Anda di halaman 1dari 14

Sample of good assignment

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM)


FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

Semester MEI 2012

BBPM2203
MARKETING MANAGEMENT II

i
Kandungan Muka Surat

1.0 Pendahuluan 1-2


2.0 Pengenalan Syarikat 2-3
3.0 Empat Keperluan Spesifik Syarikat Terhadap Pembangunan Produk Baru 3
3.1 Desakan Pasaran 4
3.2 Wujudkan Persaingan 4-5
3.3 Tingkatkan Keuntungan Syarikat 5-6
3.4 Kekalkan Pelanggan 6
4.0 Enam Peringkat Dalam Pembangunan Produk Baru 7
4.1 Penjanaan Idea 7
4.2 Pemeriksaan / Saringan Idea 7-8
4.3 Analisis Perniagaan 8
4.4 Pembangunan Produk 8
4.5 Pengujian Pasaran 8-9
4.6 Pengkomersilan 9
5.0 Empat Faktor Kritikal Kejayaan Dalam Pembangunan Produk 9
5.1 Produk Unik dan Berbeza daripada Produk Yang Ditawarkan 9
Dalam Pasaran
5.2 Harga Produk Yang Mampu Dimiliki Oleh Majoriti Pengguna 10
5.3 Pasaran Bagi Jualan Produk dan Kadar Pertumbuhan Adalah Tinggi 11
5.4 Dana Syarikat Yang Mencukupi Bagi Tujuan Pemasaran Yang Berterusan 11-12
6.0 Kesimpulan 12

Rujukan 13

0
1.0 Pendahuluan

Tujuan laporan pemasaran ini dilakukan adalah untuk melihat keadaan pasaran
bagi pembangunan sesuatu produk baru untuk sebuah syarikat pengeluar telefon mudah
alih. Dalam kes ini, pembangunan produk baru adalah merujuk kepada pengenalan telefon
pintar kepada pasaran untuk tahun 2012. Trend untuk pasaran telefon pintar dilihat
semakin berkembang pesat. Mengikut kajian syarikat kaji selidik antarabangsa Nielson,
pemilikan dan penggunaan telefon pintar di kalangan rakyat Malaysia dijangka akan
mengalami kepadatan kritikal pada tahun hadapan. Kajian yang dijalankan menunjukkan
kadar penembusan telefon pintar di Malaysia adalah 27% pada suku pertama 2012. 36%
daripada pemilik telefon pintar di Malaysia terdiri daripada individu yang berumur 25
hingga 34 tahun. 58% daripada pengguna telefon bimbit di Malaysia merancang untuk
membeli telefon baru yang lebih baik dalam masa 6 bulan akan datang. 79% daripada
mereka menginginkan telefon pintar. Kajian juga menunjukkan bahawa sistem operasi
(telefon pintar) Symbian mendahului dengan 34%, Android 28%, diikuti dengan iPhone
dengan 18%, Blackberry 11% dan lain-lain operasi 9%. Oleh yang demikian, secara
umumnya keperluan kepada pembangunan telefon pintar bagi pengeluar telefon mudah
alih masa kini adalah sangat penting bagi mewujudkan persaingan kepada pengeluar
telefon pintar sedia ada dan juga bagi mewujudkan kepelbagaian kepada pasaran telefon
pintar masa kini.
Laporan pemasaran mengenai pembangunan telefon pintar ini akan meliputi latar
belakang syarikat pengeluar telefon mudah alih tempatan yang dipilih iaitu Kumpulan
CSL. Selain itu, empat keperluan spesifik syarikat terhadap pembangunan produk baru
telefon pintar juga akan diperincikan. Laporan ini juga akan membincangkan mengenai
enam peringkat dalam pembangunan produk baru telefon pintar mengikut urutan yang
betul iaitu penjanaan idea, pemeriksaan / saringan idea, analisis perniagaan, pembangunan
produk, pengujian pasaran dan pengkomersilan. Seterusnya, laporan ini juga akan
memperincikan mengenai empat faktor kritikal kejayaan syarikat dalam pembangunan
produk baru tersebut. Keperluan kepada laporan pemasaran ini adalah penting bagi
menentukan kejayaan yang bakal dikecapi oleh syarikat dalam usaha membangunkan
produk baru iaitu telefon pintar bagi pasaran 2012.

1
2.0 Pengenalan Syarikat

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, bagi penyediaan laporan pemasaran ini,
syarikat pengeluar telefon mudah alih yang dipilih ialah Kumpulan CSL atau lebih
dikenali sebagai CSL yang merupakan akronim dari perkataan C – Commitment, S –
Service, L - Loyalty. CSL adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan telah
diasaskan oleh Dato' Dr. Eric Chuah pada tahun 1999. CSL yang menggunakan nama
syarikat berdaftar sebagai SPICE CSL INTERNATIONAL SDN BHD (Company No.
892669-H) beribupejabat di alamat No. 1 Jalan Pengacara U1/48, Temasya Industrial
Park, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Pada mulanya CSL telah dibina oleh Dato' Dr. Eric Chuah hanya sebagai
perniagaan telefon mudah alih yang beliau import dari luar negara dan memasarkannya di
pasaran Malaysia sehinggalah beliau menjadi pengedar untuk telefon mudah alih jenama
Samsung, SAGEM dan Motorola. Akan tetapi beliau kemudian melihat banyak syarikat
pengedar seperti beliau perlahan-lahan menjadi kurang berdaya saing dan akhirnya rugi
dalam perniagaan. Untuk mengelakkan dari mengalami nasib yang sama, beliau
memutuskan pada tahun 2006 untuk menghasilkan jenama sendiri telefon mudah alih
yang berjenama CSL. Produk CSL mereka adalah amat baru kepada pasaran dan tidak
mempunyai pengiktirafan jenama. Maka dengan itu, dalam keseluruhan tahun pertama
jualan, mereka hanya mampu menjual 10,000 unit telefon berbanding dengan 2,000,000
unit jualan telefon berjenama terkemuka yang lain. Setelah menjalankan kajian yang
mendalam terhadap telefon mudah alih di luar negara, akhirnya beliau menghasilkan
beberapa jenis telefon mudah alih yang majoriti merupakan jenis telefon mudah alih yang
pertama seumpamanya di pasaran Malaysia iaitu telefon mudah alih dengan dua kad sim,
kemudahan TV, kualiti bunyi yang tinggi dan ciri-ciri Islamik. Hasilnya, CSL mengalami
kejayaan jualan yang sangat memberangsangkan dalam tahun 2007 sehingga 2010.
Namun, perkembangan pasaran bagi telefon pintar yang semakin menindas
pasaran bagi telefon mudah alih telah memberi galakan kepada Kumpulan CSL untuk
turut menghasilkan telefon pintar jenama sendiri. Sebagai rujukan, telefon mudah alih
yang juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar merupakan
peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara
atau data melalui jaringan stesen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Antara

2
jenama telefon mudah alih yang ada di pasaran ialah CSL, Nokia, Sony Ericsson,
Samsung, Motorola, Alcatel, Sagem, Aifa dan banyak lagi. Telefon pintar yang juga
sebenarnya merupakan telefon mudah alih menambah ciri tersendiri iaitu beroperasi
dengan menggunakan sistem operasi (OS). Antara OS yang terdapat dalam pasaran
telefon pintar ialah iOS, Blackberry OS, Android, Windows Phone 7 dan Symbian.
Dengan adanya OS ini, telefon pintar menjadi lebih interaktif berbanding telefon mudah
alih kerana ia mempunyai ciri pengkomputeran maju yang hampir menyamai komputer
peribadi (PC) serta ciri personal digital assistant (PDA) yang mempermudahkan urusan
seharian pengguna. Antara jenama telefon pintar yang terdapat di pasaran ialah iPhone,
Samsung, Blackberry, HTC, Nokia, LG dan banyak lagi.

3.0 Empat Keperluan Spesifik


Syarikat Terhadap Pembangunan Produk Baru

Setiap perniagaan memerlukan inovasi untuk kekal di hadapan persaingan.


Perniagaan tidak boleh terus menawarkan produk yang sama tidak berubah jika mereka
tidak, keuntungan tidak akan dapat dimaksimumkan dan momentum jualan akan mula
jatuh.

3.1 Desakan Pasaran


Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, pertumbuhan peratusan
pengguna telefon pintar dikalangan pengguna telefon mudah alih semakin
meningkat tahun demi tahun. Berdasarkan statistik oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga tahun 2010, 50% daripada 33.4 juta
pengguna telefon bimbit di Malaysia telah beralih arah dari telefon mudah alih
kepada telefon pintar. Penggunaannya semakin meningkat kerana aplikasi yang
terdapat dalam telefon pintar yang terdapat dalam pasaran banyak membantu

3
pengguna dalam memudahkan urusan seharian. Tinjauan yang dilakukan Utusan
Malaysia ke Plaza Low Yat mendapati kebanyakan kedai utama mahupun booth
kecil yang menjual pelbagai jenama telefon pintar yang sama dapat menjual
sekurang-kurangnya 400 hingga 500 buah telefon dalam sebulan. Hal ini adalah
disebabkan kerana permintaan tinggi oleh pasaran pada ketika ini. Berdasarkan
kepada hukum ekonomi pasaran, semakin tinggi permintaan maka penawaran juga
harus ditingkatkan demi menampung permintaan dalam pasaran. Keperluan dan
kehendak pengguna selalu berubah. Syarikat-syarikat seharusnya bertindak balas
kepada perubahan ini dengan melakukan perubahan kepada produk dan
perkhidmatan mereka. Maka dengan itu, berdasarkan kepada faktor desakan
pasaran inilah, Kumpulan CSL juga harus mencipta sebuah telefon pintar bagi
menampung kadar permintaan pengguna dalam pasaran 2012 ini.

3.2 Wujudkan Persaingan


Dengan adanya tawaran pelbagai jenama dan jenis telefon pintar di pasaran
disamping kepelbagaian fungsinya maka wujud juga persaingan yang sengit
dikalangan pengeluar telefon pintar. Antara pengeluar telefon pintar di dunia yang
menawarkan kepelbagaian fungsi telefon pintar mereka ialah HTC. HTC
mengeluarkan pelbagai jenama dimana setiap jenama telefon pintar yang
dikeluarkan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Berikut merupakan
senarai 16 telefon pintar yang akan menerima kemaskini Android 4.0 ICS yang
dikeluarkan oleh HTC.
DROID Incredible 2 by HTC HTC Sensation XL
HTC Amaze 4G HTC Sensation 4G
HTC Desire S HTC Sensation XE
HTC Desire HD HTC Raider
HTC EVO 3D HTC Rezound
HTC EVO Design 4G HTC Rhyme
HTC Incredible S HTC Thunderbolt
HTC Sensation HTC Vivid

4
Pesaing lain yang turut menyediakan pelbagai pilihan telefon pintar kepada
pengguna ialah Samsung. Berikut merupakan senarai terkini telefon pintar
keluaran Samsung:
Samsung Focus 2 Samsung Rugby Smart
Samsung Galaxy Mini 2 Samsung Galaxy S Blaze 4G
Samsung Galaxy Ace 2 Samsung Galaxy Pocket S5300
Samsung Galaxy S III Samsung I9070 Galaxy S Advance
Samsung Galaxy S Aviator Samsung Galaxy Nexus
Kepelbagaian pilihan yang ditawarkan oleh pengeluar telefon pintar secara
langsung telah mewujudkan persaingan yang kompetitif dikalangan pengeluar
telefon pintar sedia ada. Untuk memastikan CSL terus bermandiri dalam pasaran
telefon mudah alih, CSL perlu mereka sendiri telefon pintar demi memastikan
keberlangsungan CSL sebagai salah sebuah pengeluar telefon yang digemari di
negara ini.
3.3 Tingkatkan Keuntungan Syarikat
Sebagai sebuah pengeluar telefon mudah alih berjenama sendiri yang pertama di
Malaysia, CSL telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai
pihak. Antara anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh CSL ialah:
International Honesty Enterprise Keris Award 2009
Mobile World Best Malaysian Brand 2008/2009/2010
JCI Creative Young Enterprise Award 2009 (Top 10)
MRCA 8TV Entrepreneur Award 2009
Asia Pacific Top Excellence Brand 2010
Dengan adanya anugerah dan pengiktirafan yang diberikan kepada CSL telah
sedikit sebanyak menaikkan nama CSL sebagai salah satu pengeluar telefon
mudah alih yang diiktiraf. CSL berjaya menjual 100,000 unit telefon CSL pada
tahun 2007, 500,000 unit pada 2008 dan 1,000,000 unit pada tahun 2009. Pada
tahun 2010 sahaja, CSL mempunyai 50 model baru dipasaran. Keuntungan yang
diperoleh sepanjang tahun tersebut adalah sangat memberangsangkan. Namun
yang demikian, untuk meningkatkan lebih banyak keuntungan, CSL harus
mengeluarkan barisan telefon pintar yang memenuhi citarasa terkini pengguna
sebagaimana yang telah dihasilkan oleh pengeluar telefon pintar yang lain.

5
Apabila telefon pintar yang bermutu tinggi dan sofistikat dihasilkan dan berjaya
mendapat tempat di hati pengguna, sudah pasti kadar keuntungan syarikat akan
jauh lebih baik.
3.4 Kekalkan Pelanggan
Keperluan kepada pembangunan telefon pintar bagi pasaran 2012 harus dilakukan
oleh CSL sebagai satu langkah untuk syarikat mengekalkan pelanggan sedia ada.
Hal ini adalah disebabkan kerana perubahan pasaran yang telah berubah dari
telefon mudah alih kepada telefon pintar. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis
telefon pintar yang berada di pasaran dengan pelbagai fungsi, maka dengan itu,
untuk mengekalkan momentum pelanggan untuk terus setia bersama CSL,
pembangunan produk baru telefon pintar yang akan dibangunkan oleh CSL harus
menepati citarasa terkini pasaran. Keperluan spesifik syarikat untuk mengekalkan
pelanggan akan memastikan CSL untuk terus kompetitif dalam pasaran telefon
pintar pada pasaran 2012. Selain itu, dalam pemasaran kuasa beli pengguna
menjadi titik tolak jumlah penawaran dan permintaan dalam pasaran. Kuasa
pengguna dalam menentukan trend pasaran sangat penting. Selain itu, ianya turut
berupaya mengekalkan kualiti dan standard produk atau perkhidmatan di pasaran.

4.0 Enam Peringkat Dalam Pembangunan Produk Baru

Setelah mengetahui empat keperluan spesifik syarikat untuk projek pembangunan


produk baru, maka langkah seterusnya yang harus dilakukan oleh syarikat ialah menjalani
enam peringkat dalam pembangunan produk baru syarikat iaitu mencipta telefon pintar
bagi pasaran 2012.
4.1 Penjanaan Idea
Penjanaan idea ialah proses untuk mencari idea sebanyak yang mungkin. Idea
yang pelbagai diperlukan untuk mempelbagaikan idea untuk pembangunan produk
baru ini. Idea boleh didapati daripada sumber dalaman atau sumber luaran
syarikat. Idea biasanya dapat diperoleh dari sumber dalaman syarikat itu sendiri
iaitu idea dikalangan pekerja syarikat. Selain itu, idea dari sumber luaran mungkin
juga boleh didapati daripada pesaing, pelanggan, pengedar atau pembekal. Dalam

6
kes ini, idea paling banyak diperoleh daripada hasil pemerhatian trend peratusan
pembelian yang paling tinggi dikalangan pelanggan atau pengguna telefon pintar.
Dengan memerhati trend pembelian ini, syarikat CSL mampu untuk mendapat
idea awal mengenai apakah bentuk dan ciri-ciri yang akan diketengahkan pada
produk baru telefon pintar mereka. Sebagai contoh, trend penggunaan telefon
pintar yang paling mendapat tempat dikalangan pengguna ialah yang mempunyai
kelebihan dalam teknologi dan kelebaran skrin, kadar kelajuan pemprosesan data,
ciri definisi tinggi kamera dan video, kualiti bunyi, aplikasi lama sosial yang
pelbagai, ruang penyimpanan data yang besar, bateri yang tahan lama dan yang
paling penting ialah sistem operasi yang moden dan digemari ramai iaitu Android.
Dengan menjalankan kajian mendalam mengenai trend penggunaan pengguna,
sudah pasti produk baru telefon pintar CSL akan mendapat sambutan hangat
dikalangan pengguna kelak.
4.2 Pemeriksaan / Saringan Idea
Setelah menjana pelbagai idea, proses seterusnya yang perlu dilakukan oleh CSL
ialah menyaring idea-idea untuk memperoleh idea pembangunan produk yang
lebih baik. Dalam proses ini, idea ditapis untuk mengenal pasti dan memilih idea
yang baik dan menolak idea yang kurang baik atau tidak sesuai.
4.3 Analisis Perniagaan
Dalam proses ini penilaian kepada daya tarikan perniagaan dengan mengkaji
jangkaan jualan, kos pengeluaran dan jangkaan keuntungan untuk menentukan
samada objektif syarikat dapat dipenuhi atau sebaliknya. Jika mereka berbuat
demikian, produk boleh bergerak ke peringkat pembangunan produk. Dalam kes
ini, analisis perniagaan yang dijalankan iaitu jangkaan jualan telefon pintar CSL
akan meningkat tahun demi tahun. Kos pengeluaran dijangka adalah rendah
kerana menggunakan bahan, teknologi dan tenaga pakar tempatan. Manakala,
jangkaan keuntungan adalah baik kerana telefon pintar yang dihasilkan menepati
citarasa pengguna dan juga kerana kos pengeluaran yang rendah.
4.4 Pembangunan Produk
Terdapat empat kategori dalam proses ini iaitu mewujudkan produk baru, membeli
syarikat yang telah mempunyai produk yang berjaya, membuat produk seakan
sama dengan produk yang berjenama dan mambaik pulih produk lama. Dalam kes

7
ini, pembangunan produk telefon pintar yang dilakukan oleh CSL ialah
mewujudkan produk baru. Dalam proses ke empat ini, telefon pintar yang telah
melalui beberapa proses seperti di atas akan dibangunkan menjadi produk secara
fizikal berdasarkan konsep yang telah dikenalpasti kepada model percubaan atau
„prototype‟ yang akan diuji kebolehannya menggunakan pelbagai kaedah
pengujian fungsi dan ujian penggunaan.
4.5 Pengujian Pasaran
Ujian pemasaran ini bermaksud memperkenalkan produk yang dibangunkan
secara terhad atau berperingkat ke dalam pasaran dengan tujuan untuk melihat
reaksi bakal pengguna. Setelah berpuas hati dengan pengurusan prestasi fungsi
dan fizikal, produk baru tersebut akan melalui pula proses penjenamaan dan
pembungkusan sebelum dimasukkan ke dalam ujian pasaran. Kos ujian pemasaran
boleh menjadi besar, dan mengambil masa yang boleh membenarkan pesaing
untuk mendapat kelebihan. Jika pengurusan yakin tentang produk baru, maka
syarikat boleh memilih sama ada untuk melakukan ujian pemasaran atau tidak.
4.6 Pengkomersilan
Proses terakhir dalam pembangunan produk baru ialah pengkomersilan. Pada
peringkat ini, CSL akan melancarkan produk baru mereka iaitu telefon pintar yang
terkini dan bersesuaian dengan pasaran 2012. CSL pada mulanya akan berhadapan
dengan kos yang tinggi kerana pada peringkat ini, CSL akan menguruskan segala
kemudahan pembuatan pada skala yang penuh iaitu membuat pesanan bahan-
bahan dan peralatan untuk pengeluaran produk, memulakan pengeluaran,
mengumpul inventori, menghantar produk ke pusat pengedaran dan melatih
pasukan jualan. CSL dijangka akan membelanjakan berjuta-juta ke atas
pengiklanan, jualan promosi produk baru pada tahun pertama pengeluaran demi
memperkenalkan telefon pintar baru ini kepada pasaran. Beberapa keputusan yang
perlu dibuat oleh CSL sebelum melancarkan produk baru iaitu masa, tempat,
sasaran pasaran dan cara promosi dilakukan.

5.0 Empat Faktor Kritikal Kejayaan Dalam Pembangunan Produk

Faktor-faktor kritikal kejayaan dalam pembangunan produk baru iaitu telefon


pintar bagi Kumpulan CSL menentukan kadar kejayaan syarikat dalam usaha mereka.

8
Berikut merupakan empat faktor kritikal kejayaan syarikat yang dibincangkan dari sudut
produk, pasaran dan kemampuan syarikat CSL sendiri.
5.1 Produk Unik dan Berbeza Daripada Produk Yang Ditawarkan Dalam
Pasaran
Berdasarkan kepada kajian awal yang telah dijalankan oleh kumpulan kajian dan
pembangunan (R&D) CSL, telefon pintar yang dihasilkan adalah menggunakan
sistem pemprosesan (OS) Android yang terkini dalam pasaran iaitu “Android 4.0
(Ice Cream Sandwich)”. Android dipilih sebagai sistem pemprosesan telefon
pintar baru CSL kerana sifatnya yang mudah untuk digunakan oleh pengguna
berbanding dengan sistem pemprosesan yang lain seperti Windows Phone 7 dan
Symbian. Selain itu, faktor hak milik bagi sistem pemprosesan iOS dan
Blackberry OS menghalang CSL untuk menggunakannya walaupun kedua-dua
sistem tersebut lebih popular dalam kalangan pengguna. Menurut penyelidik
Gartner, dalam pasaran OS telefon pintar, Android menyumbang lebih separuh
daripada semua jualan telefon pintar (56.1 peratus) pada suku pertama 2012. OS
Android semakin menjadi pilihan pengguna kerana sifatnya yang terbuka (open
source) yang membolehkan pengguna untuk melakukan modifikasi pada fail
sistem Android itu sendiri tanpa masalah pelanggaran hak cipta. Pemilihan
pengunaan “Android 4.0 Ice Cream Sandwich” pula adalah kerana ianya
mempunyai pelbagai fungsi yang mudah digunakan, sistem notifikasi yang
banyak, muka skrin utama yang mudah diubah, widget yang mampu diubah saiz
serta kadar interaktif yang tinggi dan juga penambahan kepada perhubungan dan
perkongsian yang jauh lebih hebat.
5.2 Harga Produk Yang Mampu Dimiliki Oleh Majoriti Pengguna
Harga yang ditawarkan oleh CSL adalah jauh lebih rendah berbanding telefon
pintar yang lain. Bagi telefon pintar baharu keluaran CSL ini, harga yang
ditawarkan adalah hanya sekitar RM1,000. Dengan harga ini, ianya mampu untuk
dimiliki oleh kebanyakan pengguna berbanding RM2,000 bagi telefon pintar lain
yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Melalui sebuah kajian yang
dilakukan oleh Nielsen, ia mendapati yang mana pada suku tahun pertama tahun
2012, kadar penembusan penggunaan telefon pintar di Malaysia adalah sekitar
27%. Angka ini didapati oleh Nielsen melalui bancian yang dilakukan, melibatkan

9
lebih 35,000 pengguna di 23 buah negara. Daripada kajian tersebut juga diketahui
yang mana hampir 36% pengguna telefon pintar di Malaysia adalah mereka yang
berumur antara 25 hingga 34 tahun. Kita sedia maklum bahawa pada peringkat
umur ini, kecenderungan untuk bergaya dan menjadi yang terkini adalah tinggi
maka sudah pasti golongan ini akan menyokong dengan membeli telefon pintar
keluaran CSL. Menurut kajian Nielsen juga, pada tahun 2012, kadar pengguna
telefon pintar di Malaysia dijangka akan terus meningkat, dengan lebih 58%
pengguna Malaysia mengatakan ingin menaik taraf telefon bimbit mereka dalam
tempoh enam bulan akan datang, dan 79% daripadanya bercadang untuk membeli
telefon pintar.
5.3 Pasaran Bagi Jualan Produk dan Kadar Pertumbuhan Adalah Tinggi
Permintaan pasaran terhadap telefon pintar adalah kian meningkat tahun demi
tahun. Berdasarkan kepada teori hukum permintaan, semakin tinggi permintaan
maka semakin tinggi juga penawaran. Oleh yang demikian, pasaran bagi telefon
pintar akan sentiasa ada dan terus berkembang setiap tahun. Jualan telefon pintar
terus untuk memacu pertumbuhan pasaran peranti mudah alih, mencapai 144.4
juta unit pada suku pertama 2012, iaitu 44.7 peratus berbanding tahun 2011.
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh penyelidik Gartner seperti di atas,
sudah pasti kadar pertumbuhan bagi jualan telefon pintar adalah tinggi dan
berkembang setiap tahun. Dan atas sebab jualan telefon bimbit kepada pengguna
di seluruh dunia menunjukkan penurunan sebanyak 2 peratus berbanding suku
pertama 2011, maka CSL harus mengorak langkah untuk menguasai pasaran
telefon pintar demi mengelakkan syarikat daripada kerugian.
5.4 Dana Syarikat Yang Mencukupi Bagi Tujuan Pemasaran Yang Berterusan
Dana yang mencukupi bagi tujuan pemasaran yang terancang dan berterusan
adalah perlu bagi menentukan kadar kejayaan produk baru di pasaran. Hal ini
kerana, empat objektif pemasaran ialah untuk memaksimakan penggunaan produk,
memaksimakan kepuasan pembeli, memaksimakan pilihan produk dan
memaksimakan kualiti hayat produk. CSL memperuntukkan sejumlah dana yang
besar dan mencukupi bagi tujuan pemasaran telefon pintar baharu keluaran
syarikat. Promosi dan pemasaran yang efektif sangat diperlukan kerana
masyarakat sedia maklum bahawa CSL sebelum ini hanya mengeluarkan telefon

10
bimbit sahaja. Oleh yang demikian, dengan adanya produk baru telefon pintar
maka sudah pasti memerlukan kumpulan pemasaran CSL untuk
memperbanyakkan aktiviti promosi memperkenalkan produk baru ini dengan lebih
meluas di seluruh negara sama ada melalui rangkaian sosial dalam talian dan juga

melalui promosi di seluruh negara. Selain tujuan memperkenalkan produk baru ini
dipasaran, tujuan lain ialah untuk meningkatkan keyakinan pengguna bahawa
telefon pintar keluaran CSL mampu untuk bersaing dengan telefon pintar lain
dalam pasaran.

6.0 Kesimpulan

Kumpulan CSL yang dikenali di negara ini sebagai pelopor kepada jenama
tempatan bagi pengeluaran telefon bimbit kini mengorak langkah untuk membangunkan
produk baru yang sangat besar potensi pasarannya di dunia ini iaitu telefon pintar. Empat
keperluan spesifik kepada pembangunan telefon pintar CSL ialah desakan pasaran,
mewujudkan persaingan, meningkatkan keuntungan syarikat dan mengekalkan pelanggan.
Dengan melaksanakan enam peringkat dalam pembangunan produk baru telefon pintar
CSL iaitu penjanaan idea, saringan idea, analisis perniagaan, pembangunan produk,
pengujian pasaran dan pengkomersilan akan membantu CSL untuk menghasilkan telefon
pintar yang terbaik dan memnuhi citarasa pengguna untuk pasaran tahun 2012. Selain itu,
empat faktor kritikal kejayaan dalam pembangunan produk baru iaitu produk unik dan
berbeza, harga yang kompetitif, pasaran yang memberangsangkan dan dana yang
mencukupi untuk tujuan pemasaran dan promosi menentukan kejayaan telefon pintar CSL
dalam pasaran 2012.

Jumlah perkataan : 3,125 ptah perkataan

11
Rujukan

Ab. Aziz Yusof et al. (2004). Pengantar Pengurusan. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia.
Kotler, Philip (1996). Principles of Marketing (7th Edition) [Hardcover]. Prentice Hall College
Div
Sabri Hj. Hussin (ed). (2005). Pengurusan Perniagaan. Jilid 1. Singapura: Thomson Learning.
Siti Rahayu Hussin, Zakiah Abd. Malik, Muhd. Afrizal Abd. Rahim, Haslinda Hashim, Rosli
Saleh dan Abdullah Sanusi Othman. (2004). Asas Pemasaran. McGraw Hill (Malaysia),
Kuala Lumpur.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Habibah. (1997). Keusahawanan dan motivasi diri. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Utusan, 13 Feb 2012. "Telefon pintar kegilaan masa kini". Dilayari pada 4 Jun 2012.
Kajian Nielsen. http://www.nielsen.com/my.html Dilayari pada 5 Jun 2012.

12

Anda mungkin juga menyukai