Anda di halaman 1dari 4

i-THINK : PETA PEMIKIRAN vs PROSES BERFIKIR

Seperti yang dijanjikan hari ini baru saya berkesempatan berkongsi 8 elemen PETA
PEMIKIRAN (Thinking Map) dan PROSES BERFIKIR ( Thinking Process) yang terangkum
dalam Program i-THINK.
Sebelum ini para guru kebanyakannya hanya terdedah kepada penggunaan PETA MINDA (
Mind Map) sahaja. Peta Minda tidak diklasifikasikan tujuan dan objektifnya melainkan untuk
meringkaskan nota yang pada kebiasaannya ditulis dalam bentuk ayat.
Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan
objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam
proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan
Peta Pemikiran yang dipilih.

Peta Bulatan digunakan bagi * menjana idea, *mengaitkan pengetahuan sedia ada, *membuat
gambaran awal topik dan *membuat rumusan.
Peta Buih digunakan dalam *menjelaskan sifat sesuatu perkara dan hanya *menggunakan
adjective / kata sifat

Peta Buih Berganda digunakan untuk * membuat perbandingan dari sudut persamaan dan
perbezaan yang wujud bagi dua benda / perkara

Peta Pokok digunakan untuk *membahagikan kepada kategori tertentu, * memberi contoh-
contoh, * membuat sub-topik dan * memberi huraian
Peta Dakap digunakan bagi * menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek.
Ianya * melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja

Peta Alir digunakan dengan tujuan untuk * membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran,
plot, proses sesuatu perkara
Peta Pelbagai Alir digunakan untuk * mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara dan *
menjelaskan kesan sesuatu perkara tersebut

Peta Titi digunakan untuk * mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan
pelbagai perkara, dan * memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.

Diharapkan perkongsian di blog ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan awal kepada
guru dan murid sebelum ia mula dilaksanakan kelak.
Nantikan pula contoh aplikasi PETA PEMIKIRAN yang saya buat dalam mata pelajaran
MATEMATIK bagi tajuk RUANG (Bentuk 3D)