Anda di halaman 1dari 6

TeksPengacaraMajlis

MajlisPerasmian Penutupan Kejohanan Bola Jaring 2018

Bil Aturcara Skrip


1 KetibaanTet Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Osman
amuKehorm bin Noor, Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan
at Tunku AnumTunku Abdul Rahman

2 Tgk game Assalamualaikumdansalamsejahtera.


1. Yang Berusaha Encik Osman bin Noor,
Pengetua, Sekolah Menengah KebangsaanTunku
AnumTunku Abdul Rahman
2. Yang Berusaha Encik Wahid Zukni bin Dali,
Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah
KebangsaanTunku AnumTunku Abdul Rahman
3. Yang dihormati, , ahli-ahli jawatan kuasa
pengelola majlis, Pegawai-pegawai teknikal, guru-
guru,Pengurus-pengurus pasukan, Para pengadil,
Jurulatih-jurulatih, para atlit serta hadirin yang
dimuliakan

Izinkan saya menerangkan secara ringkas aturcara


majlis pada pagi yang berbahagia ini.

Majlis akan dimulakan dengan perlawanan akhir bola


jarring bawah 12tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah
Kubang Pasu di antara pasukan __________________
dengan pasukan____________________________.
Seterusnya, majlis akan disambung dengan upacara
penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para
pemenang dan pegawai kejohanan.

Kemuncak majlis ialah perasmian penutupan kejohanan


oleh Yang Berusaha Encik Osman bin Noor, Pengetua,
SekolahMenengahKebangsaanTunkuAnumTunku Abdul
Rahman

Tanpa melengahkan masa, saya dengan sukacitanya


menyerahkan majlis kepada jawatankuasa pengelola
untuk meneruskan acara dengan perlawanan akhir bola
jarring bawah 12tahun diantara pasukan
_____________________dengan
pasukan_____________________.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

-------------perlawanan berlangsung ------------------

Aluan Sebelum meneruskan majlis, diminta semua pasukan


yang bertanding untuk berkumpul dalam barisan
mengikut PKG masing-masing.

Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan
izin serta limpah rahmatNya kita diberikan kekuatan
untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan
Kejohanan Bola Jaring MSSD Kubang Pasu untuk
tahun2015. Semoga majlis ini menjadi bertambah
meriah, penuh cemerlang dan membawa seribu makna
kepada kita semua.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kejohanan Bola Jaring MSSD Kubang Pasu pada tahun
ini telah bermula dari 22hb April 2015 bagi kategori
bawah 15 dan18 bertempat di gelanggang D’FutsalTiti
Gajah. Manakala bagi kategori bawah 12 telah
berlangsung pada 23hb April 2015 di gelanggang
terbuka SMK Tunku AnumTunku Abdul Rahman.

Untukmakluman, objektif kejohanan ini dijalankan


adalah antara lain untuk
i. Mengeratkan silaturrahim antara murid- murid dan
guru-guru di daerahKubangPasu
ii. Melahirkan semangat kesukanan dan memberi
kecergasan fizikal.
iii. Mencungkil bakat dan kebolehan sedia ada serta
melahirkan atlit-atlit muda
iv. Melahirkan murid yang berkebolehan dalam setiap
bidang, bukan hanya bertumpu kepada satu
bidang sahaja
4 Penyampaia Hadirin yang dihormati sekalian,
n hadiah dan
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah
cenderamata
kepada para pemenang.

Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah


mempertemukan 8buah PKG bagi kategori Bawah 12
Tahun.

PKG yang mengambil bahagianialah

1. PKG Tunjang
2. PKG
3. PKG
4. PKG
5. PKG
6. PKG
7. PKGdan
8. PKG

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis


dengan sukacita menjemput Yang BerusahaEncik
Osman bin Noor,Pengetua, Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman diiringi
oleh Yang berusaha Encik Wahid Zukni bin Dali,
Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman untuk
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan
cenderamata kepada para pemenang.
Dimulakan dengan..

Tempat Ketiga Bersama

PKG _____________________________________

PKG _____________________________________

NAIB JOHAN

PKG _______________________________________

JOHAN

PKG ____________________________________

Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang


Berusaha Encik Osman bin Noor, atas penyampaian
hadiah itu tadi

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Adalah


diharapkan bahawa kemenangan ini akan membakar
semangat untuk terus menjulang nama Kubang Pasu di
persada sukan negeri Kedah DarulAman.

6 Penutup Dengan penyampaian hadiah itu tadi, maka majlis


sudah sampai ke penghujungnya.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini
Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok lusa bersua lagi.

Saya mewakili pihak majlis, ingin mengucapkan ribuan


terima kasih kepada :

1. Yang BerusahaEncik Osman bin Noor


2. Yang Berusaha Penolong-PenolongKanan,
3. Pengurus-pengurus pasukan
4. Pegawai-pegawaiteknikal
5. Urusetia
6. Para pengadil
7. Jurulatih-jurulatih
8. Atlit-atlit

Dan seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.

Sehingga berjumpa lagi di lainmasa, majulah sukan


untuk negara.Sekian.