Anda di halaman 1dari 12

8 Hak Pengguna

1. HAK UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN ASAS.

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin


kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini
termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan
kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.
Keperluan asas bagi pengguna ialah seperti berikut:
 MAKANAN
 Pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang berterusan.
 Pengguna berhak mendapat makanan dengan harga yang berpatutan, berkualiti
dan berkhasiat.
 Timbangan serta sukatan hendaklah bertepatan.
 Pengguna berhak untuk mendapat info mengenai makanan yang dibeli serta
status halal yang diluluskan oleh JAKIM
 TEMPAT TINGGAL
 Pengguna berhak untuk mendapat tempat tinggal yang selamat.
 Antara undang-undang yang melindungi pengguna ialah seperti:
1. Akta Pemaju Perumahan 1966
2. Akta Kontrak 1950

 PAKAIAN
 Pakaian yang berkualiti.
 Info pada label pakaian yang jelas bagi penjagaan pakaian yang betul.

2. HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya
membuat keputusan yang bijak.Pengguna juga berhak mendapatkan maklumat
maklumat yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan yang terkandung dan cara
perniagaan barang atau perkhidmatan.Selain itu, pengguna hendaklah dilindungi
daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan
penyelewengan.

Terdapat akta yang melindungi pengguna iaitu akta perihal dagangan 1972. Akta ini
memberi perlindungan kepada pengguna dari segi amalan perdagangan atau
perniagaan yang tidak sihat. Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan seperti
berikut:
 Melarang penggunaan perihal dagangan palsu ke atas barang-barang,harga dan
perkhidmatan.
 Memberi peruntukan kuasa kepada Menteri untuk menghendaki maklumat-
maklumat yang perlu sebelum barang-barang dibekalkan atau ditawar untuk
dibekalkan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan.
 Peruntukan mengenai kesalahan serta penalti ke atas kesalahan-kesalahan yang
dilakukan serta kuasa-kuasa bertindak berhubung dengan kesalahan-kesalahan
tersebut.
Pengguna berhak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat tentang barang atau
perkhidmatan yang hendak dibeli.
Setiap pengguna berhak mendapat maklumat tentang perkara-perkara berikut:
 Harga barangan yang berpatutan
 Mutu barangan yang terjamin
 Berat dan sukatan barangan tepat.
 Isi kandungan barangan
 Cara menggunakan barangan
Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-
amalan perniagaan yang tidak beretika.
Hak mendapat maklumat yang tepat dan sesuai adalah penting untuk membolehkan
pengguna membuat keputusan yang wajar dan bijak semasa membeli.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada LABEL & IKLAN
 LABEL
 Pengguna bijak mestilah melihat pada label untuk mendapatkan maklumat
seperti:
1. Tarikh luput.
2. Kandungan barangan.
3. Maklumat nutrisi.
4. Berat kandungan.
5. Logo halal yang sah.
 Label yang baik mestilah:
1. Mengandungi maklumat yang tepat
2. Mudah difahami
3. Tidak mengelirukan
4. Maklumat yang disahihkan
 PENGIKLANAN
 Pengguna jangan mudah terpengaruh dengan peniklanan yang:
1. Mengelirukan
2. Gimik promosi

3. HAK UNTUK MENDAPATKAN KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN

Pengguna berhak untuk mendapat perlindungan keselamatan apabila menggunakan


barangan seperti ubat-ubatan,bahan kimia,racun serangga,alatan elektronik ataupun
perkhidmatan.
Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada barangan
serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.
Contoh mendapat keselamatan dari barangan seperti:
 UBAT-UBATAN
 Pastikan pengguna mendapat nasihat daripada Doktor atau Pegawai Kesihatan
terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana ubat.
 Pastikan bilangan serta dosage yang diambil adalah tepat untuk mengelakkan
kesan sampingan.
 Antara undang-undang yang melindungi pengguna adalah seperti:
1. Akta Ubat 1956
2. Akta Pendaftaran Farmasi 1951

 RACUN SERANGGA/BAHAN KIMIA


 Pilihlah makanan (sayur-sayuran atau buah-buahan) yang menggunakan bahan
organik .
 Baca lebel cara penggunaan terlebih dahulu sebelum menggunakan racun
serangga ataupun bahan kimia.
 ALATAN ELEKTRONIK
 Pilih alatan elektronik yang mempunyai kelulusan SIRIM.
 Pilih alatan elektronik yang mudah dikendalikan serta menjimatkan tenaga.
 Pastikan mendapat ‘warannty’ bagi peralatan elektronik yang dibeli.
 Pengguna yang bijak akan memilih alatan elektronik yang mesra alam!.
 Di Malaysia, undang-undang yang melindungi keselamatan pengguna ialah:
a) Akta Makanan 1983
b) Peraturan-peraturan Makanan 1985
c) Akta ELektrik 1949 (Pindaan 1973)
d) Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia 1975 (SIRIM)

4. HAK UNTUK MEMILIH

Sebelum membeli, pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan yang


ditawarkan oleh peniaga.
Pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut:
1. Harga barang itu berpatutan
2. Barang dalam keadaan baik
3. Barang selamat digunakan
4. Barang menepati contoh yang diberi atau diiklankan
Hak untuk memilih adalah penting supaya pengguna tidak terburu-buru dalam
membuat keputusan membeli.
Penjual tidak berhak memaksa dan membuat keputusan bagi pihak pengguna.
Belilah barangan buatan Malaysia!!!!.......

5. HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT

Pengguna berhak menyuarakan pendapat mereka sebagai pengguna melalui badan


atau pergerakan pengguna.

Melalui pergerakan pengguna, segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna
dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Dengan cara ini, hak dan
kepentingan pengguna dapat dijamin secara berkesan.
Pengguna boleh melayari badan-badan berkenaan untuk menyuarakan pendapat
serta membuat aduan. Antaranya adalah:
(* sila klik "link" di bawah untuk ke page berikut)
National Consumer Complaints Centre

NCCC bertujuan menjadi pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna
menyelesaikan masalah dan aduan tersebut. NCCC turut bertindak sebagai
pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan
pertikaian.

E - Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan


(KPDNKK)

Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK


berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna
untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secaraonline.

Biro Pengaduan Awam (BPA)


Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat
aduan terhadap agensi kerajaan.

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)


TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli
yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara
yang lebih mudah, murah dan cepat.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)


Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan
yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air, sila kemukakan
maklumat-maklumat yang diperlukan di laman ini
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu
berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi,
penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

6. HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI

Pengguna berhak mendapat ganti rugi bagi sebarang penyelewengan atas barangan
atau perkhidmatan yang dibeli.
Pengguna boleh menuntut ganti rugi dalam bentuk wang atau penggantian barang
yang dikembalikan.
Sebagai contoh, sekiranya anda membeli makanan dalam tin (contoh ikan sardin)
dan mendapat tarikh guna barang ittu telah luput. Anda boleh mendapatkan ganti
rugi melalui penggantian tin yang baru atau wang dikembalikan kepada anda.
Pengguna berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:
1. barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik (cth; tin kemik)
2. barangan yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh
membahayakan kesihatan
3. mutu barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan
4. barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna

 Akta Berkaitan Dengan Hak Mendapat Ganti Rugi ialah:


 Akta Kontrak,1950- Akta ini menggariskan tanggungjawab semua dalam apa jua
perjanjian..
 Akta Jualan Barangan,1957- Akta ini melindungi pihak yang membuat jual beli
barangan termasuk pengguna dari segi kesesuaian dan jaminan barangan.

7. HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA

Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya menjadi seorang


pengguna yang bijak dan rasional.
Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna boleh mengelakkan
pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.
Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui beberapa cara
iaitu;
1. melalui pendidikan formal di sekolah/Institut Pengajian Tinggi dan juga
pendidikan informal melalui teladan oleh ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling.
2. melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna seperti
CAP dan FOMCA
3. melalui bengkel, seminar dan ceramah yang berkaitan dengan kepenggunaan
4. melalui media massa seperti laman sesawang dan juga laman blog berkenaan
kepenggunaan.
Kelab-kelab Pengguna juga telah diwujudkan di peringkat sekolah sehinggalah ke
peringkat Institut Pengajian Tinggi untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang
pendidikan kepenggunaan

8. HAK UNTUK MENDAPATKAN ALAM SEKITAR YANG SIHAT DAN SELAMAT

 apa yang anda boleh lakukan?


 Kitar Semula.
 Tanam pokok dihalaman rumah.
 Guna kenderaan awam.
 Kurangkan penggunaan alatan elektrik yang melepaskan CFC.
 Pilihlah produk yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam.
 Kurangkan penggunaan beg plastik. Gunakan beg kitar semula!
 Jimatkan penggunaan kertas, untuk urusan berkaitan gunalah aplikasi elektronik
yang mengurangkan penggunaan kertas.