Anda di halaman 1dari 1

Puisi Tambah Tolak Ganda dan

Bahagi
Mari belajar
Ingat pesan pengajar
Usah bersikap kurang ajar
Moga diri menjadi yang terpelajar

Tambah
Pelbagaikan cara untuk berjaya
Usah membazir masa yang ada
Ulangkaji itu lebih bermakna
Yang lemah dapat diperkasa

Tolak
Sifat malas dalam jiwa
Buang hal-hal meleka
Yang membawa kepada lupa
Tidak mengingati fakta

Ganda
Tingkatkan usaha
Perbanyakkan bertanya
Lebihkan amalinya
Kemahiran pasti di dada

Bahagi
Aktiviti direncana
Utamakan yang membina
Pandai memperuntukkan masa
Demi ke puncak jaya

Anda mungkin juga menyukai