Anda di halaman 1dari 15

DIPLOMA MEKANIKAL DAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF

PENGAJIAN MALAYSIA WPA 5012

PEMBANGUNAN NEGARA
(DASAR-DASAR UTAMA MALAYSIA)

NAMA : AHMAD TAUFIK BIN ROSDI


NO.KAD PENGENALAN : 000128-13-1043
KURSUS: 1 DMD MTA
PENSYARAH : PN. KU FAZIDA BINTI KU MAT

1
ISI KANDUNGAN

 MUKA DEPAN ……………………………………………………………….. 1


 ISI KANDUNGAN.............................................................................................. 2
 PENGHARGAAN………………………………………………………........... 3
 PENDAHULUAN……………………………………………………………….. 4
 ESEI (DASAR EKONOMI BARU)……………………………………………. 5-7
 ESEI (DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN)…………………………. 7-9
 ESEI (WAWASAN 2020)…………………………………………………….. 9-12
 KESIMPULAN…………………………………………………………………. 13
 LAMPIRAN……………………………………………………………………. 14
 RUJUKAN……………………………………………………………………… 15

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran


kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan
kerja khusus ini dengan penuh jayanya. saya menjulang sepenuh penghargaan kepada
PUAN, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (WPA5012), di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. saya juga mengucapkan ribuan teima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai
ilmu yang dapat saya r u n g k a i s e p a n j a n g s a ya m e n yi a p k a n t u g a s a n i n i . Pada
dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
begitulah j u g a a p e m b a n g u n a n d a l a m b i d a n g p e n d i d i k a n . J u s t e r u i t u h a r u s
l a h m a h a s i s w a i n i tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban
zaman yang begitu
hebat.S e b e l u m k a m i m e n g u n d u r d i r i t e r i m a l a h s e r a n g k a p m u t i a r a k a t a
d a r i s a ya s e b a g a i renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

3
PENDAHULUAN

Pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar adalah ditentukan dengan selaras nilai-nilai


sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik,
dasar kerajaan berubah-ubah mengikut nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke
semasa. Namun begitu, pada asasnya dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan bagi
memenuhi objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan,
kestabilan dan kesejahteraan umum.

Bagi Malaysia, dasar-dasar kerajaan ini terutamanya dasar-dasar pembangunan


mempunyai objektif tersendiri seperti mencapai matlamat 2020 bagi tujuan menjadikan
Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju dan mempunyai ciri-ciri sempurna. Bukan
itu sahaja, kerajaan juga melaksanakan dasar-dasar adalah bertujuan mencapai matlamat
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang adil.

Dasar ekonomi baru (DEB) merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh
kerajaan dalam tahun 1970 melalui rancangan Malaysia kedua. Matlamat utamanya ialah
perpaduan negara. Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa
pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing
dengan kaum yang lain. Maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan tidak berharta adalah punca daripada isu
kemiskinan. Didapati bahawa orang melayu lebih banyak menghadapikemiskinan berbanding
kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang melayu masih jauh ketinggalan dan kurang
mampu bersaing dengan kaum-kaum yang lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan
ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka Panjang yang akan berjalan
selama 20 tahun bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

4
1. ESEI (DASAR EKONOMI BARU)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu formula yang dirancangkan oleh kerajaan
untuk tempoh dua puluh tahun bermula pada tahun 1971 dalam Rancangan Malaysia Kedua
sehingga tahun 1990 dalam Rancangan Malaysia Kelima. Dasar ini adalah sebagai
kesinambungan rancangan-rancangan pembangunan yang lalu. Ia dibentuk untuk
membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan
kawasan di Malaysia. Pelan induk untuk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka
Panjang (RRJP 1) 1971-1990.

DEB dilaksanakan melalui strategi serampang dua mata, iaitu mengurang dan
seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan
peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum. Selain
itu, Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki
ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum. Usaha ini diharap dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

DEB bertujuan untuk mewujudkan satu susunan sosio-ekonomi yang adil bagi rakyat
Malaysia mencapai perpaduan negara. Dalam tempoh tersebut, kerajaan berharap dapat
mengurangkan ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan bumiputera lain dengan kaum
bukan bumiputera dalam semua bidang. Ini kerana terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa
terlalu banyak kemiskinan dan ketaksamarataan yang dialami oleh orang Melayu, merupakan
sebab utama berlakunya perasaan tidak puas hati dan menimbulkan masalah. Keadaan ini
ternyata boleh menggugat kestabilan negara sekiranya kemiskinan hanya tertumpu kepada
sesuatu kaum sahaja. Banci pada tahun 1970 menunjukkan bahawa sebanyak 49.3 peratus
daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis
kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar
bandar, sementara 14 peratus lagi di kawasan bandar. Kebanyakan penduduk-penduduk dari
luar bandar terdiri dari orang Melayu. Mereka lebih bertumpu dalam sektor ekonomi yang
paling mundur misalnya sebagai penanam padi, pekebun kecil getah dan kelapa dan
nelayan. Justeru itu, dasar ini dibentuk bagi membetulkan kedudukan ketidakseimbangan sosio
ekonomi yang wujud antara kaum.

5
Ini adalah untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan iaitu
mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum dan
ini boleh mengurangkan kadar pengangguran. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara kaum, antara kawasan dan antara wilayah. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan
dengan menambahkan kemudahan semua golongan miskin di luar bandar mahupun di bandar,
melalui peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain. Memberi peluang berpindah
dari sektor yang rendah produktivitinya ke sektor yang lebih lumayan. Memperbaiki taraf dan
kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum. Mewujudkan
kumpulan perusahaan, perniagaan dan perdagangan bumiputera. Memodenkan kehidupan luar
bandar.

Penyusunan semula masyarakat menjadi matlamat penting ekoran wujud


ketidakseimbangan pembahagian tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, pendidikan,
kemudahan sosial, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan dan pemilikan harta benda serta
mutu dan taraf kehidupan pelbagai kaum. Oleh itu, DEB menetapkan beberpa program di
dalam beberapa sektor ekonomi seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan,
pembinaan, pengangkutan, perumahan dan pelajaran. Setiap kaum akan mendapat faedah dan
pembahagian yang adil. Adalah diharapkan menjelang tahun 1990, pemilikan saham dan
ekonomi negara akan melambangkan komposisi kepentingan kaum dengan kadar 40:30:30,
iaitu penyertaan bumiputera sebanyak 30 peratus, bukan bumiputera 40 peratus, manakala
pelabur luar negara pula sebanyak 30 peratus.

Antara strategi pentingnya ialah membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan


perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan bumiputera agar mereka mampu
memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun 1990. Menubuhkan agensi-agensi
pembangunan seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank Pembangunan dan Amanah Saham
Nasional bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan bagi
memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan ialah seperti DARA, KEJORA,
KESEDAR, JENGKA dan lain-lain. Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi
keseluruhannya supaya kedudukan tenaga buruh menggambarkan bilangan kaum menjelang
tahun 1990. Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui
kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan kawasan luar bandar. Menambahkan
bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan modal pada stok syarikat dan dalam pertumbuhan
ekonomi.

6
Selama dua dekad, strategi pembangunan yang terdapat di dalam DEB cuba
memberikan faedah kepada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Matlamat dasar ini untuk
mencapai perpaduan negara berdasarkan program pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat di dapati hampir berjaya. Ekonomi negara telah mengalami perubahan
pesat dan menghasilkan kedudukan yang lebih seimbang di antara sektor pertanian,
perkhidmatan dan perindustrian. Manakala dari segi kemajuan ekonomi pula, rakyat telah
memperolehi kemajuan sosio-ekonomi dengan menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dan
pengagihan pendapatan yang lebih baik.

Apabila tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB
tamat pada tahun 1990, kerajaan menggubal pula Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang
termasuk di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) meliputi tempoh masa
antara 1991-2000. DPN digubal berlandaskan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Tumpuan DPN adalah kepada beberapa
kelemahan prestasi pencapaian dasar sebelumnya. Ia melibatkan tambahan beberapa dimensi
merangkumi isu-isu pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan teknologi sebagai
teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi, dan perlindungan alam
sekitar dan ekologi. Di samping itu, matlamat-matlamat DEB untuk mencapai pembangunan
seimbang dan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama masih dikekalkan.

2. ESEI (DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN)

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum,


Malaysia memerlukan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian
negara. Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan
identiti Malaysia di peringkat antarabangsa. Berasaskan kesedaran tersebut, kerajaan telah
menggubal satu dasar kebudayaan kebangsaan dengan mengambil kira latar belakang sejarah
dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan perdagangan sejak dua
ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai pusat pertemuan telah menyebabkan berlakunya
proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur budaya. Tambahan
pula dengan kedudukannya yang strategik, menjadi tumpuan dan penyerapan pelbagai unsur
kebudayaan yang sesuai dengan kebudayaan asal rantau ini.

7
Kebudayaan kebangsaan hendaklah mempunyai tiga sifat iaitu unsur-unsur
kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti. Apa juga asal usulnya mestilah
menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan
tempatan. Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai
asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.

Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga prinsip


telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses
yang berterusan. Prinsip-prinsip itu ialah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada
hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah
kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.
Kedua, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini
bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya.
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu
generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara
berterusan. Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai
diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia
tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral
dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara. Ketiga, islam menjadi unsur
penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penerimaan unsur-unsur Islam adalah
sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600
tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat di rantau ini. Justeru itu,
adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.

Pembentukan kebudayaan kebangsaan adalah diperlukan bagi mewujudkan


sebuah negara yang stabil dan bersatu padu khususnya bagi sebuah negara membangun dan
yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum seperti Malaysia. Pada asasnya, pembentukan
kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif adalah mengukuhkan perpaduan bangsa dan
negara melalui kebudayaan. Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir
dari kebudayaan kebangsaan dan memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.

8
Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut iaitu pemulihan,
pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan
kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan
perhubungan budaya. Seterusnya meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya
melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak
kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Mewujudkan
komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme. Memenuhi keperluan sosio budaya dan meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Beberapa pihak telah terlibat sebagai penggerak ke arah pelaksanaan dasar ini.
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan merupakan pihak yang berkuasa dalam
hal ini dan usaha mereka tidak akan berjaya tanpa kerjasama badan-badan lain termasuk
kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri,
badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan
kesenian.

3. WAWASAN 2020

Pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahathir
Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Malaysia: The Way Forward” di
Majlis pelancaran Malaysian Business Council.13 Kertas kerja ini mengandungi satu rangka
kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali
sebagai “Wawasan 2020”.

Sebenarnya Wawasan 2020 bukanlah merupakan sebuah dasar khas, sebagaimana


dasar-dasar lain yang dibincangkan sebelum ini. Ia merupakan suatu tindakbalas kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa
yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 wajar dibincangkan di sini
kerana ia berkaitan rapat dengan usaha kerajaan untuk membangunkan dan mencapai taraf
sebuah negara maju. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia
bagi merealisasikan Wawasan 2020 iaitu:

9
Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu
padu. Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum
dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh
satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas
kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran
pertama Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang
tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha
mewujudkan perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

Cabaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan


keyakinan.Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai
kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada
sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan
pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan
menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk
memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan negara di persada
antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah.

Seterusnya, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang


matang. Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip
demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun
yang lain. Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina.
Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional
akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak. Perasaan tidak puas hati dan teguran
disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.

Selain itu, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan


beretika bagi merealisasikan Wawasan 2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai
yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu
ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai
ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu
perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik
dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama,
pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan

10
keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang
bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan
masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan
bertolenrasi.Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak
secara melulu. Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran
terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain. Masyarakat yang bertolenrasi dapat
digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat
resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada
negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa
Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
bertolenrasi.

Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang maju dan


saintifik. Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala
perubahan persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak
boleh terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains
dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat yang maju dan
saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif. Malaysia
seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama
menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal


ini merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi
kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.Masyarakat penyayang akan hidup muafakat,
saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain.
Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi
kepentingan diri sendiri.Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada
agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama
manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam agama.Kasih sayang dalam masyarakat
bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia
amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu
ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang.

11
Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam
bidang ekonomi. Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan
mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang
dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang
diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi
dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan
Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

Cabaran yang terakhir ialah memupuk dan membina masyarakat yang


makmur. Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan
mempunyai taraf hidup yang tinggi. Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota
masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga
berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing,
dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi
masyarakat yang makmur.

12
KESIMPULAN

Kesimpulan yang saya dapat ialah dasar-dasar kerajaan digubal dan


dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-
satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan sentiasa
berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke
semasa. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal khususnya
pada awal tahun 1970an, adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang
bertujuan untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa kini dasar-dasar kerajaan
adalah berteraskan Wawasan 2020 sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Namun prinsip-prinsip
asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal. Apa yang beza adalah
pendekatan kerana ia perlu disesuaikan dengan perubahan masa.

13
LAMPIRAN

14
RUJUKAN INTERNET

1) http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-dasar-dasar-kerajaan.html
2) http://mohammadia5193.blogspot.com/2015/07/4_65.html
3) http://mohdfahdeli.blogspot.com/2011/07/dasar-ekonomi-baru-deb-
kesannya.html

RUJUKAN BUKU

1) Ahmad Idris. 1988. Dasar Ekonomi Baru, Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd.
2) Mohd. Yusof Kasim dan Md. Zyadi Md. Tahir, 1992. Ekonomi Malaysia
Beberapa Isu Utama, Bangi : Penerbit UKM.
3) Wawasan Pendidikan - Agenda Pengisian, Datuk Dr Wan Mohd Zahid Mohd
Noordin (Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) Nurin Enterprise,KL.
1993.
4) Buku pengajian malaysia

15

Anda mungkin juga menyukai