Anda di halaman 1dari 6

Tajuk : Kesan Kepenggunaan Pendatang Asing Kepada Ekonomi Malaysia

1.0 Pengenalan

Untuk memenuhi aspirasi negara yang hendak meningkat maju menjelang


2020, Malaysia telah berusaha meningkatkan daya kompetitifnya baik dari segi
infrastruktur, keupayaan modal dan kuantiti sumber manusia. Bagi merealisasikan
hasrat tersebut, faktor yang penting semasa memilih pekerja adalah prestasi kerja
pekerja. Berdasarkan kajian statistik yang telah dibuat oleh Mohd. Nahar Mohd.
Arshad ( 2005 ), seramai 80,000 graduan menganggur di seluruh Negara. Isu lain
yang turut diperkatakan termasuklah kebanjiran pekerja asing bagi memenuhi
tenaga kerja negara.

Pendatang asing adalah kedatangan sekelompok manusia atau seseorang


dari sesuatu negara ke negara lain untuk tujuan khusus. Pendatang asing
terbahagikan kepada dua kelompok iaitu pendatang asing yang sah dan pendatang
tanpa izin ( PATI ).

Dengan ini, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk


mengurangkan penggunaan buruh asing seperti menggalakkan sektor – sektor
menggunakan automasi tetapi pelaksanaan projek ini agak lambat kerana
mengautomasikan operasi memerlukan modal yang tinggi. Conyohnya di Jepun,
operator mengendalikan gudang di pelabuhan paling ramai 50 pekerja berbanding
gudang di Malaysia memerlukan antara 400 dan 500 pekerja ( Utusan
Malaysia,2004,Ogos 2 ).

Mengikut pandangan Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi
Khalid, Malaysia menjadi pilihan utama pekerja asing kerana berdasarkan Laporan
Utusan Malaysia, 2004, Malaysia dilihat mesra oleh semua bangsa dan agama.
Selain itu, Malaysia juga dianggap sebagai lombong emas kerana di mana ada gula,
di situ ada semut. Pekerja asing juga sedar bahawa Malaysia memerlukan khidmat
mereka. Mereka menjadi salah satu komponen penting di dalam ekonomi Malaysia.
Di Malaysia, peluang pekerjaan untuk mereka dalam beberapa sektor adalah sangat
banyak kerana ramai rakyat Malaysia menolak pekerjaan seperti buruh kasar,
bekerja di ladang – ladang serta kebun, membina bangunan – bangunan pejabat,
menyembelih binatang, menurap lebuhraya, mengawal kompleks perumahan dan
menjadi pembantu rumah. Kemakmuran dan kestabilan ekonomi di Malaysia juga
salah satu punca hal ini berlaku. Pendatang asing sanggup bekerja untuk jangka
masa yang panjang dan kerja berat berbanding dengan rakyat tempatan yang manja
dan memilih pekerjaan. Hal ini menyebabkan ramai majikan tempatan lebih suka
mengaji mereka kerana gaji mereka lebih rendah, lebih bekerja kuat dan
menunjukkan prestasi kerja yang baik. Dengan mengambil buruh asing, majikan
tidak terbeban membayar caruman KWSP dan malahan tidak perlu menanggung
perbelanjaan kesihatan. Ini kerana mereka tidak mempunyai hak di bawah Akta
Buruh. Sikap majikan ini seperti melepaskan batuk di tangga. Melalui cara ini
majikan tempatan akan mendapatkan lebih banyak untung. Sebaliknya, pekerja
tempatan meminta gaji yang tinggi serta bayaran kebajikan untuk melindungi
mereka. Laporan Human Right News ( 2004 ) menunjukkan pekerja asing
majoritinya menunjukkan prestasi kerja yang baik kerana takut permit mereka
dibehentikan oleh majikan dan dihantar pulang ke negara asal.

Namun demikian kehadiran pekerja asing juga mengundang masalah sosial


terutama jenayah di negara ini. Walaupun begitu, daripada statistik menunjukkan
kadar jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing hanya 4.57 peratus dalam
tahun 2008. Kerajaan tidak mahu pendatang asing menjadi penyumbang utama
kepada kadar jenayah di negara ini. Walaupun kadarnya rendah, rakyat merasa
curiga. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang dan masa kerajaan Malaysia
terbazir dalam usaha mencegah kemasukkan pendatang asing.

Walaupun begitu, permintaan terhadap tenaga asing ini tetap meningkat


kerana peranaan mereka amat penting dalam sektor – sektor tertentu. Meskipun
mereka mendatangkan masalah dan terlibat dalam jenayah yang membimbangkan
masyarakat.

2.0 Permasalahan Kajian

Salah satu usaha Malaysia mengatasi maslah kekurangan tenaga kerja


tempatan adalah dengan mengimport tenaga kerja asing dari negara luar seperti
Indonesia, Filipina, Bangladesh dan sebagainya bagi memenuhi permintaan
perindustrian demi membangunkan ekonomi serta menambahkan pendapatan
negara. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan serta punca penggunaan tenaga
asing terhadap ekonomi negara.

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Di antara objektif


kajian ini adalah seperti berikut :-

3.1 Untuk mengenalpasti kesan jangka panjang dan jangka pendek


penggunaan tenaga asing terhadap ekonomi negara.

3.2 Mengkaji punca kebanjiran pendatang asing dalam pasaran Malaysia.

3.3 Mengkaji persepsi majikan terhadap pengaruh pengambilan pekerja


asing berbanding penduduk tempatan.

4.0 Sorotan Kajian


Malaysia merupakan pengimport buruh asing terbesar di Asia ( Ahmad Kamil
Mohammad , 2007 ). Menurut beliau, lebih kurang 20 peratus daripada tenaga
kerjanya terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya ditempatkan di
dalam bidang pembinaan, ladang kelapa sawit, dan perkhidmatan domestik.
Penghantaran balik pekerja asing ke negara asal pada tahun 2004, telah
mengakibatkan beberapa industri yang terlibat mengalami kerugian besar yang
berjumlah berjuta – juta ringgit.

Kesan kemasukan pekerja asing telah memberikan kesan terhadap


pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, dan kadar upah yang diterima oleh
masyarakat tempatan. Kesan ini berbeza di antara setiap negara. Ia bergantung
kepada campur tangan kerajaan, tanggungjawab Kesatuan Sekerja, pencapaian
tahap pendidikan, dan kemahiran dalam kalangan penduduk tempatan ( Johnson
1980 & Chiswick 1983 ). Kajian Chiswick ( 1983 ), mendapati bahawa kesan
kemasukan buruh asing ke dalamm pasaran buruh Amerika Syarikat yang pada
awalnya tidak menjejaskan kadar upah serta peluang pekerjaan masyarakat
tempatan, namun apabila pekerja asing semakin lama bermukim, menyebabkan
kadar upah dan peluang pekerjaan pekerja tempatan merosot. Keadaan bertambah
teruk apabila semakin ramai pekerja tanpa izin di bawa masuk ke dalam pasaran
buruh negara tersebut. Kedatangan awal pendatang Cuba-Amerika di Selatan
Florida telah memberikan sumbangan besar terhadap pertumbuhan ekonomi di
kawasan tersebut ( Jodge & Moncarzs, 1984 ). Perubahan struktur ekonomi dan
kesannya terhadap kemasukan pekerja asing di Asia juga memperlihatkan keadaan
yangg tidak jauh berbeza dengan peengalaman yang dialami di Amerika Syarikat
dan di Eropah. Permintaan terhadap pekerja asing bertambah dengan cepat akibat
daripada perubahan strukturekonomi di kawasan tersebut, terutamanya di negara
yang berjaya menjadi pengekspot utama keluaran dunia, seperti Jepun dan Korea
Selatan ( Islam, 1987 ). Misalnya di Jepun, import tenaga kerja asing kurang mahir
bermula sejak tahun 1980-an.

Di Malaysia, kemasukan tenaga asing terjadi selepas termeterainya perjanjian


persefahaman antara Malaysia-Indonesia di Medan dalam tahun 1984. Import buruh
asing daripada Indonesia ini adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan tenaga
kerja dalam sektor pertanian khususnya dalam bidang sektor peladangan
kekurangan buruh ini begitu kritikal sehingga menjejaskan pengeluaran sektor
berkenaan. Kajian oleh United Planters Association of Malaysia ( UPAM ),
menemukan bahawa sub-sektor peladangan getah dan kelapa sawit mengalami
kerugian sebanyak RM 370 juta antara tahun 1980 sehingga 1985 sebagai ekoran
daripada kekurangan tenaga pekerja dalam sektor tersebut.

Mengikut Utusan Bernama, Kuala Lumpur 12 Ogos, dalam usaha untuk maju
dan mencapai sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi, timbul persoalan sama
ada Malaysia masih memerlukan ramai buruh asing tidak mahir. Timbalan Presiden
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia , Mohd Jafar Abdul Majid berkata tidak
dinafikan pekerja asing telah menyumbangkan kepada perkembangan ekonomi
negara terutama dalam sektor yang mengalami masalah kekurangan pekerja seperti
peladangan dan pembinaan. Menurut beliau lagi,ekonomi kita dipenuhi dengan
pekerja asing yang tidak mahir atau mempunyai kemahiran yang rendah
menyebabkan ia tidak dapat memberikan sumbangan bermakna kepada aspirasi
Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Selain itu, beliau juga
menyatakan bahawa Malaysia sudah lama bergantung dengan pekerja asing.

Mengikut Laporan ekonomi tahun 2010/2011 mencatat terdapat 8.1 juta


pekerja asing berdaftar di Malaysia dengan 38.2 peratus bekerja dalam sektor
pembuatan, 16 peratus dalam pembinaan dan 14.2 peratus dalam sektor
peladangan. Berdasarkan statistik Jun hingga Disember 2009, 1.9 juta pendatang
asing dicatat sehingga 31 Disember 2009. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk
Wira Seman Abu Yusop berkata, jumlah yang direkodkan berdasarkan statistik
Jabatan Imigresen Malaysia. Daripada jumlah tersebut, warga Indonesia
mencatatkan bilangan yang paling tinggi iaitu 991,940 orang diikuti Bangladesh (
319,020 ), Nepal ( 182,668 ), Myanmar ( 139,731 ) dan India ( 122,382 ). Statistik
yang ditunjukkan adalah pendatang asing yang mempunyai permit ke Malaysia.

Bagaimanapun kebergantungan yang tinggi terhadap buruh asing bukan


hanya dialami di Malaysia, malah turut dihadapi negara – negara yang mempunyai
kadar pertumbuhan tinggi seperti Singapura, Emiriah Arab Bersatu, dan Arab Saudi.
Dr. Awang Azman Awang Pawi merupakan seoran felo penyelidikan di Institut
Pengajian Asia – Timur , Universiti Malaysia Sarawak berkata pertumbuhan ekonomi
yang pesat dalam dua dekad lepas membawa kepada taraf kehidupan yang lebih
tinggi dan menyumbangkan kepada ketiadaan minat penduduk tempatan terhadap
sektor 3D ( kotor, taraf rendah, bahaya ), yang akhirnya diisi pekerja asing yang
tidak mahir. Ulas beliau lagi, negara Malaysia telah menjadi negara yang terlalu
bergantung kepada pekerja asing terutamanya dalam industri perkhidmatan atau
industri 3D. Sebagai contoh, kita terlalu bergantung kepada pembantu rumah dari
Indonesia dan keadaan yang sama turut berlaku di sektor peladangan kita. Ini tidak
banyak menyumbang kepada ekonomi kerana kebanyakan pendapatan yang
diperoleh pekerja asing itu dihantar ke negara mereka sendiri.

Selain itu, ekonomi negara banyak juga didorong oleh sektor pembuatan yang
berorientasikan eksport terutama elektronik. Piore, 1979 menyatakan bahawa sektor
pembuatan merupakan penyebab utama kemasukan pekerja asing ke dalam
pasaran buruh negara. Perubahan ini juga menyebabkan munculnya dualisme
dalam pasaran buruh. Pihak kerajaan yang melihat pekerja asing sebagai sumber
buruh yang murah boleh meningkatkan daya saing ekspot negara telah
menggalakkan pengambilan buruh asing dalam taun 1990-an. Hasilnya, pengilang
tempatan menikmati bekalan tetap buruh asing untuk dua dekad lepas, dan Malaysia
dapat mengekalkan daya saingnya. Beberapa pakar ekonomi berkata ketika liberal
Malaysia mengenai pekerja asing sebelum ini membantu negara mengekalkan daya
saingnya, dasar itu turut menyumbangkan kepada situasi yang memerangkap
negara dalam keadaan pendapatan sederhana.

Menurut Prof Datuk Dr Mohamed Ariff dari Institut Penyelidikan Ekonomi


Malaysia percaya bahawa jika negara membenarkan kebanjiran pekerja asing,
pengilang tempatan terpaksa lebih inovatif bagi meningkatkan produktiviti untuk
mengekalkan daya saing. Kebergantungan terlalu banyak terhadap pekerja asing
boleh membawa kesan yang memudaratkan dan disebabkan itulah kerajaan
mencari jalan untuk mengurangkan kebergantungan kepada mereka.Mohamed Ariff
menyatakan bahawa kebergantungan ini tidak boleh ditamatkan dalam masa satu
hari memandangkan isu penghantaran pulang secara mendadak pekerja asing boleh
memberikan kesan serius terhadap ekonomi terutama dalam sektor pembuatan,
pembinaan dan peladangan. Malah sejak dua tahun lepas, kerajaan sentiasa
berusaha untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga pekerja
kurang mahir seperti terbukti dalam pengurangan secara beransur – ansur jumlah
pekerja asing berdaftar.

Menjelang tahun 2015, kerajaan telah mensasarkan pengurangan jumlah


pekerja asing kepada 1.5 juta orang. Mengikut pandangan para pakar ekonomi,
mereka merasakan apa yang diperlukan oleh negara kini adalah pekerja mahir atau
yang mempunyai kemahiran tinggi, bukannya pekerja asing tidak mahir dan murah.
Tambahan lagi, Persekutuan Persatuan China Malaysia ataupun Huazong berkata
pekerja asing masih diperlukan tetapi apa yang kerajaan perlu lakukan ialah
menyeragamkan penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin oleh pelbagai
agensi penguatkuasaan.

5.0 Hipotesis Kajian

Hipotesis yang diuji di dalam kajian ini, adalah seperti berikut :-

5.1

6.0 Metodologi Kajian

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah

6.1
6.2 Kaedah Pengumpulan Data
a.
b.
c. Sumber Lain
Sumber lain merupakan maklumat lain yang diperoleh daripada
buku rujukkan, majalah, jurnal, keratan akhbar tempatan, laman
web, kertas seminar, tesis – tesis lama dan artikel yang
berkaitan dan difokuskan di Malaysia.

7.0 Analisis Kajian

8.0 Perbincangan Kajian

9.0 Kesimpulan