Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN HAL EHWAL AKADEMIK

BILIK – BILIK KHAS

DEWAN MINI 1

BULAN FEBRUARI 2016

DISEDIAKAN OLEH :

MOHAMMAD NAQIUDDIN BIN MOHD BORHAN


PENYELARAS DEWAN MINI 1
SM IMTIAZ ULUL ALBAB, MELAKA
LAPORAN BILIK – BILIK KHAS 2016

DEWAN MINI 1

1. Disiplin dan Keselamatan.

a) Waktu Penggunaan Harian

Pelaksanaan Buku Log Rekod Keluar Masuk masih belum dijalankan pada bulan lalu berikutan
masih berlaku ketidaktetapan pihak yang menggunakan dewan ini sebelum ini. Namun mulai Mac,
setelah segala proses permunian dialankan, pihak penyelaras akan mewujudkan Buku Log Rekod Keluar
Masuk tersebut. Di sebelah pagi setiap hari persekolahan, pelaar akan menggunakan dewan ni pada
pukul 8 – 10 pagi untuk kelas Al – Quran. Di sebelah malam sebelum Isyak pula, pelajar - pelajar
Tingkatan 1 akan menggunakan dewan ini untuk kelas Al – Quran bersama – sama Sheikh Arab. Dengan
pemantauan rapi pada setiap hari sambil dibantu Unit Asrama dan Disiplin, etika dan peraturan
penggunaan dewan ini berjaya dipatuhi. Diharap agar keadaan baik ini diteruskan dari masa ke masa
demi kemudahan bersama.

b) Keselamatan

Laporan keselamatan berkenaan keberadaan pelajar di dalam dewan ini sangat memuaskan.
Pelajar sentiasa diberi peringatan agar mereka menjaga keselamatan diri serta rakan dan terus
melaporkan kepada guru berkenaan sekiranya menghadapi sebarang masalah sepanjang berada di
dalam dewan ini. Mereka juga dilarang untuk bermain – main di dalam dewan ini dan haruslah senyap
sepanjang masa.

c) Larangan Makan & Minum

Pelajar – pelajar yang menggunakan dewan ini di sebelah pagi seringkali dilihat membawa
minuman bertin semasa kelas Al – Quran. Pelajar – pelajar ini telah ditegur dan diambil tindakan oleh
Unit Disiplin. Kini, pelaar – pelajar tidak lagi membawa sebarang makanan dan minuman bagi
memastikan dewan ini sentiasa bersih untuk digunakan di kemudian hari. Pembantu – pembantu guru
dari setiap halaqah juga telah diamanahkan untuk memantau rakan – rakan pelajar sepanjang
menggunakan dewan ini.
KAWASAN SEKITAR DEWAN MINI 1

Anda mungkin juga menyukai