Anda di halaman 1dari 12

CADANGAN MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah

1. Kuat kuasa undang-undang


Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang
berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut.Pihak
JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang
mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.
Terkini, di beberapa persimpangan lampu isyarat dipasang CCTV atau/dan kamera AES.
Semua ini bertujuan memantau pengguna-pengguna jalan raya supaya mematuhi
peraturan jalan raya terutamanya bagi mengelakkan pemandu melanggari lampu isyarat
merah!

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran
udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan
Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter


Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan
teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan.
Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak
mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti)


Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi
diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi)
dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria)


Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari
kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif
yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta
hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.
6. Kursus pemanduan berhemah
Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh
tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan
boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah
dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap
keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

7. Kempen Alam Sekitar


Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara, kempen
berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah
menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada
tahun 2012.

8. Kempen Berkongsi Kereta


Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh
menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara
Singapura.
KESAN KESAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Penggunaan sistem pengankutan awam yang canggih telahmengurangkan pencemaran


udara. Walau bagaimanapun, perkembanganpengangkutan banyak menimbulkan
permasalahan alam sekitar seperti:pencemaran, air, udara dan bunyi, hakisan, tanah runtuh,
dan gelongsorantanah dan perubahan landskap.Kenderaan bermotor terutama kenderaan yang
menggunakan petrolberplumbum dan kenderaan diesel menyebabkan pencemaran
udara.Kandungan sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang dilepaskan daripadakenderaan
menjejaskan kualiti udara seperti kejadian jerebu yangmemudaratkan kesihatan manusia.
Pertambahan bilangan kenderaanmenyebabkan pencemaran bunyi yang boleh menggangu
ketenangan dankententeraan penduduk bandar. Kerja-kerja pembinaan
infrastrukturpengangkutan juga menghasilkan bunyi bising. Perkhimatan udara
jugamenghasilkan bunyi bising apabila kapal terbang berlepas dan mendarat.Pembinaan
pelabuhan boleh mengakibatkan pencemaran air berlakuapabila kerja-kerja penambakan laut
dilakukan. Laut menjadi keruh keranatercemar oleh kelodak. Keadaan ini menjejaskan kualiti
dan hidupan air.Perkembangan perkhimatan perkapalan juga meninggalkan kesan
negatifkepada alam sekitar apabila berlaku tumpahan minyak di perairan laut atau
dipelabuhan. Pembuangan sisa dari kapal turut mencemarkan air laut.Pembinaan lebuh raya
telah menyebabkan berlakunya kejadian hakisan,tanah runtuh, dan gelongsoran tanah. Kerja-
kerja meratakan cerun, menarahsusuh bukit dan meneres tebing curam telah menyebabkan
kejadian tanahruntuh kerana struktur tanah yang longgar dan tidak stabil. Air sungai
yangtercemar hasil hakisan air boleh menjejaskan kualiti air dan hidupan akuatik.Pembinaan
jaringan sistem pengangkutan telah mengubah landskap dikawasan sekitarnya. Landskap fizikal
telah bertukar menjadi landskap budaya,contohnya pembinaan teres-teres bukit, terowong,
tanaman bunga dantanaman pokok-pokok tertentu di sepanjang lebuh raya.

Perkembangan pengangkutan telah mempengaruhi alam sekitar.Sistem pengangkutan


membawa banyak kebaikan kepada manusia. Walaubagaimanapun, kita harus menggunakan
pelbagai cara untuk mengurangkankesan negatif perkembangan jaringan pengangkutan
terhadap alam sekitar
KESAN NEGATIF AKIBAT PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP
ALAM SEKITAR

1. Pencemaran Bunyi
Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkanbunyi yang bising dan
mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yangtinggal berhampiran dengan jalan raya
utama dan lebuh raya selalumengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi
merekaakan terganggu.

2. Pencemaran udara
Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkanpencemaran udara.
karbon monoxida yang keluar dari kenderaanmenyebabkan udara tercemar . Ia juga
merosakan kawasan hutan,tasik .

3. Peningkatan suhu bandar


Dengan penebangan hutan suhu bandar agak meningkat .Permukaaan bumi terdedah
kepada pancaran matahari keranaketiadaan tumbuh tumbuhan .Kekurangan sejat
peluhanmenyebabkan udara menjadi panas dan kering .

4. Kemalangan
Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh sikap pemandu basdan teksi yang tidak
berhati-hati apabila memandu. Akibat inginkankeuntungan semata-mata, para pemandu
bas akan memandudengan laju agar cepat sampai di destinasi dan mendapat
ramaipenumpang sehingga mereka memandu dengan tidak berhati-hatidan berhemah
sehingga menyebabkan kemalangan terjadi.

5. Kejadian hakisan dan tanah runtuh.


Perkembangan pengangkutan boleh menggalakkan kejadian hakisandan tanah runtuh di
lereng-lereng bukit. Ini disebabkan oleh prosespemotongan, penarahan, peneresan dan
penebukan bukit untukmembina lebuh raya, terowong, jambatan dan sebagainya.
Proses inimenggangu kestabilan cerun dan cenderung untuk tergelonsor atauruntuh ke
bawah terutama apabila hujan lebat. Kejadian tanah runtuhini banyak berlaku di
sepanjang lebuh raya tara !elatan.
6. Kejadian Tanah Mendap.
Kmungkinan berlakunya kejadian tanah mendap akibat penimbusankawasan lembah
seperti tanah paya untuk membina jalan raya.Kawasan paya ditimbus untuk dijadikan
laluan lebuh raya ataulandasan kapal terbang. Keadaan ini boleh menimbulkan
risikotanah mendap sekiranya berlaku hujan lebat yang berterusan.

7. Menggangu kawasan tadahan air.


Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasantadahan air akibat
daripada pemusnahan hutan semulajadi dankawasan tanah tinggi atau bukit untuk
dibina laluan lebuh raya."ontoh # Pembinaan lebuhraya $imur %arat. &alaupun
kawasanyang terlibat adalah kecil tetapi kawasan hutan yang ber'ungsisebagai storan air
bawah tanah akan terganggu.

8. Kemusnahan ekosistem hutan.


Pembangunan jaringan pengangkutan dan perhubungan telahbanyak merosakkan
kawasan hutan. Contohnya pembinaan KLIA melibatkan kemusnahan kawasan hutan
yang luas. Ini menyebabkankerosakan ekosistem hutan dan paya serta habitat.
Sesetengah spesis kehilangan tempat tinggal dan berhijrah ke tempat lain.

Anda mungkin juga menyukai