Anda di halaman 1dari 8

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di


sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah
seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka
menghabiskan masa bersama-sama.

Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari


kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan.
Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul
kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab
arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya.

Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka


basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita
tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata
awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,”
kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai


mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi
cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi
bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak
masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya
sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat
sikap sahabatnya itu.

Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab


basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah
baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita
mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti
ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalas itu tidak
menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok
sahajalah,” kata arnab.

KISAH SANG SINGA DAN TIKUS


ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan selamat pagi di ucapkan kepada
para guru , para juri yang adil lagi bijaksana , tuan-tuan dan puan-
puan serta kawan-kawan yang saya kasihi sekalian.

Saya ………………………………………………….. dari Prasekolah SK Agama Sarikei


ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk KISAH SANG
SINGA DAN TIKUS.

Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang.


Lubang itu berada di dalam hutan. Dekat dengan lubang itu,
tinggal seekor Singa yang garang. Semua binatang takut
dengan Singa itu.

Pada suatu hari, di waktu malam, ketika Singa sedang tidur,


tikus itu pun keluar mencari makanan. Tikus berjalan di
dalam gelap. Tikus tidak berapa nampak kerana gelap sangat.
Tiba-tiba, tikus terlanggar sesuatu. Rupa-rupanya tikus
terlanggar Singa.

Singa sangat marah kerana ada yang mengganggu dia tidur.


“Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau.”
Kata sang Singa. Tikus sangat takut.

“Tolong jangan bunuh saya, saya cuma seekor tikus yang


kecil. Tuan tak kenyang pun kalau makan saya. Nanti manalah
tahu kalau tuan perlukan bantuan satu hari nanti saya akan
tolong.” Rayu sang tikus.
“Hahaha… Hahaha… apa yang tikus kecil macam awak ni boleh
tolong saya? Hahaha… Saya adalah raja rimba… kenapa saya
perlu bantuan awak? Tak pe lah, sebab kan awak ni kelakar,
saya lepaskan awak.” Balas Singa sambil ketawa terbahak-
bahak.

Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di


dalam hutan mencari makanan, tiba-tiba dia terdengar suara
Singa mangaum meminta tolong. “Aum, tolong!, tolong!” jerit
singa. Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa.

Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring


perangkap yang di pasang oleh pemburu.
Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus. “Terima kasih
tikus, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka yang
awak boleh tolong saya.” Kata singa.
“Sama-sama.”

Pengajarannya…kita tidak boleh pandang rendah pada orang


lain. Setiap orang ada kekuatan dan ada kelemahan masing-
masing. Singa yang kuat pun tak boleh buka jaring, tapi tikus
yang lemah, boleh melakukannya.
HARIMAU YANG TAMAK

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan


pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah


mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa
mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka
kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu
pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing
membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu
dikabulkan oleh baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja


Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. “Aku
mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada
sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari.
Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau
aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan
lebih kuat daripada Singa.”

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun


pergi mengadap Maharaja Singa.
“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur
Singa. “Apakah kehendak engkau?” Harimau terkejut
mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya
berdebar-debar.

“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata


Harimau tergagap-gagap.
“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.
“Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-
ketar.
“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan
ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini,
engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali,” kata
Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah


cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi
dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. “ Tuanku…
Patik…Patik…”
“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap
binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan
sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta
kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh


hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu
kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah
kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
PENGGEMBALA YANG NAKAL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan selamat pagi di ucapkan


kepada para guru , para juri yang adil lagi bijaksana , tuan-tuan dan
puan- puan serta kawan-kawan yang saya kasihi sekalian.

Saya ………………………………………………….. dari Prasekolah SK Agama Sarikei


ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk PENGGEMBALA
YANG NAKAL.

Di dalam sebuah kampung , tinggal seorang budak yang nakal.


Namanya ialah KUDIN. Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah
ladang biri-biri. Kerja Kudin ialah membawa sekawan biri-biri untuk
meragut rumput pada setiap pagi. Dia akan menunggu biri-biri itu
meragut rumput sehingga petang. Setelah petang, dia akan membawa
biri-biri pulang ke kandangnya.

Pada suatu hari, Kudin membawa biri-biri itu meragut rumput di


pinggir sebuah hutan. Sementara menunggu biri-biri itu meragut
rumput, Kudin berasa sungguh bosan. Tiba-tiba dia mendapat satu
akal.

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”


”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

Jeritan Kudin itu didengari beberapa orang pekerja di kawasan itu.


Mereka bergegas ke tempat di mana biri-biri sedang meragut
rumput. Apabila sampai di sana mereka melihat Kudin sedang
tertawa.
“ Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana ada serigala di
kawasan ini.,” kata Kudin sambil tertawa.
Dia berasa gembira kerana dapat mempermain-mainkan orang
lain.
“Cis, kamu mempermain-mainkan kami!” kata salah seorang
pekerja itu dengan marah.
”Budak ini memang nakal,”kata seorang pekerja yang lain.

Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari arah


hutan. Serigala itu terus menyerang biri-biri. Kudin berasa terkejut
lalu dia menjerit minta tolong.
”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”
”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

Namun begitu, jeritan Kudin tidak di endahkan oleh pekerja-


pekerja di situ. Mereka menyangka Kudin hanya bergurau. Mereka
tidak mahu ditipu oleh budak yang nakal itu lagi. Disebabkan tiada
orang datang menolongnya, beberapa ekor biri-biri yang dijaga oleh
Kudin telah dibaham oleh serigala. Kudin menyesal kerana selalu
mempermain-mainkan orang. Akibatnya dia sendiri yang rugi.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah suka


berbohong kerana dengan berbohong hanya merugikan diri sendiri
dan orang tidak akan percaya dengan kita lagi.
Sekian sahaja cerita saya pada hari ini dan saya sudahi
dengan wabillahitaufikwalhidayah…

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh