Anda di halaman 1dari 5

2.

MENTAKRIF MASALAH PENYELIDIKAN

2.1 Takrifan masalah penyelidikan dan konsep asasnya

Suatu penyelidikan yang sistematik bermula dengan masalah. Sekiranya masalah


penyelidikan tidak dikenalpasti terlebih dahulu, penyelidikan tersebut tidak akan dapat
dijalankan. Masalah merupakan isu-isu yang wujud dalam literatur, teori atau amalan yang
mewujudkan keperluan pelaksanaan sesuatu penyelidikan Noraini (2013). Masalah
penyelidikan ialah isu pendidikan, kontroversi, atau kebimbangan yang akan mendorong
kepada keperluan melakukan penyelidikan Creswell (2012). Penyelidikan tersebut mestilah
mempunyai usaha untuk menangani masalah yang dihadapi Lodico et. al (2006).

Fraenkel & Wallen (1996) menyatakan masalah penyelidikan adalah merupakan suatu
masalah yang ingin dikaji oleh seorang penyelidik dan boleh berupa sebarang perkara yang
penyelidik dapati kurang memuaskan, perlu ditangani, perlu diubah atau berada dalam
keadaan yang tidak sepatutnya. Penyataan ini disokong oleh Noraini Idris (2013) menyatakan
sesuatu masalah penyelidikan adalah suatu masalah yang ingin dikaji oleh seorang penyelidik
yang menuntut perbincangan, yang perlu diperbetulkan, memerlukan penyelesaian serta
maklumat lanjut yang tepat.

Manakala Mahzan (2005) dan Uma Sekaran (2003) pula berpendapat masalah
penyelidikan ialah sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan
keadaan ideal. Dalam masalah berkenaan wujud jurang antara harapan dan pencapaian,
percanggahan antara dapatan satu penyelidikan dengan satu penyelidikan yang lain dan masih
belum ada penyelesaian kepada isu yang wujud itu.

Noraini Idris (2013), Lodico et.al (2006), dan Fraenkel & Wallen (1996) percaya
bahawasanya masalah penyelidikan adalah masalah yang memerlukan jalan penyelesaian dan
perlu ditangani. Mahzan (2005) dan Uma Sekaran (2000) mencadangkan masalah
penyelidikan tersebut boleh didapati melalui jurang yang ada dan penyelidik haruslah
berusaha mencari penyelesaian untuk menutup jurang tersebut.

Kesimpulannya, masalah penyelidikan ialah masalah yang melibatkan isu yang


kurang memuaskan atau mempunyai kontroversi dan memerlukan penyelesaian serta dapat
memberikan impak kepada kumpulan sasaran. Sekiranya masalah itu tidak ditangani ia
memberi implikasi yang negatif kepada mereka yang terlibat dalam isu tersebut. Masalah
yang tidak memberi sebarang implikasi dan tidak wajar bukanlah masalah penyelidikan.
2.2 Mengenalpasti masalah penyelidikan

Berikut adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan oleh penyelidik dalam proses
mengenal pasti masalah penyelidikan:

i. Konteks bidang yang dikenal pasti sebagai masalah.


ii. Teori dan konsep utama serta idea terkini dalam bidang berkenaan.
iii. Dasar kepada andaian-andaian dalam bidang berkaitan
iv. Punca isu-isu berkaitan diberi kepentingan
v. Aspek yang memerlukan penyelesaian
vi. Latar belakang, perbalahan dan persoalan yang masih belum terjawab, serta isu-isu
signifikan yang perlu diterokai.

Penyelidik harus memberi kepentingan kepada perkara-perkara di atas pada peringkat


pengenalpastian masalah supaya ia dapat memikirkan masalah yang berkaitan secara
analitikal,
iaitu agar penyelidik turut dapat memikirkan penyeleaian yang mungkin bagi masalah
tersebut.

2.3 Prinsip-prinsip pemilihan masalah penyelidikan

Terdapat dua prinsip yang perlu difikirkan oleh seseorang penyelidik apabila ingin
membentuk masalah penyelidikan. Pertama, masalah yang dikaji itu ialah masalah yang jitu
konkrit dan wujud dalam alam semesta Majid (2009) serta memerlukan jalan penyelesaian.
Contohnya, seorang pengetua sekolah ingin mengetahui sama ada sistem mentor membantu
guru baru atau tidak. Kedua, nilai sesuatu masalah samada berfaedah kepada diri atau Negara.
Ia tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.

2.3 Mengenal masalah

Sejauh mana sesuatu penyelidikan yang dicadangkan menepati keperluan


penyelidikan?Aspek-aspek berikut boleh membantu seseorang penyelidik dalam menjawab
perssoalan ini:
a. Penyelidikan dalam bidang ini tidak banyak dijalankan.
b. Terdapat percanggahan dalam dapatan penyelidikan-penyelidikan tertentu terdahulu.
c. Belum ada penyelidikan yang menggunakan sampel atau lokasi yang telah dikenalpasti.

Kriteria yang digunakan dalam penilaian masalah penyelidikan

Mengikut Noraini (2013) terdapat empat kriteria yang boleh digunakan dalam
penilaian. Pertama masalah yang akan diselesaikan dapat menyumbang ilmu pengetahuan.
Kedua masalah yang dikenal pasti boleh dikaji. Ketiga masalah yang dikaji akan mendorong
ke arah pembentukan masalah baru dan penyelidikan yang seterusnya. Keempat, masalah
yang dikaji itu sesuai dengan penyelidik.
Terdapat sebahagian penyelidikan yang tidak perlu dikaji

Perbandingan pencapaian akademik di Tidak perlu dikaji kerana keputusannya


kalangan pelajar sekolah berasrama penuh sudah dapat dibayangkan. Manusia boleh
dan pelajar kelas pemulihan. berfikir logik tanpa buat penyelidikan
kekurangan minat pelajar dalam megikuti
program pengajian luar kampus

2.3 Sumber yang mencetuskan idea memilih masalah kajian

Terdpat 4 sumber utama yang menyumbang kepada sesuatu masalah untuk dikaji:

a. Pengalaman penyelidik atau individu lain yang berkisar kepada kehidupan harian seperti
pengalaman sebagai pendidik.
b. Literatur/penyelidikan lalu- sesuatu dapatan penyelidikan yang mempunyai aspek atau
hal
tertentu yang masih belum disentuh atau ditangani dan penyelidikan baru yang boleh
menjadi
perangsang atau pemangkin kepada satu atau lebih penyelidikan lanjutan.
c. Teori - kekurangan dalam teori-teori yang diguna pakai turut boleh dijadikan suatu
masalah penyelidikan dan juga memandu penyelidikan melalui ramalan yang dibuat yang
membantu kepada pembinaan idea dan penyelidikan baru.
d. Isu-isu praktikal - isu-isu yang memerlukan penyelesaian seperti pemilihan buku teks,
disiplin,
stress dan konsep kendiri guru.
Cresswell, J.W (2012). Planning, Conducting and Evaluating Quantitative dan Qualitative
Research (4th ed.). Boston, MA: Pearson

Fraenkel & Wallen (1996). How to Design and Evaluate Research in Education. New York,
NY: McGraw-Hill.

Lodico, M.G., Spaulding, D.T., & Voegtle, K.H (2006). Methods in Educational Research
from the Theory to Practise. San Fracisco, CA: Jossey-Bass.

Mahzan (2005)

Noraini Idris (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan, (2nd ed). Shah Alam: Mc Graw Hill.

Uma Sekaran (2003). Research methods for business: A skill-building approach (4th ed.).
New York, NY: Wiley

Mohd. Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

PENYELIDIKAN DAN MASALAH PENYELIDIKAN....???


Sesuatu masalah penyelidikan dapat ditentukan dan dibentuk berdasarkan peristiwa-peristiwa
yang berlaku dalam kehidupan seharian. Pelbagai persolan pasti timbul apabila diminta
untuk menyatakan dan seterusnya menulis masalah penyelidikan. Antara persoalan yang
mungkin timbul yang boleh dijadikan panduan oleh penyelidik baru untuk menulis bahagian
'Masalah Penyelidikan' dalam cadangan penyelidikan mereka adalah:
i. Adakah perkara yang dikenalpasti itu wajar dikaji?
ii. Bagaimanakah cara menulis masalah penyelidikan ini supaya pembaca dapat diyakinkan
bahawa perkara itu penting untuk dikaji?
iii. Adakah perkara yang ingin dikaji itu menyumbang kepada pengetahuan baru?
iv. Pernahkan perkara ini dikaji sebelum ini oleh penyelidik lain? Jika ya, apakah aspek
lain berkaitan masalah yang dikenalpasti yang belum disentuh atau diteliti?
v. Adakah perkara yang akan dikaji relevan kepada amalan dalam dunia pendidikan?

Anda mungkin juga menyukai