Anda di halaman 1dari 8

FOLIO ETIKA KERJA

NAMA : AHMAD TAUFIK BIN ROSDI


PROGRAM : 1 DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF
NO. IC : 000128-13-1043
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3

2. CIRI – CIRI ETIKA KERJA 4

3. KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA 5

4. KESIMPULAN 6

5. LAMPIRAN 7

6. RUJUKAN 8

2
1.0. PENGENALAN

Profesion yang telah saya pilih mengikut bidang saya iaitu teknologi automotif
adalah mekanik. Tugas yang perlu ada pada mekanik mempunyai dua iaitu:

1) Tugas kepada pekerja


 Memberikan bimbingan kepada para pekerja baru di dalam melakukan pembaikan
kenderaan.
 Memberikan perintah pekerjaan yang perlu dilakukan pada pekerja bawahnya.
 Memberikan petunjuk penggunaan atau perawatan perlengkapan bengkel.
 Memeriksa kelengkapan peralatan yang telah digunakan di bengkel pada setiap saat.
 Memberikan arahan spare part yang perlu digantikan.
 Mengaturkan proses pengerjaan agar sesuai estimasi yang telah diberikan.

2) Tugas berhadapan dengan pelanggan


 Membantu dalam penambahbaikan kenderaan,
 Menerangkan pada pelanggan kerosakan pada kenderaan yang perlu di baiki.
 Menerangkan dengan jelas, tepat, sopan dan baik kepada pelanggan.
 Bertanya kepada pelanggan dahulu sebelum pelanggan bertanya.
 Memberi senyuman yang manis kepada pelanggan agar keadaan menjadi lebih meriah.
 Bersalam tangan kepada pelanggan jika tangan bersih dan menyakan khabar pada
pelanggan.

3
2.0. CIRI- CIRI ETIKA KERJA

a) Kehadiran
Hadir kerja, tiba/balik pada masanya, memaklumkan majikan terlebih dahulu
ketidakhadiran dan membuat tugasan menepati masa yang telah ditetapkan.
b) Sifat
Menunjukkan sikap jujur, setia, boleh dipercayai, boleh berdikari, berinisiatif,
berdisiplin dan bertanggungjawab
c) Kerja berpasukan
Mampu bekerja dalam pasukan, bekerjasama, menunjukkan sikap baik pada pelanggan,
cenderung untuk menambah ilmu pada setiap masa, dan beradat / sopan.
d) Penampilan
Berpakaian yang sesuai, kemas, bersih dan etiket
e) Sikap
Menunjukkan sikap positif, keyakinan diri dan mempunyai tanggapan diri yang
realistik.
f) Produktiviti
Akur dengan amalan keselamatan, menjaga bahan / peralatan, menjaga tempat kerja
supaya sentiasa kemas dan bersih, mengikut arahan dan prosedur.
g) Kemahiran Organisasi
Kemahiran di dalam pengurusan personel, pengurusan masa, keutamaan kerja,
fleksibiliti, pengurusan tekanan dan bersedia untuk berubah
h) Komunikasi
Mempamerkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan
i) Kerjasama
Mempamerkan kepimpinan, mengendalikan krisis dan aduan dengan berkesan,
berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah, menjaga hubungan di antara penyelia dan
pekerja bawahannya dan mengikut aliran carta organisasi.
j) Rasa Hormat
Menghormati kepada hak orang lain, berurusan dengan baik tanpa mengira perbezaan
budaya / kaum dan tidak terlibat dengan sebarang bentuk kekerasan.

4
3.0. KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA

Lima Kebaikan

a) Pekerjaan akan berjalan secara sistematik dan teratur apabila ada nya etika kerja di
sesebuah syarikat. Sebagai contoh, menepati masa di tempat kerja dan menghantar kerja
dengan tempoh yang telah di tetapkan. Pekerja dapat membantu syarikat dalam keadaan
teratur kemas dan berkualiti di syarikat.

b) Dapat membantu menaik taraf syarikat dan meningkat imej syarikat yang baik dan
cemerlang. Sebagai contohnya, pekerja yang positif, jujur, amanah , bertanggungjawab,
berlaku adil, bekerjasama dan sebagainya. Dengan itu kita dapat meningkatkan imej
kita, pekerja kita dan syarikat kita.

c) Apabila kita mempunyai sikap bertolak ansur dan adil. Kita mudah menerima dan
memberi idea dengan baik. Bukan itu sahaja, kita juga dapat memudahkan berurusan
dengan sejawat pekerja apabila komunikasi atau pergaulan kita digunakan dengan baik
di sesebuah syarikat.

d) Dapat meningkatkan mutu kerja mereka secara berkerja dengan penuh


tanggungjawab,berusaha mengikis sikap mementingkan diri,berkhidmat dengan penuh
kemesraan,berkerjasama membanteras kelemahan dan berpegang kepada ajaran islam.

e) Dapat mengawal sesebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang.
Dengan itu, kita dapat menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk
mencapai sesuatu matlamat.

5
4.0. KESIMPULAN

Kesimpulannya, etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para


profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran
yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa
etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat
yang beretika dan berjaya.

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu


melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu,
faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-
undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan
satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu
yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.

Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang


kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk
mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah menentukan asas-asas
hubungan di antara para professional dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan
sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih
dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip
dan nilai etika termasuklah para teknokrat.

6
5.0. LAMPIRAN

7
6.0. RUJUKAN

INTERNET

1) https://forum-malaikatkomputer.blogspot.com/2011/09/sikap-dan-etika-kerja-
profesional.html
2) http://juruteknik-komputer.blogspot.com/2011/09/sikap-dan-etika-kerja-
profesional.html
3) http://takingoff.tripod.com/etika.html
4) https://www.scribd.com/doc/17337128/ETIKA-KERJA
5) http://pengurusanetika.blogspot.com/2010/08/pengenalan-etika.html