Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA KURSUS IKATAN & GAJET

2012

ANJURAN BADAN UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP

06300 KUALA NERANG

ALOR SETAR

KEDAH
RASIONAL

Kursus yang dianjurkan oleh Badan Beruniform ini mempunyai beberapa rasional seperti berikut:
1. Bagi menggalakkan lagi perkembangan potensi dalam kalangan murid – murid secara
mendalam dalam kemahiran ikatan & gajet.

2. Untuk memberi peluang kepada murid – murid berinteraksi sesama rakan dalam menjalankan
aktiviti.

3. Untuk memupuk sahsiah yang baik iaitu sikap yakin diri, bertanggungjawab, berdisiplin,
berani, hormat – menghormati dan bertolak ansur melalui perkembangan jasmani, mental,
moral dan nilai estetika.

4. Untuk menanamkan sikap keyakinan diri, menghargai sesuatu kemahiran untuk diaplikasikan
dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan bertindak secara bijak terutamanya
dalam situasi yang mencemaskan.

MATLAMAT
Kursus ikatan & gajet ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan kepada
murid- murid dalam melaksanakan aktiviti dan permasalahan seharian. Di samping itu juga, memberi
peluang kepada murid – murid untuk menenangkan fikiran, berekreasi dan bersama rakan sebaya
dengan penuh ceria dan gembira.
Aktiviti – aktiviti yang dijalankan dapat memahirkan, mengajar dan membentuk murid – murid
berjiwa kental, bersemangat waja dan sanggup menghadapi cabaran ketika menghadapi sebarang
risiko dan kemalangan.

OBJEKTIF
Setelah menjalani kursus ini, murid – murid akan dapat:

1. Mengukuhkan lagi ketahanan mental dan fizikal serta jati diri dalam menghadapi sebarang
permasalahan yang mendatang serta bertindak dengan lebih rasional dalam apa jua keadaan
supaya sesuatu risiko, bahaya dan kemalangan dapat diatasi.

2. Menyedari dan menghargai kepentingan ikatan dan gajet dalam kehidupan seharian.

3. Menjalinkan kemesraan dan nilai – nilai estetika yang baik sesama rakan dan guru serta
masyarakat dalam menjalankan aktiviti luar dan dalam sekolah.
Nama Program : Kursus Gajet dan Ikatan 2012

Anjuran : Badan Unit Beruniform,


SK Padang Terap,
06300 Kuala Nerang,
Alor Setar, Kedah

Tempat : SK Padang Terap

Tarikh : 20 Ogos 2012 ( Sabtu )

Kumpulan Sasaran : Peserta Tahun 5 & 6


TKRS = 30 orang
Tunas Puteri = 30 orang
Pengakap = 30 orang
Puteri Islam = 30 orang
PBSM = 30 orang

Bilangan Murid : 150 orang

Bilangan Guru : 15 orang

AKTIVITI

1. Kursus ini dikendalikan oleh Guru-guru Penasihat TKRS, Tunas Puteri, Pengakap dan
Puteri Islam SK Padang Terap.
2. Aktiviti dijalankan dalam bentuk kumpulan dan ujian individu. Antara aktiviti
yang dirancang adalah seperti :

Taklimat gajet, ikatan, Sesi penerangan dan teori, Aktiviti/ latihan amali.

TAKLIMAT GAJET & IKATAN


1. Diberi oleh Encik Wan Zamri b Zainol Abidin
2. Semua peserta ditempatkan di dalam dewan untuk mendengar taklimat.

SESI PENERANGAN DAN TEORI


1. Diberi oleh Pn. Russitah bt Abdul Kader
2. Peserta di bawah seliaan guru Badan Beruniform masing-masing.

AKTIVITI/ LATIHAN AMALI


1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Peserta menjalankan aktiviti bersama guru mengikut kumpulan masing-masing.

SUMBER KEWANGAN
1. Sumber kewangan adalah menggunakan Peruntukan aktiviti Ko-kurikulum.

MAKAN / MINUM GURU DAN PESERTA


1. Makanan dan minuman akan disediakan oleh kantin sekolah.
2. AJK Makanan bertugas mengikut jadual.
3. Makanan diberi sekali ( pagi )
ANGGARAN PERBELANJAAN

Makanan : RM375.00 ( RM2.50 X 150 peserta )

Bandage/anduh : RM 50.80
Tali nylon & kayu : RM 49.00

JUMLAH : RM474.80

JAWATANKUASA INDUK / JAWATANKUASA PELAKSANA


( sila rujuk lampiran A )

Disediakan oleh : Disemak oleh :

............................................... ...............................................
( EN. WAN ZAMRI B ZAINOL ABIDIN ) ( PUAN KHALIJAH ROMLI )
Penyelaras Unit Beruniform GPK Kokurikulum
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Tn. Hj Mohamed Robi b Md Rejab ( GB SKPT )


Pengerusi : Pn. Khalijah Romli ( GPK Kokurikulum )
Tim. Pengerusi l : En. Mohd Salleh b Aziz ( GPK Pentadbiran )
Tim. Pengerusi ll : Pn. Amizah bt Ahmad ( GPK HEM )
Setiausaha : En. Wan Zamri b Zainol Abidin ( Penyelaras Unit Beruniform )
Bendahari : Pn. Wan Suhana Aliza bt Wan Mohd
Penceramah : Pn. Russitah bt Abdul Kader

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENDAFTARAN
1. Pn. Suzana bt Abd Hamid ( PENGAKAP )
2. Pn. Mas Ayu bt Md Salleh ( PBSM )
3. Pn. Jemaliah bt Kassim ( KADET REMAJA SEKOLAH )
4. Pn. Noezaini bt Azizan ( Tunas Puteri )
5. Pn. Zaiton bt Hassan ( Puteri Islam )

FOTO, DOKUMENTASI DAN SIJIL


1. En. Mohd Fairus b Chutan (K)
2. En. Mohd Shahir b Mohd Kaman

FASILITATOR : TKRS
- En. Mohd Zamzani b Abd Mutalep
- Pn. Jemaliah bt Kassim
- En. Mohd Shahir b Mohd Kaman

Pengakap
- Pn. Russitah bt Abdul Kader
- En. Mohd Fairus b Chutan
- Pn. Suzana bt Abd Hamid

Tunas Puteri
- Pn. Fazilah bt Mansor
- Pn. Norzaini bt Azizan
- Pn. Rosnafiza bt Abu
Puteri Islam
- Pn. Paudzah bt Abd Hamid
- Pn. Zaiton bt Hassan
- Cik Rashida bt Mohd Said

PBSM
- Pn. Noorul Sharmila bt Che Omar
- Pn. Mas Ayu bt Md Salleh
- En. Wan Zamri b Zainol Abidin

MAKANAN
1. Pn. Rosnafiza bt Abu ( K )
2. Cik Rashida bt Mohd Said
3. Pn. Paudzah bt Abd Hamid

PA. SISTEM
1. En. Hazlin b Mos @ Mohsin ( K )
2. En. Wan Zamri b Zainol Abidin

PERSIAPAN TEMPAT
1. En. Zuraidi b Ismail ( K )
2. En. Wan Zamri b Zainol Abidin

Anda mungkin juga menyukai