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari landasan hidup yang
berjaya. Beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Sekian sahaja majlis restu ilmu kita pada hari ini. Saya sudahi dengan wabillahitaufik
walhidayah wasalamualaikum wbt.