Anda di halaman 1dari 4

A) Gariskan kata kerja yang terkandung dalam ayat- ayat frasa

kerja di bawah.

1) Semua hadirin bangun sebagai tanda hormat apabila tetamu

kehormat tiba.

2) Permohonannya untuk tinggal di asrama dipertimbangkan

berdasarkan alasan yang diberikan.

3) Amirul mengirimkan sepucuk surat kepada rakannya yang

berada di Kuala Lumpur.

4) Tiang elektrik itu tumbang merentangi jalan raya.

5) Kereta yang dipandu laju itu membelok ke tepi jalan sebelum

terhumban ke dalam gaung yang dalam.

6) Aisyah tercengang apabila namanya dipanggil oleh guru

disiplin.

7) Keris milik Raja Bahrain bertatahkan emas.

8) Daun-daun kering gugur bertaburan di halaman rumah.

9) Haji Mansor bercadang mengusahakan penternakan lembu

daging di kampung

10) Adik sudah pandai bercakap.

11)
b) Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan frasa sendi nama yang sesuai.

1) Baju kurung ibu diperbuat _______________________________ kain kapas yang

bermutu tinggi.

2) Tuk Penghulu mengucapkan penghargaan _________________________

sumbangan yang diberikan oleh penduduk kampung.

3) Pihak pengganas menyembunyikan diri apabila terdengar tembakan

______________________ atas bukit.

4) Ibu mengirimkan sehelai kain _______________________ kakak yang sedang

belajar di universiti.

5) Adik masih bersedih ______________________ kematian kucing

kesayangannya.

6) Rancangan dokumentari di televisyen mengisahkan

__________________________ keindahan terumbu karang di Pulau Sipadan.

7) Harta Encik Harun bertambah ___________________________ setahun

__________________ setahun.

8) Pemantauan burung liar akan diadakan ___________________________

semasa bagi mengatasi masalah penyakit selesema burung.

9) Ayah membelikan hadiah hari jadi __________________________ adik.

10) Kami bercadang ingin mengembara ________________________ menaiki

motosikal ke seluruh Semenanjung Malaysia pada cuti akan datang.


C) Betulkan kesalahan ayat-ayat untuk frasa adjektif di bawah ini.

1) Kami sangat simpati sekali akan kesusahan yang ditanggung oleh warga

emas itu.

___________________________________________________________________________

2) Beliau amat kesal sikap sombong yang ditunjukkan oleh pekerjanya.

3) “Aku cintakan kamu dengan sepenuh hatiku,” kata pelakon lelaki itu

kepada pasangannya.

4) Bangunan masjid ini tertua berbanding dengan masjid lain di negara kita.

5) Persembahan kumpulan muzik itu ialah yang terburuk sekali dalam

pertandingan ini.

6) Kereta buatan negara Jerman ini sangat mahal betul.

7) Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang paling terpanjang sekali di

Asia Tenggara.